Friday, September 9, 2011

final exam lagi......

assalammualaikum...



kaifahal??ni hau ma??how are u??
alamak final exam dah nak sampai.....
takutnya...sem ni sem yang paling teruk..
first malas nak belajar..second lecturer semuanya strait..
third kuat main facebook....aadduuuhhhh...
assigment pulak selalu buat last minit......
takut sangat..especially subjek finance ngn macro..

pe2 hal,,korang doakan untuk opah...
dapat result yang cemerlang..
dan dapat biasiswa jpa...
aaaaammmmmiiiinnnnn..............................





Saturday, September 3, 2011

aidilfitri tahun ni....

assalammualaikum...

apa khabaq semua??sehat tak??
ada tak yang cirit birit raya2 ni??
yela makan ketupat banyak sangat..sakit la jadinya..
macam mana dengan hari raya tahun ni??
best tak??kalau opah..eerrmmm...bestlah jugak...

tahun ni tak semua ahli keluarga opah ada
masa hari raya..tak macam raya sebelum2 ni..
along opah tak balik raya..ada kerja kat vietnam...
kesian along...orang seronok2 raya,,, dia mengadap pelantar minyak..
raya2 ni....kat vietnam pulak tu...
akak opah pulak balik rumah mentua..
tahun lepas akak opah belum kahwin..tahun ni first
time lah dia beraya kat rumah mentua...

belum raya lagi mak abah dah nangis2..
yela..sedih tak dapat beraya dengan semua anak dia..
tapi perjalanan raya tetap lancar...
3hari beraya non stop..letih badan ni..
duit raya pun makin kurang...tak syok betol...
baru berangan nak beli cincin emas..















ni la suasana raya opah tahun ni...

Thursday, August 25, 2011

selamat hari raya aidilfitri...

assalammualaikum...

dikesempatan ini opah nak ucapkan
"selamat hari raya aidilfitri"
maa zahir sahaja..batin tak pernah lagi kot...
semoga hari raya ini kita umat islam dapat...
merasa kegembiraan...:)


Monday, August 22, 2011

apabila uitm tak ada air.....

assalammualaikum...

ujian..ujian..ujian..
dari malam semalam uitm tak ada air..
masuk ni dah kali kedua..
sengsara sangat rasa bila tak ada air...
bagai ibu kehilangan anak..eh..sesuai ke perumpamaan tu.??
buat2 sesuai la...
opah rasa kalau tak ada elektrik lagi ok kot...
air ni seriuosly penting..
nak ambik wuduk,,nak mandi,,nak berak,,kencing..
nak minum..opah dari semalam tak minum air masak..
tak ada bekalan...sedih betol...

nanti dalam kelas gerenti...
semua berpandangan antara satu sama lain...
sebabnya semua mesti tak mandi...
time tu jugak la kelas bau wangi luar biasa..
sebab semua pakat sembur minyak wangi berbagai jenama
untuk menutup bau tak mandi pagi..
kalau tak mandi tu tetap tak mandi..
sembur perfume sebotol pon title korang tetap "tak mandi"..

time macam ni lah opah tengok..
bebudak ni jimat air...
kalau tak macam pesta air..
kalau nak gosok gigi tu..air x tutup sampai singki tu jadi
swimming pool..membazir bebeno...

ok lah...opah nak buat operasi...
mencari air yag hilang..
perut dah memulas-mulas...
ok bubye...

Saturday, August 20, 2011

seminggu lagi nak raye??realiti ke mimpi??

assalammualaikum...

di pagi yang indah lagi cerah...
burung berbunyi..chip..chip..chip..ehh mcm tu ke??
whatever la...ok sambung...
angin yang bertiup sepoi2 language..
warga uitm yang ramai lagi masih bermonolog di dalam mimpi..
dan bunyi2 monyet segamat yang merdu....



ok..cukuplah madah2 sumbang ni..
semalam roomate opah berborak dengan member dia..
sebuk dia cerita pasal tiket bas...
acctually opah ni tak pernah beli tiket bas..
balik rumah naik kereta je..rumah sejengkal je dari uitm...
"untung" lah kan..rumah dekat...
itu ayat kebiasaan untuk opah...
ok..sambung cerita...
lepas 10minit roomate opah borak pasal tiket..
opah pon tanya..."apasal semua cerita tiket ni??"
"ramai yang tak dapat tiket untuk jumaat ni"
"aikk,,watpe balik jumaat ni.."
"kan cuti raya kak nani.....".."cuti raye??"
"minggu depan kita dah raye ke??"..muka konfius..
"aah la...hahahah..tak nak raya ke??"
"cepaaaaaaaaaaaaaaaattttnnnnnyyyyaaaaaaa"

oohh..mimpi ke realiti ni??
minggu depan dah nak raye...
baju tak siap lagi...kasut belom beli...
baju raye..ooo baju raya..
kuih rayer opah belom sampai lagi...
badan belom kurus lagi...
alllaaaaa..nanti mesti kene kutuk dengar sepupu sepapat
opah yang lazer....fffuuuhhhh...
nak kasut baru......
oooohhhhh ttiidddaaakk....kenapa aku tak ada feel raya ni??

orang lain pon nampak macam tak excited je..
tak ada dengar lagu raya pon...
nampaknya raya taun ni pakai baju ngan kasut lama je la...
huhuhuhuhu...

