Friday, February 25, 2011

Duit ohh duit…jangan kedekot sangat la…

Assalammualaikum…
Tadi opah baru lepas cucuk duit kat atm…duit ni macam air kan...sekejap je tinggal sikit…tak beli pape pon…tapi opah ni kira ok,,sebulan guna duit x lebih 200..kwan2 opah tu baru dapat ptptn 2500…sminggu je dh tinggal 500 je..tak tau ape yang dibeli…macam ade anak kt uma yang mintak makan…bila hujung bulan dah macam ayam la….kais2 duit..x baik boros2..sifat syaitan..btol x??mak opah dari dulu didik kteorg adik beradik jangn membazir…Alhamdulillah semua jenis x membazir…
opah nak phone baru..
Opah ni makan kurang sikit..”kedekot”…seminggu makan dlm 6 ringt ke 10 ringgit je..kedekut untuk kebaikan xpe la..nanti makan bnyak2 gemok sangat pulak..makan sikit pon  dah gemok..heheheh…tapi opah tengah was-was ni…banyak barang2 nak beli..kalau ikot subjek economic,,opah nak beli  “unlimited want”…nak beli handphone,earphone,kasut baru,,,macam2 lagi la…skrg ni opah guna handphone nokia yang cokia2 je…handphone lame dah rosak…kawan opah cakap”guna je la nani oii…x payah la nak glamour2 pakai handphone canggih..”tapi opah nak jugak…handphone tu x seronok..xde kemera,,x de lagu…hehhe..tapi nak beli kene guna duit…bukan 2 3 ringit..tp 2 3 ratus..slame ni handphone kakak2 yang bagi…sape x suke barang free???kedekot ek opah ni..
Dekat admin ade jual baju cotton....nk beli tp x jadi pulak..bukan tak  de duit..tapi macam biasa la”KEDEKOT”…tunggu akak belikn la..free..heheh..ade jugak2 kwan2 cakap opah ni kedekot..tp opah tak kesah..sebab opah kedekut utuk diri sendiri je..dengan orang tak kedekot pon…sape yang kenal opah tau….opah tak pernah kedekut dgn kawan2..(~_~)..lagi2 dengan family..sebab family hidup opah..watpe nk kedekot2..


Tapi semenjak dua menjak ni..opah dah kurang sekat duit..nak ape2 beli je…mak opah selalu cakap..beli je ape2 yang opah nak..tak payah nak “KEDEKOT” sangat..hahah..tapi ustaz karim cakap nak cari bini cari yang kedekot…nanti x de la harta suami cepat abis..hahahha…opah setuju dengan ustaz…hahah..jadi jejaka kat luar tu cepat2 la isi borang temuduga utk jd laki opah..heheh..gurau je…opah x nk la jd perigi cari timba..

doakn opah selalu..:)

esok opah ade test economic dengan statistic..follower2 doakn opah ye..:)

Thursday, February 24, 2011

assalammualaikum..

meh same2 opah bace mutiara kate ni..:)

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

kalau solat pon susah..xpayah la nak gatal2 nak kawin..
"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah Arab
mutiara kate untuk kawan2 lame..miss hostel..warden.....

"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."


"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."


"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." ~ Wahab B. Munabin

Wednesday, February 23, 2011

Ko tak percaya agama ko sendiri..???

Assalammualaikum…
Sehat ke semua follower??tadi belajar citu a.k.a agama islam..ustaz cakap kita kalau nak masuk syurga,,kene selalu ingat mati…fikir yang kite akan masuk syurga ke neraka???oleh kerana nak selalu ingat mati..aku kene bahasakan diri “OPAH”…rase mcam tua sikit,,baru ingat mati….tapi kalau korang ingat mati,,mesti takutkan..orang yang tak berapa kuat iman macam opah ni memang takut nak matii..ustaz opah kate dia yakin dia masuk syurga…maknanye ustaz opah memang orang yang sungguh beriman..
Opah nak cite ni…dulu mase opah darjah6..opah segroup dengan seorang budak laki ni..dulu opah dengan laki rapat..tak matang lagi..tak ade rase malu nak borak2 dengan laki..siap citer2 pasal wrestling lagi..tp skarang nk cakap dgn laki susa…hehehhe…opah ingat lagi mase kat makmal KH…kawan laki opah ni asyik termenung je..pelik juga,,selalunye dia je yang bising..speaker kelas katekan…

Tetiba dia tanya opah..”nani…aku nak tanyela..”opah ngangguk2 je..”macam mane ek kalau nanti mase kite mati,,tetiba agama sebenar agama kristian ke,,Buddha ke,,,bukan agama islam??”…tercenggang opah dengo..mulut tercangga sampai cecah meja…astagfirrullah…opah macam tak caye dia nak tny macam tu….macamne ibadah2 yang dia buat tp sebenarnye dia tak yakin…dia solat utk sape???dia puasa untuk ape??opah terdiam…opah ni memang tak lah pandai sngt…opah ckap ko mestilah kene yakin….kene banyak belajar pasal islam..tapi kawan opah tu x puas hati…dia cakap kalo dh yakin tp salah jugak mcamne???

