Wednesday, December 14, 2011

bertambah umat islam..


assalammualaikum...

apa khabar semua..akhirnya opah sempat menulis blog hari ini..
selama ni asyik tak sempat je..
buzy mengalahkan perdana menteri sri lanka..kihkih
hari opah nak kongsi video pasal seorang muallaf..
nama beliau lu joey..seorang wanita berbangsa cina kristian...

semalam lu joey datang ke uitm segamat untuk berkongsi cerita...
dan opah tersangat tertarik dengan
kisah pengalaman dia semasa hendak memeluk islam...
opah pon tak sempat nak cerita banyak...
tengoklah video ni...:)
semoga ALLAH memberikan hidayah kepada hamba2Nya
yang masih lagi kufur...:)




seriously orangnya sangat cantik dan cute..

Friday, December 9, 2011

contest blog simple but awesome.:)

assalammualaikum..

di hari yang free dan indah ni..opah telah
berhajat untuk menyertai satu contest yang dibikin
oleh seorang wanita yang mempunyai nama yang sangat indah..
iaitu nurul hanani ..heheh(nama kita sama la heheh)
selama setahun opah yang tak famous ni berblogging..
ini first contest yang opah join..atas sebab musabab yang kukuh dan valid..

ok..sebelum opah mengarut tak tentu pasal...
opah nak cadangankan contest ini kepada..
member  opah iaitu en hot dan embah opah
dan nana...semoga di bulan muharam  yang mulia ini..
opah akan menang..heheheh...

Saturday, December 3, 2011

opah skodeng orang!!!!!!!!!!!!!!!

assalammualaikum...

hari ni opah nak bergosip..best punye gosip..
lagi hot dari gosip anak chef wan menipu...kihkihkih..
tadi,,tepat pukul 2.10 ptg..masa opah tengah study BICOM
opah terdengar bunyi kereta
kat bawah kolej opah..biasalah bunyi kereta..memang selalu ada
kereta yang datang kat bawah kolej opah..
so tak interested langsung nak tengok..

selang beberapa minit tu,,opah rasa ngantuk pula baca buku ni..
opah pun bangun dari meja study..nak senam2 sikit..
kasik hilang rasa ngantuk ni...tetiba opah rasa macam 
nak jengah tingkap..mana tau yang datang tu justin timberlake ke,,
aaron aziz ke imam muda hassan ke..wahhh excited gitu..hahah
tapi harapan ku meleset..yang opah nampak sebuah kereta waja
yang berwarna putih..dalam kereta tu ade dua orang manusia..
yela tak kan dalam kereta ada ayam belanda pulak..
manusia tu bergender male dan female..




mula2 tengok rasa biasa je..maybe adik beradik kot..
abang opah pun pernah hantar opah balik u..
tapi perbuatan diaorang membuatkan opah rasa luar biasa..
mula2 lelaki tu pegang peha perempuan tu..aikk lain macam dah ni...
tak kan adik beradik nak pegang2

ade syaitan kat tengah2 tu

lepas tu pegang2 tangan..cium2 tangan..
picit2 hidung,,cubit2,,picit2 bahu.
entah pegang apa lagi ntah..opah tak berapa nampak sebab
opah tengok dari atas..dari tingkat3..muka pun opah tak nampak jelas..
lepas 5 minit berpegang-pegang..
opah nampak laki tu bagi sesuatu...duit kot..
perempuan tu pun simpan dalam wallet..lepas tu dia cium tangan lelaki tu..

pegang2 tangan berterusan..opah pun terus skodeng sampai habis..
agak2 buat yang lagi haram memang opah
rakam lah..lepas tu hantar kat pak guard..hahaha
tak pun upload kt youtube ke..facebook ke...baru padan muka..
opah hanya dapat mencegah melalui hati je..walaupun itu ialah cegahan selemah-lemah iman..
tak mampu nak cegah guna tangan..
nanti orang kata  jaga tepi boxer orang lain pulak..

first time rasenya opah tengok agenda tu depan mata..
takut tengok couple2 zaman sekarang ni..
opah doa agar opah tak berkelakuan
macam diaorang tu...semoga Allah kuatkan iman opah

kawin untuk elakan maksiat

agar tak melakukan perkara tersebut...
biarlah lelaki pertama yang opah pegang ialah suami opah sendiri..
amin...

kalau nak pegang2 kawin la dulu....

Friday, December 2, 2011

apa nak jadi




assalammualaikum...

lepas opah tengok video ni...speechless
rasa macam koyak,remuk luka hati ni....
walaupun he not my relative
hidup manusia yang beragama islam sekarang semakin tak boleh 
diterima oleh akal...nak menangis pun ada tengok video ni..
dulu bapak rogol anak...sekarang ibu yang rogol anak...
nak jadi apa pun tak tau...

kalau opah jumpalah perempuan dalam video ni..
memang aku sekel kepala dia sampai lembam....
eee  geramnya....