Thursday, August 18, 2011

Tuesday, August 16, 2011

suami aku skema.......

assalammualaikum...

hai semua..nama aku ecah...dengar nama macam kampung...
tapi sebenarnya aku orang bandar..
aku tinggal kat sebelah rumah dato najib...
nama sebenar aku aisyah orlando depp...
aku bekerja sebagai pembantu kewangan sailormoon...

aku dah berkahwin...nama suami aku..haikal...
skema kan nama dia???
acctually dia ni memang skema...
korang nak tau tak macam mana aku boleh...
terkahwin dengan mamat ni...
kalau tak nak dengar...sila tutup mata...

sebelum bekerja..aku belajar kat..
unversiti mengelembu di subang telinga berjaya...
aku ambil course "aku ingin menjadi perempuan tulen"..
aku ambik course ni sebab bangla jual karpet
kat rumah atuk aku cakap aku ni tomboy...
so untuk membuktikan aku wanita...
aku ambiklah course ni...


aku sungguh seronok belajar di sana..
sebab ramai lelaki...mula2 aku confius...
kenapa ramai lelaki???sekarang aku dah tau..
sebab diaorang nak jadi perempuan lah...
setahun lepas grade...aku telah menjadi wanita tulen...
suatu hari...aku berjumpa seorang lelaki yang sedang..
membuat latihan addmath sambil bermain scrabble..
di tepi longkang depan rumah flat jiran aku...
aku tertarik dengan kehebatan dia...

aku mula mengurat dia...muka dia sungguh kacak...
kulitya putih gebu bak zila bakarin..
matanya sepet seperti lee chong wei...
wooowww...aku semakin tertarik...
dia memakai cermin mata yang lebih besar dari bola tenis...
itu kelebihan dia...orang cakap dia skema..
aku tak kisah...yang penting dia bersinar di mata aku..

kami pon berkahwin...
haikal bekerja sebagai penasihat wanita hamil...
seminggu usia perkahwinan kami...
aku amat bahagia..dia seorang yang terurus...skemalah katakan..
semuanya nak sempurna...
namun hari berganti minggu...minggu berganti tahun...
haikal semakin annoying...
setiap pukul2 pagi..dia akan mengejutkan aku bangun tidur..
kerana dia tak mahu aku lewat pergi kerja..
dia nak aku sentiasa panctual...

dia memaksa aku mengosok semua 
alas meja,,langsir,,lap kaki toilet..tuala mandi,,sarung kusyen..
alasannya dia tak suka benda2 yang berkedut...
haikal juga akan memastikan aku mengukur semua
bahan masakan seperti lobak,,daging,,kacang panjang,,
ikan,, agar semuanya dipotong sama saiz sebelum dimasak...
alasannya untuk kelihatan sempurna...
yang paling melampau..dia suruh aku pastikn,,
setiap butir nasi yang aku masak,,sama warna,,saiz,,dan berat..

setiap kali kami keluar...haikal akan  "menyiapkan" aku
dia akan memakaikan aku baju mengikut 
warna beg tangan,,tudung,,jam,,gincu,,celak,,
blusher,,kasut,,stokin....
satu hari tu..aku kena tangkap dengan polis
seluruh badan aku disaluti warna kuning..
baju kuning,,gincu kuning,beg kuning,blusher kuning..
kasut kuning..aku tak tahu kenapa aku ditangkap..
tapi ia amat memalukan aku...
aahhh...keterlaluan kamu suami ku...

aahhh...skema sangat kau wahai suami ku...
semakin lama aku semakin tak tahan...
aku mintak haikal tinggalkan aku...
dia setuju..tapi dia memberi syarat kepada aku...
tapi tak mungkin aku boleh memenuhi syarat itu...
aku bukan harry porter..aku bukan si peri...
aku manusia biasa...aku tak ada magic..

haikal meminta aku memulangkan terunanya..
sungguh kejam syaratmu...
aku tak dapat memenuhi syaratnya..
itulah sampai sekarang aku hidup dengan dia...
siang malam aku berdoa agar dia mati cepat...
boleh lah aku berkahwin dengan orang lain...
sungguh sedih hidup ku..
ini kerana suami ku skema.....


p/s: rekaan semata-mata..tak ada kene mengena dengan sapa2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...