assalammualaikum...
arini bnyak waktu free,,nak study tapi tak ada mood..penat sangat..hari ni bnyak belajar..income tax,retailing mathmatic,bank reconciliation,,@#$%^&*&*...aaaaa..pening..masyaallah baru ALLAH bagi ujian sikit dah tak larat...lemahnya aku ni..exam dah dekat,lagi 2 minggu je..bila exam je teringat muka mak ngan abah..teringat pengorbanan mak abah kat aku..bagi aku makan,jaga aku,,yang mak abah nak cuma anak2 dia berjaya...
impian aku bila dah keje nanti nak tolong mak abah..bagi diaorg makan..gembirakan diorang..dari kecik lagi impian nak bawak mak nagn abah gi buat haji..mak teringin sangat nk gi haji..tapi tak mampu..dulu mase kteorg adik beradik kecik2 kesian mak ngan abah ek..mak cite dulu mak nak makan pun tak sempat..anak ada 8 org..rapat2 semuanya..bila wat keje sana nangis,,sini jatuh,,mesti mak pening kan..tapi mak tetap sabar layan kiteorang anak beranak..kitaorang selalu cukup..tak pernah kurang apa2..
abah pun kesian..kene kerja keras..nak sekolahkan 8 orang anak dia..bila abah balik keje muka abah penat sangat..sian aku tengok..tapi aku bole tengok je..abah nagan mak selalu pesan belajar betul2.kita idup tak senang..bila belajar betul2 bole dapat kerja yang bagus..nanti hidup senang..sedih aku dengar..tp aku pegang kata2 mak..aku tetap berusaha walaupn susa..abang aku dah buktikan yang dia bole berjaya..sekarang dia jd engineer,,akak kau pulak jadi cikgu..tunggu kiteorang pulak..
esok aku balik rumah..tak sabar nak salam n peluk mak abah...rindu sangat.....mak abah..nani sayg mak ngn abah...
Thursday, October 7, 2010
Sunday, October 3, 2010
MaRi bERdoA............
10 SEBAB DOA TERHIJAB
“ WAHAI IBRAHIM ADHAM, KAMI TELAH BERDOA KEPADA ALLAH TETAPI MASIH TIDAK DIPERKENANKANNYA. BERITAHU KAMI, APAKAH SEBABNYA?“IBRAHIM ADHAM MENJAWAB, “ TERHIJAB DOA DISEBABKAN SEPULUH PERKARA..
1. Kamu mengenali Allah, tetapi kamu tidak menunanikan hakNya (perintahNya)
2. Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak beramal dengannya.
3. Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu, tapi menurut hasutannya.
4. Kamu mendakwa mencintai RasululLah saw tapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.
5. Kamu mendakwa mencintai syurga, tapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
6. Kamu mendakwa membenci Neraka, tapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.
7. Kamu mendakwa mati itu benar, tapi kamu tidak bersddia untuknya.
8. Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain, tapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
9. Kamu makan tezeki Allah, tapi kamu lupa mensyukurinya.
10. Kamu menghantar jenazah ke kubur, tapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
jom kita beriman dan beramal..barulah ALLAH makbulkan doa kita...
16 WAKTU DIMAKBULKAN DOA
MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA
MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI
MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA
MALAM 10 MUHAMRRAM
MALAM NISFU SYA'ABAN
MALAM 'LAILATUL QADAR'
MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR
KETIKA HENDAK BERBUKA
ANTARA AZAN DAN IQAMAH
PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH
SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU
ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR
SELEPAS KHATAM AL-QURAN
KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU
SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH
SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN
16 TEMPAT DIMAKBULKAN DOA
- KETIKA MELIHAT KAA'BAH
- DITEMPAT MELAKUKAN TAWAF
- DISISI MULTAZAM
- DIBAWAH PANCURAN EMAS
- DISISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI
- DIBELAKANG MAKAM IBRAHIM
- DIATAS BUKIT SOLAT
- DIATAS BUKIT MARWAH
- DITEMPAT SA'I
- DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK
- DI MUZDALIFAH
- DI MINA
- DISISI JAMRAH AL-ULA
- DISISI JAMRAH AL-WUSTO
- DISISI JAMRAH AL-'AQABAH
- DIDALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)
Friday, October 1, 2010
Adab berhias diri bagi wanita….
