Tuesday, October 12, 2010

kegembiraan untuk ibubapa...

‘Abd Allah ibn ‘Amr radhiallahu 'anh menerangkan bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata:

“Sesungguhnya aku datang untuk memberi janji taat setia (bai‘ah) kepada engkau untuk berhijrah, akan tetapi aku meninggalkan kedua orang tuaku dalam keadaan menangis.” Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepadanya:

“Kembalilah kepada mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua ketawa (gembirakanlah mereka) sebagaimana kamu jadikan mereka menangis.”[1]


Berhijrah adalah salah satu tuntutan Islam yang amat penting. Malah Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi amaran keras kepada sesiapa yang enggan berhijrah tanpa alasan yang munasabah. Firman Allah:

Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata:
“Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?”
Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi.”
Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak,
yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. [al-Nisa’ 4:97-99]


Termasuk orang yang dimaafkan kerana tidak berhijrah adalah sebagaimana hadis di atas, dimana jika berhijrah akan menyedihkan ibubapanya, maka yang lebih utama adalah dia tidak berhijrah dan kembali menggembirakan mereka.

Dalam hadis ini terkandung petunjuk bahawa menggembirakan ibubapa adalah salah satu daripada tuntutan agama. Oleh itu janganlah kita melakukan sesuatu tindakan yang menjauhkan ibubapa daripada kegembiraan, apatah lagi jika ia menyedihkan mereka. Tidak ada cara yang terhad untuk menggembirakan ibubapa, asalkan ia tidak melibatkan sesuatu yang dilarang oleh syari‘at. Kerap kali menghubungi mereka, sering kali menziarahi mereka, membawa mereka bercuti, membelikan mereka hadiah adalah beberapa contoh cara kita boleh menggembirakan ibubapa. Meninggalkan mereka kesunyian, tidak menjengok mereka, tidak prihatin akan hal ehwal mereka, bercakap dengan nada yang keras, memarahi mereka adalah beberapa contoh tindakan kita yang menyedihkan mereka.

Timbul persoalan, bolehkah menggembirakan ibubapa dengan meraikan Mother’s Day dan Father’s Day? Sebahagian tokoh melarang sambutan Mother’s Day dan Father’s Day. Hujah mereka adalah:
  1. Hari perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha. Apa-apa perayaan yang lain adalah bid’ah yang dilarang oleh agama.
  2. Seandainya Mother’s Day dan Father’s Day adalah baik, sudah tentu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam akan menganjurkannya kepada para sahabat radhiallahu 'anhum pada zaman baginda.
  3. Mother’s Day dan Father’s Day adalah perayaan orang bukan Islam dan kita umat Islam dilarang daripada mengikuti mereka.
  4. Berbuat baik kepada ibu dan ayah adalah tuntutan sepanjang tahun dan bukannya pada satu dua hari tertentu dalam setahun.

Sekalipun tokoh-tokoh yang melarang adalah mereka yang dihormati, itu tidaklah bermakna hujah-hujah mereka tidak boleh dibuka untuk analisa. Dalam menganalisa hujah-hujah mereka berkenaan sambutan Mother’s Day dan Father’s Day, saya dapati ianya adalah lemah. Sebabnya:

1.    Perayaan bid‘ah yang dilarang adalah perayaan yang bersangkutan dengan agama. Aidul Fitri dan Aidul Adha adalah hari perayaan keagamaan, kerana itulah pada hari tersebut kita dituntut untuk bertakbir dan melaksanakan solat sunat. Adapun hari Mother’s Day dan Father’s Day, maka ia adalah perayaan yang bersangkutan dengan adat manusia, sepertimana perayaan Hari Guru, Hari Warga Tua dan sebagainya. Tidaklah termasuk dalam perbincangan bid‘ah atau sunnah apa yang bersangkutan dengan adat manusia.

