Saturday, February 19, 2011

kenape pisang goreng makan dengan  kicap???


assalammualaikum...


fuhh letih,,baru lepas jogging dengan member..jogging pas subuh ni memang best,,orang tak ade,sejuk...sempat jugak nak tulis blog ni...padahal assigment melambak,,test dah nak dekat..pagi2 ni sambil makan biskut cicah air nesface teringat mase keluo bandar aritu..excited nak keluo bandar,,walaupon cuma bando segamat..hahahah..excited sebab orang kate ade jualan murah..lepas banjir,,semua murah...nak jugak beli sepasang dua kasut...


aku pun keluar la dengan 3 orang member..ika,hasanah dengan hazirahhttp://jieare92.blogspot.com/...selalunya pjalanan dari uitm ke bandar segamat cuma setengah jam je..oleh kerana banjir,sejam la kiteorang duduk dalam bas..aku sampai bole tido,,siap mimpi lagi..nak tunjuk betapa lamenye dalam bas..huhuhu..sampai bando je kiteorg blur..xtau nak pegi mane..betol ke segamat ni??wow kotornye...banyak supermarket tutup,,tpakse jalan jauh nak beli barang..memang banyak offer mase tu..potongan harga paling tinggi 70%...ramai sangat orang..tadi sebelom sampai bandar punye la excited..bila dah sampai satu ape pon x beli...


mase nak balik tu,,kiteorang nak beli makanan..mula2 rancang nk makam MCd..tapi oleh kerana budjet burst ak tpakse membatalkan niat..heheheh..hasanah dgn ika pegi beli mcd,,aku dgn hazirah jalan2 cari makan...nampak la kedai pisang goreng...wah nampak macam sedap...aku pon belilah 2 ringgit..hazirah pon same...tetiba hazirah cakap."nani,,kenapa orang ni bagi goreng pisang dengan kicap?"...aku terdiam..aku tny..kenapa??..."ishh peliknye...mne ade orang makan goreng pisang dengan kicap..."..tergelak aku..rupa2nya orang joho je yang makan goreng pisang dengan sambal kicap...muka dia nmpk pelik sangat...aku ketawe je...unik jugak ek orang joho,,makan goreng pisang dengan sambal kicap,makan pecal,,,hahah..


aku suruh hazirah try makan pisang tu dengan sambal kicap..dia kate..eee x sedap pon....aku pulak yang rase pelik dengan budak ni...hahahha..

Friday, February 11, 2011

ALLAH maha pemurah lagi maha mgasihani...

Assalammualaikum...
Pernah terfikir x, mse kita susah,kita sebut nama Allah berkali-kali, merayu padaNya agar dipermudahkan ujian itu,..
dan ketika itu fikiran kita cenderung dihasut syaitan bahawa Dia xnak tolong kita,Dia biarkan kita dlm kesusahan, tak hiraukan kita...
LA TAHZAN-Dr. 'AIDH AL-QARNI

{Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta pada-Nya. Setiap waktu
Dia dalam kesibukan.}
(QS. Ar-Rahman: 29)

Ketika laut bergemuruh, ombak menggunung, dan angin bertiup
kencang menerjah, semua penumpang kapal akan panik dan menyeru:

"Ya Allah!"Ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir, kendaraan menyimpang
jauh dari jalurnya, dan para kafilah bingung menentukan arah perjalanannya,
mereka akan menyeru:

"Ya Allah!"Ketika musibah menimpa, bencana melanda, dan tragedi terjadi,
mereka yang tertimpa akan selalu berseru:

"Ya Allah!"
Ketika pintu-pintu permintaan telah tertutup, dan tabir-tabir
permohonan digeraikan, orang-orang mendesah: "Ya Allah!"
Ketika semua cara tak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa
menyempit, harapan terputus, dan semua jalan pintas membuntu, mereka
pun menyeru:

"Ya Allah!"Ketika bumi terasa menyempit dikarenakan himpitan persoalan hidup,
dan jiwa serasa tertekan oleh beban berat kehidupan yang harus Anda pikul,
menyerulah:

"Ya Allah!"
Kuingat Engkau saat alam begitu gelap
gulita, dan wajah zaman berlumuran debu hitam
Kusebut nama-Mu dengan lantang di saat fajar menjelang,
dan fajar pun merekah seraya menebar senyuman indah
***************************************************
Sebenarnya, bukan Dia x pedulikan kita, Dia sedang menguji kita, adakah masa kita senang dulu kita ingat pada Dia?

untuk mencari permata dalam serakan kaca memang payah
x pernah terfikir ke, Allah tu amat sibuk...sekadar hamba yang sering melupakannya ini, apalah letaknya kita...sedangkan, ramai lagi yg jauh lebih baik,
hamba-hambaNYA yang penuhkan malamnya dengan solat,
hamba-hambaNYA yang sentiasa berjihad
hamba-hambaNYA yang sentiasa berzikir

# Fikir-fikirkanlah

Tuesday, February 8, 2011

Maksud Bacaan Di dalam Solat



Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepadamu kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarg Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.




Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ..namun tak pula aku sanggup ke Neraka-Mu. Kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

kene belajar msak ni...huhu

Assalammualaikum……

Semperit…semperit…asyik2 x jadik je nak buat kueh semperit ni..benci betul..mule2 buat terkeras sngt..kali ke-2 ni anyep a.k.a tawar..huhuhu..mmg bukan tangan buat kueh betol…aku suke giler kueh tu…ade membe tu slalu bawak kueh semperit..dye slalu bagi ak…penuh semangat ak buat..tp x jadik jugak..allahuakbar…semua cakap sedap tp aku x puas hati betul tgok kueh tu…dah macam tempe rupenye…kalo ade mak mentua mesti kene perli..heheheh..tp aku kene belajo buat lagi ni…nanti kalo dah kawin,,suami  aku soh buat kueh kang x reti…dah dye carik laen..awal2 dh rancang mase depan..hahahah..tp ade je ek bini orang tu x reti masak..nasi goreng je pandai…tp suami dye syg je..haha..

Pasni ni kene check resepi lagi la..aku suke buat kueh,kek…tp x bape pandai pulak…kat u aku suke makan burgerdel…sedap…tp x la selalu makan..mahal sangat orang tu jual..setakat beso macam telur ayam kampong dah satu riyar.…cekik x bdarah betol..sebelom cuti pnjang  aku beli sikit..nak bagi mak rase..mak cakap x sedap pon..hehehhe..tp abis jugak..aku bawak balik sebenonye ade udang sebalik mee..nak soh mak buatkan..bole makan banyak2…mak masak pe je semua sedap..bukan aku je cakap..kwn2 aku pon ade cakap…skill mak yang mahal tu…

Tp mak soh aku buat sendiri..mak Cuma tunjok carenye je….potato 4 biji..lada sulah,,lada hitam,,cili,,garam..daging ayam ckit..celup telur ayam…aku siap cetak burgerdel tu bentuk hati..nak tiru macam cite ktika cinta bertasbih..”bakso cinta”…cantik sangat tgok burgerdel tu bentuk hati..senyum memanjang ak…lepas celup dalam telur…aku pon masokkn dalam minyak panas…mula2 macam ok..tp tetibe semua burgerdel hancur…hancur hati aku…dah la smalamnye buat semperit x manis..pastu ni burgerdel hancur pulak…wawawaw…istigfar je aku…”assobaru minnal iman..”bersabar tu separuh drp iman..nak wat macamne…dah x jadik…heheheh..


Never give up..do it until success…kata lecture aku…time ni la guna kata2 lecture…hahaha..pasni memang aku kne cube lagi la..kalo bole nak buat terimisu,,kek Sarawak,semua jenis biskut…huhuhu..mlangit cita2 aku…padahal semperit pon x pas lagi..huuhuh..go nani go nani go nani go go..huhuhu.:P J

Sunday, February 6, 2011

banjir lagi...huhuhu

Assalammualaikum….
Sejuknye….nak mandi air panas….dari 27.01.2011…ujan x behenti..menggigil nk mandi pagi..rasa hangat sikit bila pakai telekung…mcm x nak bukak je…petang jumaat aku balik rumah..cuti mid year exam a.k.a cuti raye cina…sebelum balik g singgah umah abang ipar…hujan tak lebat mase tu…agenda pertama nak balik rumah nk beli kasut baru..kesian sanah..ak pinjam kasut dia sminggu nk g kelas…thank a lot…heheh..pastu abang ipar cadang nak g mandi bekok satu family….