“ko ni kenapa fikir macam tu??”opah marah dye..sebabnye Opah tak reti nak cakap ape..x berani nak cakap takut salah..opah gtau ustazah je..lepas tu ustazah jumpa dia..tak tau la sekarang mcmne pmikiran kawan opah tu..mintak2 dia dapat yakin dengan islam sepenuhnye….bagi opah al quran ade jawapan semuanye…in brief,,,bace la al quran dan terjemahannye…sesungguhnya agama sebenar adalah agama islam..:)

Saturday, February 19, 2011

kenape pisang goreng makan dengan  kicap???


assalammualaikum...


fuhh letih,,baru lepas jogging dengan member..jogging pas subuh ni memang best,,orang tak ade,sejuk...sempat jugak nak tulis blog ni...padahal assigment melambak,,test dah nak dekat..pagi2 ni sambil makan biskut cicah air nesface teringat mase keluo bandar aritu..excited nak keluo bandar,,walaupon cuma bando segamat..hahahah..excited sebab orang kate ade jualan murah..lepas banjir,,semua murah...nak jugak beli sepasang dua kasut...


aku pun keluar la dengan 3 orang member..ika,hasanah dengan hazirahhttp://jieare92.blogspot.com/...selalunya pjalanan dari uitm ke bandar segamat cuma setengah jam je..oleh kerana banjir,sejam la kiteorang duduk dalam bas..aku sampai bole tido,,siap mimpi lagi..nak tunjuk betapa lamenye dalam bas..huhuhu..sampai bando je kiteorg blur..xtau nak pegi mane..betol ke segamat ni??wow kotornye...banyak supermarket tutup,,tpakse jalan jauh nak beli barang..memang banyak offer mase tu..potongan harga paling tinggi 70%...ramai sangat orang..tadi sebelom sampai bandar punye la excited..bila dah sampai satu ape pon x beli...


mase nak balik tu,,kiteorang nak beli makanan..mula2 rancang nk makam MCd..tapi oleh kerana budjet burst ak tpakse membatalkan niat..heheheh..hasanah dgn ika pegi beli mcd,,aku dgn hazirah jalan2 cari makan...nampak la kedai pisang goreng...wah nampak macam sedap...aku pon belilah 2 ringgit..hazirah pon same...tetiba hazirah cakap."nani,,kenapa orang ni bagi goreng pisang dengan kicap?"...aku terdiam..aku tny..kenapa??..."ishh peliknye...mne ade orang makan goreng pisang dengan kicap..."..tergelak aku..rupa2nya orang joho je yang makan goreng pisang dengan sambal kicap...muka dia nmpk pelik sangat...aku ketawe je...unik jugak ek orang joho,,makan goreng pisang dengan sambal kicap,makan pecal,,,hahah..


aku suruh hazirah try makan pisang tu dengan sambal kicap..dia kate..eee x sedap pon....aku pulak yang rase pelik dengan budak ni...hahahha..

Friday, February 11, 2011

ALLAH maha pemurah lagi maha mgasihani...

Assalammualaikum...
Pernah terfikir x, mse kita susah,kita sebut nama Allah berkali-kali, merayu padaNya agar dipermudahkan ujian itu,..
dan ketika itu fikiran kita cenderung dihasut syaitan bahawa Dia xnak tolong kita,Dia biarkan kita dlm kesusahan, tak hiraukan kita...
LA TAHZAN-Dr. 'AIDH AL-QARNI

{Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta pada-Nya. Setiap waktu
Dia dalam kesibukan.}
(QS. Ar-Rahman: 29)

Ketika laut bergemuruh, ombak menggunung, dan angin bertiup
kencang menerjah, semua penumpang kapal akan panik dan menyeru:

"Ya Allah!"Ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir, kendaraan menyimpang
jauh dari jalurnya, dan para kafilah bingung menentukan arah perjalanannya,
mereka akan menyeru:

