Monday, March 7, 2011

Awas..jauhi lelaki yang demand….


Assalammualaikum…
Apa khabaq sume??walaupon korang tak tanye, opah nak cakap juga..opah sehat..
Hehehhe…minggu ni opah nak balik rumah…
Dah sebulan tak balik rumah..rindu kat mak ngan abah…mesti dyeorg x sabar
Nak tunggu opah balik rumah..(perasan)..hehhe..
Hari ni opah nak citer pasal laki demand..kalau subjek economic ni…
Define of demand is willingness or ability to buy something..tp demand yang opah nk cite ni lain..opah pon baru tau…”demand seorang lelaki”
Demand seorang lelaki ni ialah apabila lelaki yang terlalu kuat egonya dan besar kepala…selfish la senang citer…(kawan opah yang cakap)..lelaki memang dikurniakan ego yang lebih sikit dari perempuan..
Perempuan ni bukan ego..tapi malu..tol tak wanita2???
Semalam kawan opah ade cerita pasal  sorang classmate lelaki dia….”demand gile budak tu..myampah aku.”kata kawan opah…
Ade ke patut budak laki ni nak perempuan je always mulakan..lecture bagitau tarikh exam dekat budak laki tu..tp dia tak bagi tau semua classmate perempuan sebab nak perempuan tanya dia dulu,,,nak jaga standart..tak nak sebuk2 tegur perempuan..biar perempuan je tegur dia dulu…
selalunye yang rupe mcm ni ego lebih...tp tak semua..

Ade ke patut macam tu…ingat dia hot sangat ke..memang la orang putih cakap ladys first…tapi bab2 macam ni ayat tu tak bole pakai..
Opah ade bace  sebuah artikel ni..tajuknye “keburukkan lelaki demand.”
Lelaki yang demand a.k.a ego yang melampau ni selalunye tak bole jadi ketua..
ketua tu maksudnye ketua keluarga..tak bole jadi suami yang baik…nanti dah kawin..isteri  je kene buat keputusan sendiri,isteri je kene buat keje sendiri oleh kerana si suami ego..tak nak tolong isteri…rasa jatuh maruah kejantanan kalau tolong isteri kat dapur..fuuuhhhh…

Menyampah pulak opah dengar…opah doa tak nak la dapat suami macam tu..heheh..kalau suami tolong isteri bukan ke lagi nampak gentleman…
Tak bolelah macam tu….opah bukan nak galakkan perempuan lelaki bergaul mesra,,,,haram tetap haram..tapi..
Kalau sampai benda2 penting pun tak nak inform dengan alasan tak nak tegur perempuan dulu dah jadi kes parah…

Pada jejaka-jejaka demand kat luar tu..renung2 kan lah..…jangan terlalu mementingkan ego…ego tu tak bole bawak mati pon…nanti mati kene baring atas tanah jugak…tak adenye dapat baring atas tilam lembut bila mati kalau ego2 sangat…tapi opah tau lelaki2 lain semua ok je kan…huhuhu..
 bende tak ade kene mengena ngan sape2 tau...heheh



Sunday, February 27, 2011

MakAnaN oRaNg JaWEE + jOHoR

assalammualaikum...

sape anak orang jawe??angkat tangan...
eh opah je yang angkat tangan..sape org joho??opah jugak sorang2 angkt..
tak kesah la org ape pon..semua hamba ALLAH..kan.kan.
dah sebulan opah tak balik rumah..rindu masakan mak..
kat u ni makanan same je..tp opah tetap bsyukur..ade jugak makanan..

korang tau ke makanan orang jawe ape??mesti ramai yang tak tau kan..
tp makanan kt gambar ni mesti korang tau..
wah..nampak sedap..manusia ke yg makan mcm ni??

burger sume tau tapi makanan jawe dengan joho tak ramai yang tahu...
pernah makan sambal tutok tak??mesti tak pernah dengar ek..org jawe je yANg tau..
ni lah sambal tutok...

sambal ni pedas sangat...pedas tapi sedap..makan skali nk 4 kali..
nak buat senang je..tak payah nak panas2kn kuali..
di panggil sambal tutok sebab nak buatnye kene tumbuk sampai lumat.tutok tu bhase jawe...
.ni bahan2 dia..

senang je kan..cube la..sedap tau...
kalau mak opah suke makan sambal tutok dengan sayur bening...
sayur bening??ape tu??sayur bening ni sayur yang rebus2 je...bagus untuk kesihatan tau..
tadaaaa..ni la sayur bening..tapi dah lame kiteorang tak makan macam ni..
ni sebab khadiran makan lain..hhehe.