Wednesday, November 30, 2011

Don’t judge book by it cover..



Assalammualaikum…

Alhamdulillah,,bersyukur saya kehadrat illahi
Kerana dengan limpah kurniaanya dapat lah saya
Berucap di pagi yang indah ini….opss lebih2 pula opah ni..
Saja nak flashback ayat karangan ucapan masa sekolah2 dulu..kihkihkih

Hari ini rasanya tak ada apa
Yang opah nak ngomelkan+mengarutkan
Cuma opah nak kongsi enam baris ayat ini..
Tapi opah rasa semua pernah dengar ayat ni..
Kat facebook pun opah ada post ayat ni..



Tidak semestinya yang bertudung itu baik,
Dan semestinya orang yang baik itu bertudung..

Tidak semestinya orang yang solat itu beriman,,
Dan semestinya orang yang beriman itu akan solat.

Tidak semestinya orang yang miskin itu malas,,
Dan semestinya orang yang malas itu akan miskin..

Based on ayat di atas ini..
Opah dapat simpulkan yang kita janganlah
Menilai orang dari luaran sahaja…
Tetapi yang wajib tetap wajib…
Yang haram tetap haram..
Matlamat tak menghalalkan cara….

Jangan ditenung sahaja ayat ini..
Tapi renung2kanlah… J

Monday, November 21, 2011

tahniah malaysia...

assalammualaikum..

tahniah untuk malaysia sebab menang 4-3
dengan mamat indon..acctually opah tak tengok dan tak minat...
semalam memang riuh U opah..ala ala macam kat studium gitu..
sampai masjid dengar diaorang bersorak..
especially orang perempuan punya suara...
melebih pulak orang perempuan ni..jerit tak ingat dunia..
bagus2 bersemangat waja sangat..
tapi terkilan sikit...masjid kosong...tapi cafe depan masjid penuh orang..

tapi tak apa lah...minat masing-masing...
ok..tahniah lag sekali pada malaysia...


 wira-wira negara...

harimau malaya


menang!!!!!!!

abang angkat opah....ceh ceh ceh...


ooppsss...salah masuk gambar..termasuk gambar
my buayafrend pulak...kihkihkih

Sunday, November 20, 2011

alahai....

assalammualaikum...

sekian lama opah tak menaip,mengomel...
hari 20/11/2011 tamatlah tarikh sebagai suri rumah
dah kena balik universiti..
perasaan tu tak rasa apa-apa..cuma rasa
sikit kecewa dengan result sem lepas..
baru berangan nak dapat anugerah naik canselor..
alahai melepas...walaupun pointer masih lagi
tahap boleh jadi tauke getah dekat segamat..
"man jaddah wa jaddah"
siapa berusaha dia akan berjaya...kurang usaha ni cik opah..
try lagi sem depan..lagi sikit je pointer tu..

bila opah merungut,keluh tak dapat dekan ni..
mula lah orang mengata."alah..baru drop sikit dah nak bunuh diri"
please..aku ada iman lagilah..
daripada bunuh diri baik bunuh orang..kihkih..
ok..opah sedar..mengeluh tak berguna...

eerrmm..suasana kat U untuk first day ni macam biasalah...
time ni lah nak teringat mak abah..
time ni lah baru perasan mak masak sedap..
time ni lah rase katil rumah tu empuk sangat...
time ni lah rasa membazir asyik tidur kat rumah...
nampak sangatlah kurang bersyukurnya tu..
bila bukak facebook,,eerrmmm lagi mebosankan..
dari atas sampai 100 older post,,,semua letak entry yang sama..
contohnya:
"emmmmaaakkk,,nak balik..."
"teringatkan rumah...bila nak cuti sem ni.."
"sedihnya nak balik U ni"
"rindukan bantal peluk"..
"malasnya nak sambung belajar"

aduh..boring lah..cuba letak post2 yang membakar semangat sikit..
contohnya :
"inilah masanya untuk aku mencapai kejayaan"
"semangat aku berkobar-kobar di pintau gerbang ilmu"
"akan ku cari ilmu hingga otak ku tidak berfungsi"
"menimba ilmu itu bagi mendapat chicken rice combo di kfc"
aaaa...kan rasa semangat sikit nak belajar...ni sibuk mengeluh...

itulah orang kita..especially orang melayu..
hidup asyik nak senang..tapi malas usaha..
ceehhh..macam emotional sangat pula opah ni..
yelah tengah frust tertonggeng ni..
takpa..opah akan buktikan sem ini opah akan dapat dekan lagi...

"jika kau fikirkan kau boleh..kau pasti boleh melakukan..
jika kau fikirkan ragu2..blablabla.." ok sebenarnya tak hafal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...