Ermmm…tapi x dapat la nk buat sume yang drancang…ujan makin lame makin lebat….banjir dah…tp rumah ak mmg x banjir la…jalan besar je banjir..3 hari langsung x keluo rumah..dulu mase banjir mmg sekse la…x de elektrik..mkanan pon x de…stok kt kedai habis..nk keluo Bandar x bole..air sampai pinggang woo….tu la namanye ujian dr ALLAH….huhuhuhu…kat rumah dutynye same je…bangun pagi solat,,tgok tv jap..sarapan,,wat keje rumah..mcm bese keje tetap aku kene basuh baju..huhuhu…pastu tgok tv balik..makan lunch..tgok tv…iiisshhh…tu jela,,nak keluo x bole…agak bosan la..tapi nak wat cane…


Selaluny seronok nk mndi..tp ni takot nk mandi…sejuk gilerrrr…..sampai biru bibir..dari pagi sampai maghrib pakai bju tido…nmpak sangat x mandi..hehehhe..tp tetap wangi..baju mmg semua x kering la…sesaat pon ujan x stop…pagi ni dah x tahan dok uma je..mak ajak tgok air banjir…dulu abah x kasih tgok…skrg aku dh pandai drive sndiri pe lagi…bawak jela…bila keluar jalan besar,,tgok banyak sngt kereta..macam ade pesta je…ramai budak2 degil tgah wat latihan myelam,kuak lentang…kupu-kupu… degil btol..lemas kang baru tau…ramai dtg ambik gambo…temasok aku n the geng…nk wat gaya mase bgambo segan..ramai cowok2…huhuhu..kesian tgok kebun orang tu…kelapa sawit dah x nmpk…air je semua…

Mak duduk dalam kete je..x kan mak pon nk maen air dgan pki tudung labuh…hahaha..aku,adik,ngn akak g main air sikit2..aku ngn adik posing2 kt tmpt bnjir…kedai mkn kt situ pon abis tenggelam..ade la sebuah dua helicopter lalu…mula2 banyak yang lalu..pilihan raya kat labis katakn…mase tu rajin la orang politik datang…bagi macam2 kt kmpng sebelah…nak menang..naseb baik menag..kalo kalah kecewe giler orng bN…bnyak giler duit keluo nak suruh orang kmpong undi dia….ishh..x suke la citer politik..x pnah msok dlm kamus idop ak….

Pas baju dah basah tengok air banjir…aku mmg dah x tahan..aku pon ajak balik rumah…belari-lari masuk kete…sebelom balik singgah kedai runcit jap…beli mkanan2 simpanan,,mcm sadin,roti,biskut,meggi…tkot nnt x cukup makanan mcm dulu…seronok pulak tgok air banjir..tp kene la ingat itu bencana buat kite,,bukan  ALLAH bagi untuk kite seronok2 maen air…mesti ade sebabnye….pada mangsa2 banjir tu besabo la ea…setiap ujian ade hikmahnye…J..

Wednesday, January 26, 2011

KEKASIHKU RASULLULLAH.......

assalammualaikum...

semalam imam muda asyraf dtg uitm...dia badi ceramah.."ayuh bangkit lah.."..isi kandungn mmg mantop..penuh satu masjid..kaki 5 pon pnuh..yela orang brilmu lg popular..imam asyraf ceritakan pada kami kisah2 sahabat rassullah yang sanggup melakukn segalanya demi ALLAH dan rasullah tercinta...ade yang sanggup syahid di medan perang...lepas tu imam muda ceritakn tentang kematian rasullah..amat myayat hati...
"rasullah sedang sakit dirumah baginda..ada orang mengetuk pintu rumah baginda...anak baginda fatimah membuka pintu dan berkat."ayah ku sedang demam"..fatimah tidak membenarkn orang itu masuk ke dalam..

rasullullah bertanya puterinya.."siapa yang dtg wahai anakku??"fatimah menjawa.."ak tidak tahu wahai ayahku..""itulah malaikat maut..dia datang untuk mengambil nyawaku.."..fatimah amat sedih..setelah 3 kali meminta masuk..akhirnya malaikat maut masuk ke rumah baginda..."mana jibril ya malaikat izroil???adakah dia sudah tidak mahu melihat aku??"suara baginda lemah.."jibril tidak sanggup melihat kekasih ALLAH diambil nyawanya.."..baginda bertanya kepada malaikat izroil apakah yang akan berlaku kepada umatku setelah ak wafat..."adakah kau berat untuk di ambil nyawa??"..

malaikat izroil pun melakukn cara yang paling perlahan untuk menyabut nyawa baginda..baginda kesakitn.."ya izroil,,sesungguhnya aku tidak pernah merasa sakit yang sebegini.."baginda berasa amat sakit walaupun malaikat izroil mncabutnya secara paling perlahan..."biarlah semua sakit ni aku yang tanggung untuk semua ummatku"..alangkah mulianya rasullullah..saat dia kesakitan dia tetap memikirkn ummatnya....Ali menghampiri rasullulah..dan rasullullah menbisikkn.."ummati,,ummati,,ummati,,"mengalir air mata saidina ali..