penah tak makan pecal???tu diantara makanan ksukaan opah...
dah lame jugak tak makan..sedapnye..
orang johor dengan orang jawe je makan bende alah ni...
kalau kat u,,cakap pecal je semua blur..hahaha...orang2 bando tak makan pecal..
pecal ni sayuran..tapi makan dengan sambal kacang yang pedas berapi...
orang lidah western x dapat la nak makan..
wah nampak sedap..nyumm,,nyum,,


last sekali makanan orang johor...iaitu jemput-jemput dan tumpi...
jemput2 ni orang makan mase breakfast..sedap tau..cicah sos ngan sambal kicap..
bukan pisang je cicah sambal kicap..heheh
jemput2 yang ranggup dan menarik...hehehhe..

tumpi ni sjenis kerepek..time raye banyak la..tumpi ni ade kacang,,ikan bilis...
kadang2 ade udang kering...

haaaa ini dia..tumpi...mak opah jaguh buat tumpi tau..
kalau nak rase meh la datang umah..heheeh


Saturday, February 26, 2011

Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam

assalammualaikum semua....
 
sape suami kite nanti ek??baik ke?kacak ke?heheh..kaye ke??...kalau ikot hati semua nak..
opah pon same...hehhe..
tapi sekarang ni nak carik suami senang..tp nak carik yang BAIK..susah..
bak kate imam muda azhar..lelaki ramai kat USM(universiti SERENTI mlysia)....macamne la kite nak
cari yang baik kan orang2 perempuan...huhu..
kalau opah kan..opah nak laki yang bole jadikan opah lagi baik..heheh.
x delah muka je hensem..poket berat..tapi solat pon x pernah...
 
so..opah ade jumpa 8 ciri suami baik..ingat2 orang perempuan...
pilih yang betol sebelom myesal..sebab perempuan x bole kawin 4 tau..:)
ishhh..sweetnye..heheheh



1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:
"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu." Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.
amin.....
2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.
4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.
assalammualaikum...

alhamdulillah opah baru abis test 1 QMT a.k.a statistic..subjek ni lah subjek yang menakutkan
sekalian warga uitm..agaknye la..tapi memang susah lah...
dulu opah kene test akaun...walaupon tak de basic dulu tapi opah rase akaun senang la..
bole la cukup2 makan dapat A...tp statistic ni..fuhhh..susah..GILER..
tapi kalo struggle x susah kot..opah ni kalau takot satu subjek tu..mesti ntah pape jawab..
balik bilik kene buat assigmnt pulak..hehhe
myampah opah rase kalau dengar prkataan ASSIGMENT..bukan malas nak buat..
tapi certain ahli group opah ni...selfish...tak nak buat keje..
opah malas nak bising2..tak dapat ape2 pon..saket mulut je dapat..tapi hati sakit juga tau..


bekecai hati opah...hehhe..
tadi beli makanan..hari ni opah makan nasi,,sup mushroom,ngn ayam masak sambal..
total 4 hengget..ok la tu...

ok la x de ape yang nak dicerita..heheh..



Friday, February 25, 2011

Duit ohh duit…jangan kedekot sangat la…

Assalammualaikum…
Tadi opah baru lepas cucuk duit kat atm…duit ni macam air kan...sekejap je tinggal sikit…tak beli pape pon…tapi opah ni kira ok,,sebulan guna duit x lebih 200..kwan2 opah tu baru dapat ptptn 2500…sminggu je dh tinggal 500 je..tak tau ape yang dibeli…macam ade anak kt uma yang mintak makan…bila hujung bulan dah macam ayam la….kais2 duit..x baik boros2..sifat syaitan..btol x??mak opah dari dulu didik kteorg adik beradik jangn membazir…Alhamdulillah semua jenis x membazir…
opah nak phone baru..
Opah ni makan kurang sikit..”kedekot”…seminggu makan dlm 6 ringt ke 10 ringgit je..kedekut untuk kebaikan xpe la..nanti makan bnyak2 gemok sangat pulak..makan sikit pon  dah gemok..heheheh…tapi opah tengah was-was ni…banyak barang2 nak beli..kalau ikot subjek economic,,opah nak beli  “unlimited want”…nak beli handphone,earphone,kasut baru,,,macam2 lagi la…skrg ni opah guna handphone nokia yang cokia2 je…handphone lame dah rosak…kawan opah cakap”guna je la nani oii…x payah la nak glamour2 pakai handphone canggih..”tapi opah nak jugak…handphone tu x seronok..xde kemera,,x de lagu…hehhe..tapi nak beli kene guna duit…bukan 2 3 ringit..tp 2 3 ratus..slame ni handphone kakak2 yang bagi…sape x suke barang free???kedekot ek opah ni..
Dekat admin ade jual baju cotton....nk beli tp x jadi pulak..bukan tak  de duit..tapi macam biasa la”KEDEKOT”…tunggu akak belikn la..free..heheh..ade jugak2 kwan2 cakap opah ni kedekot..tp opah tak kesah..sebab opah kedekut utuk diri sendiri je..dengan orang tak kedekot pon…sape yang kenal opah tau….opah tak pernah kedekut dgn kawan2..(~_~)..lagi2 dengan family..sebab family hidup opah..watpe nk kedekot2..


