Monday, April 15, 2013

kenapa aku suka matlutfi???

Assalammualaikum!!!

bagi siapa yang minat tengok you tube..
minat download video..dia insyaallah akan mengenali
si mamat kurus kedingkiyang yang sangat popular
dan hot masa kini,,iaitu matlutfi..
aku start umur 19 baru kenal dia,,sebab kawan aku
tunjuk video hari ibu..masa tu rasa matlutfi hensem
gila,plus dengan study oversea..wahh cukup syarat dah..
hahaha..lama-lama tengok biasa je,,taraf bawah abah aku lah..
hehehehe

apa-apa pon,aku memang tak pernah miss tengok
video si matlutfi ni,,siap download kaw..
time2 stress aku akan bukak,,sebab video dia buat aku
ketawa,tersenyum dan buat aku susah nak fikir dengan waras..haha
aku pon tak tahu apa reasonnya aku cerita
pasal mamat sorang ni..maybe saja
nak berkongsi hobi,,atau saja nak bagi tau youtube rumah aku
sangat laju..kuikui..

aku sebagai student macam matlutfi,,
aku sarankan,,wat la video banyak2 lagi yer
matlutfi,,sebabnya streamxy rumah aku
 takde limit nak tengok youtube..(takde kene mengena)
oklah aku bagi dua video yang aku sangat suka..







enjoy it.. :)

Sunday, April 14, 2013

ramainya student nak kahwin....

assalammualaikum!!

cerita kegemaran bebudak sekarang adalah kahwin...
pantang dengar orang nak kahwin,dia excited lebih..
lepas aku habis paper final exam kelmarin..
dapat banyak cerita kawan-kawan aku
ramai yang nak kahwin masa cuti 5 bulan ni...
mungkin wabak kahwin muda dena bahrin dan irine nadia
dah terkena kat diaorang..tapi sweet tengok dena bahrin dengan
irine nadia,,sama cantik sama padan..

terasa sedikit kecewa bila dengar orang kahwin...
sebab aku kawan lelaki pon tak ada..
inikan nak ada calon suami yang soleh dan kacak..haha
hanya bermimpi di siang hari..
aku tertanya,dah sedia ke kawan-kawan aku ni nak kahwin..
aku rasa kami ni masih macam kanak2 ribena..
sikit-sikit masam muka,,sikit-sikit merajuk,sikit-sikit bergaduh..
kalau aku ni memang belom layak la..
sebab  masak nasi goreng je expert..huhu..

dekat uitm segamat aku tengok makin ramai
budak pergi kelas dengan perut menbuyut..
buyut bersuami la..kesian pon ada aku tengok..
yela kelas kat utim segamat ni jauh dari hostel..panas pulak tu..
kesian mak baby tu..muka seposen je jalan perlahan-lahan..
mungkin baby dia tengah menendang masa tu..

aku pon pernah berangan nak kahwin masa belajar..
balik kelas suami jemput,,,pergi kelas suami hantar..
bila exam suami teman stay up,,
suami buatkan nescafe biar tak mengantuk..kalau ada masalah
pelajaran mengadu kat suami...hahaha,,kuat berangan aku ni..
baru 21tahun,,makan pon mak abah yang tanggung..
fikir belajar la dulu,,kalau anak raja yang datang minang
baru boleh fikir pasal kahwin 24jam..

btw,,kepada kawan2 aku yang akan
melangsungkan perkahwinan tahun ni..
semoga berbahagia ke akhir hayat,,semoga jadi isteri dan ibu
yang solehah..


Saturday, April 13, 2013

personaliti baru

Assalammualaikum!!!


sudah berjaman tidak ku mengarut di sini..
tajuk atas tu personaliti baru,,
maksudnya takde panggilan opah la,,tapi kalau nak panggil pon takpe..
lepas ni aku akan memenuhkan blog aku ni dengan entry
yang agak menarik (perasan) oleh kerana aku akan menghadapi
cuti selama 5 bulan..5 bulan jah,,kemain lama lagi...

mungkin banyak idea-idea baru yang boleh aku ceritakan..
mungkin berkenaan hidup aku,,mungkin pasal kahwin..
mungkin pasal jiran sebelah,,mungkin pasal movie,
dan yang sewaktu dengannya..

aku terpaksa berhenti di sini oleh kerana adik aku
takut nak tengok cerita case 39..
kenelah den temankan...