Perlu diingatkan bahawa dalam berinteraksi dengan persoalan bid‘ah, manusia terbahagi kepada tiga kumpulan:
  • Pertama adalah mereka yang amat ketat penilaiannya, sehingga hampir semua perkara yang baru dilabel sebagai bid‘ah yang dilarang oleh Islam. Padahal sebahagian besar daripada perkara tersebut adalah sesuatu yang harus hukumnya.
  • Kedua adalah mereka yang bermudah-mudahan penilaiannya, sehingga hampir semua perkara yang baru dilabel sebagai bid‘ah hasanah. Padahal di antara perkara tersebut ada yang benar-benar merupakan bid‘ah yang dilarang oleh Islam.
  • Ketiga adalah mereka yang berada di pertengahan, tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bermudah-mudahan. Setiap perkara yang baru tidak akan dilabel sebagai bid‘ah mahupun sunnah melainkan terlebih dahulu dianalisa secara mendalam.
2.    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak menganjurkan Mother’s Day dan Father’s Day pada zaman baginda kerana suasana yang memerlukannya tidak wujud. Di kalangan sahabat, ada yang ibubapa mereka memusuhi Islam. Maka sememangnya tidak perlu berbuat baik kepada mereka. Bagi sebahagian sahabat yang lain, mereka tinggal bersama atau berhampiran ibubapa sehingga tidak memerlukan hari yang istimewa untuk berbuat baik kepada ibubapa.

Berbeza dengan masa kini, kebanyakan kita (anak-anak) berada jauh daripada ibubapa, sama ada kerana pembelajaran atau kerjaya. Suasana ini menyebabkan kita perlu mencari ruang untuk berbuat baik kepada ibubapa semampu boleh sambil meneruskan kehidupan sendiri. Meraikan ibubapa pada Mother’s Day dan Father’s Day adalah salah satu daripada ruang tersebut.

3.    Tidaklah semua yang berasal daripada kaum bukan Islam adalah dilarang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sendiri pernah meminta para tawanan Perang Badar untuk mengajar umat Islam membaca dan menulis. Baginda juga pernah beberapa kali menggunakan strategi peperangan bangsa lain dalam ekspedisi jihadnya.

Justeru larangan mengikuti kaum bukan Islam sebenarnya ditujukan kepada sesuatu yang merupakan ciri-ciri keagamaan mereka yang masih dipraktikkan. Merujuk kepada hari perayaan, kita umat Islam dilarang untuk turut serta merayakan atau meniru hari keagamaan mereka, seperti Hari Easter, Hari Thaipusam, Hari Wesak dan sebagainya. Mother’s Day dan Father’s Day bukanlah hari keagamaan kaum bukan Islam.

4.    Hujah “Berbuat baik kepada ibu dan ayah adalah tuntutan sepanjang tahun dan bukannya pada satu dua hari tertentu dalam setahun” adalah bukti bahawa yang berhujah tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Bahkan ia boleh digunakan untuk bertanya kembali kepada mereka: “Jika begitu kenapakah anda saat ini tidak berada dan sentiasa berada di sisi ibubapa anda?

Berbuat baik kepada ibubapa tidaklah bererti duduk di sebelah mereka sepanjang masa. Akan tetapi ia adalah mengimbangi dengan adil antara berbuat baik kepada mereka dan meneruskan kehidupan sendiri. Salah satu daripada perimbangan tersebut ialah meraikan ibubapa pada hari Mother’s Day dan Father’s Day. Sudah tentu adalah lebih baik jika anak-anak dapat mewujudkan ruang yang lebih kerap untuk berbuat baik kepada ibubapa mereka. Ini akan saya jelaskan seterusnya dalam buku ini, insya-Allah.

Oleh itu meraikan Mother’s Day dan Father’s Day adalah harus, terbuka kepada kedudukan setiap anak-anak. Sesiapa yang mendapati ianya dapat menggembirakan ibubapa mereka, maka teruskanlah. Namun sesiapa yang dapat mewujudkan ruang lain untuk menggembirakan ibubapa mereka tanpa terhad kepada Mother’s Day dan Father’s Day, sudah tentu ia adalah lebih baik. Penjelasan yang sama juga ditujukan kepada beberapa hari-hari yang lain seperti sambutan Hari Jadi.

doa untuk ibubapa...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang… 
“Ya ALLAH…
Rendahkanlah suaraku bagi mereka…
Perindahlah ucapanku di depan mereka…
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…
Ya ALLAH…
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku…
dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku…
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku…
Ya ALLAH…
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-MU ya ALLAH…
hanya ENGKAULAH
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda…
Ya ALLAH…
Bila magfirah-MU telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka
memberi syafa’at untukku….
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-MU
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-MU,
ampunan-MU serta rahmat-MU…
Sesungguhnya ENGKAUlah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
ENGKAUlah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih…
Amiiin Ya Rabbal ‘Alamiiin…”

marilah kita bacakan bersama-sama untuk makabah kita yang tercinta..