Tapi semenjak dua menjak ni..opah dah kurang sekat duit..nak ape2 beli je…mak opah selalu cakap..beli je ape2 yang opah nak..tak payah nak “KEDEKOT” sangat..hahah..tapi ustaz karim cakap nak cari bini cari yang kedekot…nanti x de la harta suami cepat abis..hahahha…opah setuju dengan ustaz…hahah..jadi jejaka kat luar tu cepat2 la isi borang temuduga utk jd laki opah..heheh..gurau je…opah x nk la jd perigi cari timba..

doakn opah selalu..:)

esok opah ade test economic dengan statistic..follower2 doakn opah ye..:)

Thursday, February 24, 2011

assalammualaikum..

meh same2 opah bace mutiara kate ni..:)

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

kalau solat pon susah..xpayah la nak gatal2 nak kawin..
"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah Arab
mutiara kate untuk kawan2 lame..miss hostel..warden.....

"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."


"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."


"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." ~ Wahab B. Munabin

Wednesday, February 23, 2011

Ko tak percaya agama ko sendiri..???

Assalammualaikum…
Sehat ke semua follower??tadi belajar citu a.k.a agama islam..ustaz cakap kita kalau nak masuk syurga,,kene selalu ingat mati…fikir yang kite akan masuk syurga ke neraka???oleh kerana nak selalu ingat mati..aku kene bahasakan diri “OPAH”…rase mcam tua sikit,,baru ingat mati….tapi kalau korang ingat mati,,mesti takutkan..orang yang tak berapa kuat iman macam opah ni memang takut nak matii..ustaz opah kate dia yakin dia masuk syurga…maknanye ustaz opah memang orang yang sungguh beriman..
Opah nak cite ni…dulu mase opah darjah6..opah segroup dengan seorang budak laki ni..dulu opah dengan laki rapat..tak matang lagi..tak ade rase malu nak borak2 dengan laki..siap citer2 pasal wrestling lagi..tp skarang nk cakap dgn laki susa…hehehhe…opah ingat lagi mase kat makmal KH…kawan laki opah ni asyik termenung je..pelik juga,,selalunye dia je yang bising..speaker kelas katekan…

Tetiba dia tanya opah..”nani…aku nak tanyela..”opah ngangguk2 je..”macam mane ek kalau nanti mase kite mati,,tetiba agama sebenar agama kristian ke,,Buddha ke,,,bukan agama islam??”…tercenggang opah dengo..mulut tercangga sampai cecah meja…astagfirrullah…opah macam tak caye dia nak tny macam tu….macamne ibadah2 yang dia buat tp sebenarnye dia tak yakin…dia solat utk sape???dia puasa untuk ape??opah terdiam…opah ni memang tak lah pandai sngt…opah ckap ko mestilah kene yakin….kene banyak belajar pasal islam..tapi kawan opah tu x puas hati…dia cakap kalo dh yakin tp salah jugak mcamne???

“ko ni kenapa fikir macam tu??”opah marah dye..sebabnye Opah tak reti nak cakap ape..x berani nak cakap takut salah..opah gtau ustazah je..lepas tu ustazah jumpa dia..tak tau la sekarang mcmne pmikiran kawan opah tu..mintak2 dia dapat yakin dengan islam sepenuhnye….bagi opah al quran ade jawapan semuanye…in brief,,,bace la al quran dan terjemahannye…sesungguhnya agama sebenar adalah agama islam..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...