fatimah menekup tangan kemuka nya.."ayahku telah pergi.."..semua orang islam menangis..umar rebah..tidak bole menerima kawafatan kekasihnya RASULLULAH...semua panglima perang isalm..melemparkn pedang..permergian rasullullah adalah satu ketewasan...

betapa sayangnya rasullullah kepada kita...baginda sering mengutamakn ummatnya lebih dr dirinya sendiri...tapi adakah kita ingat semua itu??adakah kita kenang semua itu??baginda mesti sedih dengan apa yang terjadi pd ummatnya pada masa kini....aku bukan la yang terbaik..ttpi jom same2 kita jadi yang terbaik dalam kalangan ummat nabi muhammah s.a.w...

Memang orang joho cakap macam tu..hehehhe..


Assalammualaikum…sebelum pegi kelas sempatlah kejap tulis blog…..hari ni ujan je…tak silap dari petang semalam…alhamdulillah..rezeki dari ALLAH…ujan2 ni teringat pulak kenangan mase kem persatuan permas(persatuan masjid as-syakirin)…banyak yang manis,,kelaka,,huhuhu…kem tu 2 hari je…jumaat mlm smpi ahad pagi…mula2 malas sangat nak pegi..yela name pon kem..aku memang x suke camping…dlm otak aku mesti x mandi,,kne mara,,kene kejar2 mase..adoiii..malas btol…tp ak silap..kem ni berbeza…x de tekanan…
Malam pertama kiteorang ade bengkel…semua dbhgikn berkumpulan..name kumpulan ak Hassan al-banna…taukn sape Hassan al-banna???kalo tak tau cari sendiri..huhuhu..kteorang trdiri 8 perempuan 3 lelaki…aku,ika,juelaiha,mell,kak ema,ira,kinah,jafni,aliff,hasmin..yang lain aku lupa la..heheh..kumpulan aku kump yang paling senyap..aku ni kalo dengan orang yang ak kenal je cakap tak reti berenti..tapi dengan orang x kenal borak bese2 jela..dengan budak laki lagi la..sepatah haram tak cakap..segannn….~_~..bila time kump kteorang kene bentang semua g depan…ak macambiasa la..mmg tak la kalo nak jadi tukang penerang…ak diri hujung skali…
Tajuk pbincangn ak ibadat…macam2 la dak2 kumpln ak bagi penerangn..tetiba presiden permas macam nak attack ak….”asyik org yang same je cakap..yang hujung tu senyap je..”jantung ak terus laju..alamak..dia nak suruh ak cakap la ni..bencinye..dia siap tunjuk lagi…satu masjid tengok ak..ak dah tolak2 mike..ak x reti…ak gubra la..huhuhu..slama 2 minit tolak2 mike akhirnya ak kalah..ak pegang mike tu..wah….rasa macam artis pulak..semua tunggu ak cakap..presiden tanya “kenapa ustaz sediakn kupon utk dengar ceramah kt masjid?”..kepala dah ting tong..menggigil tngan ak..aku pon dengan bismillah jawab..”ustaz sediakn kupon untuk pelajar yang dengar ceramah sebab…”bio” dak2 ni pegi masjid..”bio dieorang mengimarahkn masjid..sebab kalo ade kupon orang dating masjid..kupon ni daya penarik..tp kupon tu mmg untuk student..”bio” dyeorng dtg masjid..”..pastu ade la bberape budak yang dengki tepuk tangan..orang ketawa..loghat joho ak pekat sangat..aduhh..malunye…ak cakap” bio”…patotnyer biar…nak  wat cane mmg anak jati joho..dok pon kt muo…kalo becakap memang tkeluo ayat yang mcm tu…hahahha..malunye..

Maybe ade yang x perasan kot…tp memang malu..kawan2 ak memng btol..dyeorang ketawa macam nk bederai otak…hahah…lepas kejadian tu aku jadi berani sikit dlm kumpulan..mula cakap sikit2..huhuhu..memang perangai semula jadi..malu x kene tempat…korang jangan la jd mcm ak ni..susa btol..huhuhu..tapi ukhuwah yang kiteorang bina kat kumpln tu mmg ak tak kn lupa…AL-BANNA…1 UKHUWAH!!!!!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...