Thursday, October 7, 2010

mak abah i love u..

assalammualaikum...

arini bnyak waktu free,,nak study tapi tak ada mood..penat sangat..hari ni bnyak belajar..income tax,retailing mathmatic,bank reconciliation,,@#$%^&*&*...aaaaa..pening..masyaallah baru ALLAH bagi ujian sikit dah tak larat...lemahnya aku ni..exam dah dekat,lagi 2 minggu je..bila exam je teringat muka mak ngan abah..teringat pengorbanan mak abah kat aku..bagi aku makan,jaga aku,,yang mak abah nak cuma anak2 dia berjaya...
impian aku bila dah keje nanti nak tolong mak abah..bagi diaorg makan..gembirakan diorang..dari kecik lagi impian nak bawak mak nagn abah gi buat haji..mak teringin sangat nk gi haji..tapi tak mampu..dulu mase kteorg adik beradik kecik2 kesian mak ngan abah ek..mak cite dulu mak nak makan pun tak sempat..anak ada 8 org..rapat2 semuanya..bila wat keje sana nangis,,sini jatuh,,mesti mak pening kan..tapi mak tetap sabar layan kiteorang anak beranak..kitaorang selalu cukup..tak pernah kurang apa2..

abah pun kesian..kene kerja keras..nak sekolahkan 8 orang anak dia..bila abah balik keje muka abah penat sangat..sian aku tengok..tapi aku bole tengok je..abah nagan mak selalu pesan belajar betul2.kita idup tak senang..bila belajar betul2 bole dapat kerja yang bagus..nanti hidup senang..sedih aku dengar..tp aku pegang kata2 mak..aku tetap berusaha walaupn susa..abang aku dah buktikan yang dia bole berjaya..sekarang dia jd engineer,,akak kau pulak jadi cikgu..tunggu kiteorang pulak..

esok aku balik rumah..tak sabar nak salam n peluk mak abah...rindu sangat.....mak abah..nani sayg mak ngn abah...

Sunday, October 3, 2010

MaRi bERdoA............

 

10 SEBAB DOA TERHIJAB

 

“ WAHAI IBRAHIM ADHAM, KAMI TELAH BERDOA KEPADA ALLAH TETAPI MASIH TIDAK DIPERKENANKANNYA. BERITAHU KAMI, APAKAH SEBABNYA?“IBRAHIM ADHAM MENJAWAB, “ TERHIJAB DOA DISEBABKAN SEPULUH PERKARA..


1.  Kamu mengenali Allah, tetapi kamu tidak menunanikan hakNya (perintahNya)
2.  Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak beramal dengannya.
3.  Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu, tapi menurut hasutannya.
4.  Kamu mendakwa mencintai RasululLah saw tapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.
5.  Kamu mendakwa mencintai syurga, tapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
6.  Kamu mendakwa membenci Neraka, tapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.
7.  Kamu mendakwa mati itu benar, tapi kamu tidak bersddia untuknya.
8.  Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain, tapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
9.  Kamu makan tezeki Allah, tapi kamu lupa mensyukurinya.
10.        Kamu menghantar jenazah ke kubur, tapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.


jom kita beriman dan beramal..barulah ALLAH makbulkan doa kita...








16 WAKTU DIMAKBULKAN DOA

  • MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA

  • MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI

  • MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA

  • MALAM 10 MUHAMRRAM

  • MALAM NISFU SYA'ABAN

  • MALAM 'LAILATUL QADAR'

  • MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR

  • KETIKA HENDAK BERBUKA

  • ANTARA AZAN DAN IQAMAH

  • PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH

  • SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU

  • ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR

  • SELEPAS KHATAM AL-QURAN

  • KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU

  • SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH

  • SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN


16 TEMPAT DIMAKBULKAN DOA
  • KETIKA MELIHAT KAA'BAH
  • DITEMPAT MELAKUKAN TAWAF
  • DISISI MULTAZAM
  • DIBAWAH PANCURAN EMAS
  • DISISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI
  • DIBELAKANG MAKAM IBRAHIM
  • DIATAS BUKIT SOLAT
  • DIATAS BUKIT MARWAH
  • DITEMPAT SA'I
  • DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK
  • DI MUZDALIFAH
  • DI MINA
  • DISISI JAMRAH AL-ULA
  • DISISI JAMRAH AL-WUSTO
  • DISISI JAMRAH AL-'AQABAH
  • DIDALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)

Friday, October 1, 2010

Adab berhias diri bagi wanita….