"Ya Allah!"Ketika musibah menimpa, bencana melanda, dan tragedi terjadi,
mereka yang tertimpa akan selalu berseru:

"Ya Allah!"
Ketika pintu-pintu permintaan telah tertutup, dan tabir-tabir
permohonan digeraikan, orang-orang mendesah: "Ya Allah!"
Ketika semua cara tak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa
menyempit, harapan terputus, dan semua jalan pintas membuntu, mereka
pun menyeru:

"Ya Allah!"Ketika bumi terasa menyempit dikarenakan himpitan persoalan hidup,
dan jiwa serasa tertekan oleh beban berat kehidupan yang harus Anda pikul,
menyerulah:

"Ya Allah!"
Kuingat Engkau saat alam begitu gelap
gulita, dan wajah zaman berlumuran debu hitam
Kusebut nama-Mu dengan lantang di saat fajar menjelang,
dan fajar pun merekah seraya menebar senyuman indah
***************************************************
Sebenarnya, bukan Dia x pedulikan kita, Dia sedang menguji kita, adakah masa kita senang dulu kita ingat pada Dia?

untuk mencari permata dalam serakan kaca memang payah
x pernah terfikir ke, Allah tu amat sibuk...sekadar hamba yang sering melupakannya ini, apalah letaknya kita...sedangkan, ramai lagi yg jauh lebih baik,
hamba-hambaNYA yang penuhkan malamnya dengan solat,
hamba-hambaNYA yang sentiasa berjihad
hamba-hambaNYA yang sentiasa berzikir

# Fikir-fikirkanlah

Tuesday, February 8, 2011

Maksud Bacaan Di dalam Solat



Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepadamu kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarg Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.




Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ..namun tak pula aku sanggup ke Neraka-Mu. Kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

kene belajar msak ni...huhu

Assalammualaikum……

Semperit…semperit…asyik2 x jadik je nak buat kueh semperit ni..benci betul..mule2 buat terkeras sngt..kali ke-2 ni anyep a.k.a tawar..huhuhu..mmg bukan tangan buat kueh betol…aku suke giler kueh tu…ade membe tu slalu bawak kueh semperit..dye slalu bagi ak…penuh semangat ak buat..tp x jadik jugak..allahuakbar…semua cakap sedap tp aku x puas hati betul tgok kueh tu…dah macam tempe rupenye…kalo ade mak mentua mesti kene perli..heheheh..tp aku kene belajo buat lagi ni…nanti kalo dah kawin,,suami  aku soh buat kueh kang x reti…dah dye carik laen..awal2 dh rancang mase depan..hahahah..tp ade je ek bini orang tu x reti masak..nasi goreng je pandai…tp suami dye syg je..haha..

Pasni ni kene check resepi lagi la..aku suke buat kueh,kek…tp x bape pandai pulak…kat u aku suke makan burgerdel…sedap…tp x la selalu makan..mahal sangat orang tu jual..setakat beso macam telur ayam kampong dah satu riyar.…cekik x bdarah betol..sebelom cuti pnjang  aku beli sikit..nak bagi mak rase..mak cakap x sedap pon..hehehhe..tp abis jugak..aku bawak balik sebenonye ade udang sebalik mee..nak soh mak buatkan..bole makan banyak2…mak masak pe je semua sedap..bukan aku je cakap..kwn2 aku pon ade cakap…skill mak yang mahal tu…

Tp mak soh aku buat sendiri..mak Cuma tunjok carenye je….potato 4 biji..lada sulah,,lada hitam,,cili,,garam..daging ayam ckit..celup telur ayam…aku siap cetak burgerdel tu bentuk hati..nak tiru macam cite ktika cinta bertasbih..”bakso cinta”…cantik sangat tgok burgerdel tu bentuk hati..senyum memanjang ak…lepas celup dalam telur…aku pon masokkn dalam minyak panas…mula2 macam ok..tp tetibe semua burgerdel hancur…hancur hati aku…dah la smalamnye buat semperit x manis..pastu ni burgerdel hancur pulak…wawawaw…istigfar je aku…”assobaru minnal iman..”bersabar tu separuh drp iman..nak wat macamne…dah x jadik…heheheh..


Never give up..do it until success…kata lecture aku…time ni la guna kata2 lecture…hahaha..pasni memang aku kne cube lagi la..kalo bole nak buat terimisu,,kek Sarawak,semua jenis biskut…huhuhu..mlangit cita2 aku…padahal semperit pon x pas lagi..huuhuh..go nani go nani go nani go go..huhuhu.:P J

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...