Assalammualaikum…
Apa hukum perempuan berhias??hukumnya dosa jika berhias yang berlebihan..bila bersolek aiiseh kalah siti nurhaliza..tapi bila tak mekap masyaalah kalah uglybetty..cicak tengok pun boleh semput..sekarang kita pun dapat lihat..orang perempuan zaman sekarang memang suka bersolek..kelopak warna biru,,pipi pink,bibir hijau..mak saya cakap macam wayangpekgi..ape benda tu pun saya tak tau..Allahuakbar aneh sungguh…sebelum saya nasihat orang saya kena tarbiah diri sendiri jugak..memang dulu saya ada juga hias2 muka..tapi dulu je..sekarang ALLAH dah bagi hidayah..yang penting sedap mata memandang...ingatlah kita sebagai orang islam ada adab berhias..
First mestilah mensyukuri nikmat yang ALLAH dah bagi..
“janganlah kamu sesekali menanamkan riak dihati dengan kecantikan dan kelebihan yang diberikan olah ALLAH kepadamu.sebaliknya kamu mestilah berasa merendah diri dan bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan olehNya…”
Jangan kita tunjuk2 kat orang..wahhh akulah paling cantik,paling hot n spice.aku lah bole mengegar dunia...ish macam2..
Second tak memakai pakaian lain jantina..
Pernah juga saya hampir menolak orang yang menghimpit sy masa sy kat bazar sebab saya ingatkan lelaki..perempuan rupenya..tapi baju,rambut,gaya sebijik macam laki..perbuatan meniru gaya lelaki atau pun perempuan yg berlawanan jantina hukumnya haram..ada dalil daripada riwayat al bukhari yg bermaksud “daripada abbas ra katanya,”nabi muhammad SAW melaknat lelaki yg berperangai prempun dan perempuan yang berperangai lelaki.baginda bersabda usirlah mereka dari rumah kamu.”….tengoklah..nabi pun tak suka..teringat pulak cerita Gaia...heheheh..
Third pakaian mestilah menutup aurat dan tidak jarang..
Sekarang ni perempuan pakai baju tapi mcm bertelanjang..yela badan XL tp pkai bj XS..perasan kecik la tu..dah mcm2 bentuk boleh nmpk..bila pakai kain pulak terbelah..saja nk tunjukkn betis yang putih gebu…bila lelaki pandang tak kelip bangga pulak..orang laki memanglah tak kn lepas kn rezeki yang ada depan mata..benda2 macam ni la yang jadinya kes rogol,zina..nauzubillah…sekarang fesyen sanggul tudung..macam gambar tu..sejujurnya dulu saya pun pernah pakai macam tu..setelah saya tau ia merupakan suatu yang dosa saya dah tak buat..akut denga azab ALLAH…
Fourth tidak membuat tatu,cabut bulu kening atau muka dan mengasah gigi….
Dalam buku syariah form5 ke f0rm4 saya pun dah lupa..ALLAH melaknat perbuatan membuat tatu,mencukur alis,mewarnakan rambut dan mengasah gigi..perkara ini termasuk dalam mengubah ciptaan ALLAH…siapa kita ni nak ubah ciptaanNYA..kita Cuma meminjam seluruh tubuh kita dari ALLAH…daripada ibn Mas’ud meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda maksudya..”ALLAH mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatukan,wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka,wanita yang membentuk gigi mereka supaya kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan ALLAH..”
Last sekali membaca doa berhias diri..
Sebelum kita sarung baju atau sebaik sahaja menghadap cermin haruslah membaca doa yang dituntut dalam islam..
Doa memakai pakaian…
Maksudnya:”ya ALLAH,hanya milik-Mu segala pujian,Engkaulah yang memberi pakaian kepadaku..aku memohon kepda Mu untk meperolehi kebaikkannya dan kebaikan pakaian ini.aku berlindung kepada Mu daripada keburukkannya dan keburukan tujuan pakaian ini dibuat..”
Insyaallah saya pun perlu mengikut adab2 berhias…wanita adalah hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita solehah…..:)
Thursday, September 30, 2010
mulakan dengan ummul kitab....al fatihah...
Bagaimana Bercinta Cara Islam?
assalammualaikum...................
Saya lama mencari artikel ini..akhirnya saya jumpa artikel tentang bercinta cara islam yang saya ambil dari iluvislam….insyaallah kita boleh dapat serba sedikit ilmu dari artikel…
Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Masyarakat Sudah LariApabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.
Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.
"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Perigi Cari Timba
Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.
Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.Perigi Cari TimbaAda pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.
Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.
Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM. www.iLuvislam.com.......oleh: umairzulkefli*
Wednesday, September 29, 2010
tauBaT nAsuHA.......
ASSALAMMUALAIKUM….
Sebenarnya saya bukanlah seorang yang pandai dalam agama..saya sama seperti manusia lain yang kerap melakukan kesalahan…tapi kita perlulah beringat bahawa kita akan kembali kepada ALLAH…dengan mula menulis blog,,saya harap saya dapat memperbaiki diri..
Hari ini ada seorang kawan yang bertanyakan tentang taubat nasuha..saya bukanlah pandai untuk menyatakan tentang taubat nasuha..berkenaan taubat nasuha ALLAH berfirman”wahai orang-orang yang beriman! taubatlah kamu kepada ALLAH dengan taubat nasuha..mudah-mudahan tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai”…taubat nasuha ialah berhenti melakukan kesalahan dan tidak akan mengulanginya…namun orang yang bertaubat adakalanya lalai sampai akan ulangi kesilapan lagi…
Saya bertanya kepadanya adakah dia pernah melakukan dosa yang besar kepada ALLAH??..tapi dia hanya senyap..dia tak berkata walau sepatah.dia bertanya lagi.”macamne nak tau kalau kita dah taubat nasuha??muka sahabat saya merah mcm tahan untuk menangis..saya terangkan..
1.menyesali perbuatan kita yang salah..
Kita perlu membuat pengakuan kepada ALLAH bahawa kita telah melanggar perintahnya.. nyatakn bahawa kita amat menyesali perbuatan kita itu..
2.memohon keampunan kepada ALLAH..
Kita perlu memohon keampunan daripada ALLAH..firman ALLAH:
“dan juga orang2 yg apabila melakukan perbuatan keji,atau menganiaya diri sendiri,mereka segera ingat kepada ALLAH lalu memohon ampun dosa meraka.sememangnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan ALLAH…
(surah ali imran:ayat 135)
Tapi cara yang terbaik adalah solat sunat taubat.solat dua rakaat dan diakhirnya kita berdoa agar ALLAH mengampunkan dosa kita..
3.berhenti melakukan kesalahan..
Jika kita telah bertaubat,kita perlu mengelakkan melakukan perbuatan tersebut semula.jika dia berzina,berhentilah dari melakukan zina..kita perlu ingat azab ALLAH sesungguhnya amat perit..
4.beriman dan beramal soleh..
Apabila kita sudah bertaubat..kita perlulah entisa melakukan amal soleh..firman ALLAH:”sesungguhnya aku yang memberi ampunkepda orang2 yg betaubat serta beriman dan beramal sole,kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.”(surah ta’ha 20:82)
Dengan melakukan amaln soleh kita akan terhindar dari melakukan maksiat..
Saya tidaklah menerangkan kepada rakan saya seperti di atas..hanya beberapa sebelum saya merujuk semula di buku al quran dan sunnah yang telah lama saya tinggalkan..banyak yang perlu saya remind balik apa yang saya belajar dulu..kawan saya menitiskan air mata..dia kata dia belum sedia nak ceritakan kepada sesiapa..biarlah dia dan ALLAH yang tau masalah ini..saya akur dengan kata2nyaa..kawan saya pun terus pergi..masa tu sya pulak yang nk nangis..saya tertnya ape yg telah sahabat sy lakukan..moga ALLAH memaafkan dia,,amin..
solatlah wahai muslimin...
Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan sedang dalam kesedihan...
Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘masuklah kedalam'dari dalam, wanita itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.
Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut untuk kataknnya,” jawab wanita itu. “Katakanlah, tidak perlu kau takut,” desak Nabi Musa.
Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina wahai nabi musa.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “dan saya telah hamil.. Setelah anak itu lahir, saya…cekik lehernya sampai mati,” cerita wanita itu sambil menangis teresak-esak
Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana marah.
Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.
Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”
Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang keji itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”
Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian segara memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.
Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.
dari cerita ni..kita dapat bayangkan bertapa pentingnya solat..tapi kenapa solat hanya dibuat permainan??renung-renungkanlah...
Subscribe to:
Comments (Atom)