Assalammualaikum…

Apa hukum perempuan berhias??hukumnya dosa jika berhias yang berlebihan..bila bersolek aiiseh kalah siti nurhaliza..tapi bila tak mekap masyaalah kalah uglybetty..cicak tengok pun boleh semput..sekarang kita pun dapat lihat..orang perempuan zaman sekarang memang suka bersolek..kelopak warna biru,,pipi pink,bibir hijau..mak saya cakap macam wayangpekgi..ape benda tu pun saya tak tau..Allahuakbar aneh sungguh…sebelum saya nasihat orang saya kena tarbiah diri sendiri jugak..memang dulu saya ada juga hias2 muka..tapi dulu je..sekarang ALLAH dah bagi hidayah..yang penting sedap mata memandang...ingatlah kita sebagai orang islam ada adab berhias..

First mestilah mensyukuri nikmat yang ALLAH dah bagi..
janganlah kamu sesekali menanamkan riak dihati dengan kecantikan dan kelebihan yang diberikan olah ALLAH kepadamu.sebaliknya kamu mestilah berasa merendah diri dan bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan olehNya…”
Jangan kita tunjuk2 kat orang..wahhh akulah paling cantik,paling hot n spice.aku lah bole mengegar dunia...ish macam2..

Second tak memakai pakaian lain jantina..
Pernah juga saya hampir menolak orang yang menghimpit sy masa sy kat bazar sebab saya ingatkan lelaki..perempuan rupenya..tapi baju,rambut,gaya sebijik macam laki..perbuatan meniru gaya lelaki atau pun perempuan yg berlawanan jantina hukumnya haram..ada dalil daripada riwayat al bukhari yg bermaksud “daripada abbas ra katanya,”nabi muhammad SAW melaknat lelaki yg berperangai prempun dan perempuan yang berperangai lelaki.baginda bersabda usirlah mereka dari rumah kamu.”….tengoklah..nabi pun tak suka..teringat pulak cerita Gaia...heheheh..
dahsyat ni..pakai tudun tp pakai skirt..sje nk hina islam...

Third pakaian mestilah menutup aurat dan tidak jarang..
Sekarang ni perempuan pakai baju tapi mcm bertelanjang..yela badan XL tp pkai bj XS..perasan kecik la tu..dah mcm2 bentuk boleh nmpk..bila pakai kain pulak terbelah..saja nk tunjukkn betis yang putih gebu…bila lelaki pandang tak kelip bangga pulak..orang laki memanglah tak kn lepas kn rezeki yang ada depan mata..benda2 macam ni la yang jadinya kes rogol,zina..nauzubillah…sekarang fesyen sanggul tudung..macam gambar tu..sejujurnya dulu saya pun pernah pakai macam tu..setelah saya tau ia merupakan suatu yang dosa saya dah tak buat..akut denga azab ALLAH…


Fourth tidak membuat tatu,cabut bulu kening atau muka dan mengasah gigi….
Dalam buku syariah form5 ke f0rm4 saya pun dah lupa..ALLAH melaknat perbuatan membuat tatu,mencukur alis,mewarnakan rambut dan mengasah gigi..perkara ini termasuk dalam mengubah ciptaan ALLAH…siapa kita ni nak ubah ciptaanNYA..kita Cuma meminjam seluruh tubuh kita dari ALLAH…daripada ibn Mas’ud meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda maksudya..”ALLAH mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatukan,wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka,wanita yang membentuk gigi mereka supaya kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan ALLAH..”


Last sekali membaca doa berhias diri..
Sebelum kita sarung baju atau sebaik sahaja menghadap cermin haruslah membaca doa yang dituntut dalam islam..
Doa memakai pakaian…
Maksudnya:”ya ALLAH,hanya milik-Mu segala pujian,Engkaulah yang memberi pakaian kepadaku..aku memohon kepda Mu untk meperolehi kebaikkannya dan kebaikan pakaian ini.aku berlindung kepada Mu daripada keburukkannya dan keburukan tujuan pakaian ini dibuat..”


Insyaallah saya pun perlu mengikut adab2 berhias…wanita adalah hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita solehah…..:)


Thursday, September 30, 2010

mulakan dengan ummul kitab....al fatihah...


Bagaimana Bercinta Cara Islam?

assalammualaikum...................
Saya lama mencari artikel ini..akhirnya saya jumpa artikel tentang bercinta cara islam yang saya ambil dari iluvislam….insyaallah kita boleh dapat serba sedikit ilmu dari artikel…


Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.

 Masyarakat Sudah LariApabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.



Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.
"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."


Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.







Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.Perigi Cari TimbaAda pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.
                               


Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
www.iLuvislam.com.......oleh: umairzulkefli*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...