Friday, December 14, 2012

Alhamdulillah abah masih panjang umur..


assalammualaikum...

kisah opah dan abah..

Allahu..i need Allahu..hoho...handphone berbunyi..

akak : nani nanti tak payah balik rumah tau..
opah : kenapa?
akak : abah masuk hospital (dengan suara yang lemah)
opah : masuk lagi..kenapa?
akak : abah demam panas..nanti naik bas terus ke hospital segamat tau
opah : ok.

masa tu rasa biasa saja sebab abah dah selalu masuk
hospital,,opah kat dalam segamatmall
tengah beli barang-barang dengan member..
lepas solat zohor kat surau onesegamat..
handphone bunyi..abang ipar opah call

abang : salam,nani kat mana ni??.nanti abang jemput dalam pukul 3ptg.
opah : ok. kat onesegamat ni...abang tahir,tadi adik mesej,,adik cakap semua
orang balik rumah,,kenapa??abah kenapa?
abang : eh tak adalah..memang semua orang nak balik..ok nanti tunggu abang.

masa tu rasa sangatlah tak sedap hati
tak jadi nak tengok kedai beg dengan kasut..
duduk kat kerusi dengan member tunggu abang ipar opah..
opah makin tak sedap hati,,opah mesej adik opah
"adik,,abah kenapa sebenarnya??abah sakit kuat ke?"
adik opah cuma balas "tak tau nak cakap macammana".

sampai je kat hospital,,opah kena tahan dengan
mak guard,,dia tak kasik masuk sebab belum waktu melawat..
masa tu opah masuk je..tak endahkan mak guard tu..
bila sampai kat wad3 nampak adik opah sedang berdiri kat kaki lima
muka masing-masing dah muram..
opah terus masuk dalam bilik wad,,cari abah..
abah opah masuk wad kritikal..terkedu opah nampak
abah pakai salur penafasan..opah tahan je rasa sebak..
masa tu mak tak ada,,mak pergi solat..
abah tengah tidur tapi nampak muka abah pucat..badan abah sejuk sangat
macam air batu..opah usap-usap rambut abah..sebak..

adik : abah..bangun..

abah buka mata perlahan-lahan..

adik : abah kenal tak siapa ni??
sambil jari adik menunjuk kearah opah..

abah tengok muka opah lama..abah geleng-geleng kepala..
lepas tu abah nangis...Ya Allah..abah tak kenal opah..
masa tu air mata tak berhenti mengalir..opah usap tangan abah..

opah : tak apa abah,,tak kenal tak apa..abah tidur dulu yer..

abah pon pejamkan mata..opah keluar dari wad..sedih sangat..
abah memang tak kenal semua orang masa tu..
mak pon abah tak kenal..
petang tu keadaan abah dah stabil sikit..maybe semua adik beradik opah
balik jenguk abah..semua usap-usap abah..
abah asyik menangis je,,tak tau apa reasonnya..
lepas solat maghrib,kami keluar untuk makan malam
sebab dari pagi memang tak makan..masa tu akak,abang dengan
mak tunggu abah kat hospital..
selepas makan kami cadang nak balik rumah..
memandangkan tak mandi lagi,,dah macam2 bau..
akak,abang dengan mak tunggu abah kat hospital
tiba-tiba akak opah call..dia cakap jangan balik dulu,,
dan arahan kami naik atas semula..

berdebar jantung opah,,bila dah sampai kat atas,,opah nampak
akak opah dah menangis sungguh-sungguh..
kitaorang terus lari masuk dalam bilik wad..
nampak abah dalam keadaan kritikal..
abah pakai mesin untuk jantung..abah tercunggap-cunggap..
mak suruh kitaorang ambil wuduk..bacakan abah yassin..
lepas ambil wuduk,opah bacakan yassin kat telinga abah..
opah gengam tangan abah,,badan abah sejuk sangat..
abah masih tercunggap-cunggap..dan masih separa sedar..
mak bisik kat telinga abah,,mak suruh abah mengucap..
masa tu badan opah rasa lemah sangat,,kaki macam tak jejak kat lantai..
Ya Allah berikan aku kekuatan..opah belum boleh terima
jika kehilangan abah..opah belum banyak berjasa dengan abah..
banyak yang opah nak buat untuk abah..

doktor datang,,doktor cakap tak boleh nak buat apa-apa..
sebab abah dah kritikal....dalam pukul 2 pagi..alhamdulillah..abah semakin stabil..
tapi masih tak sedarkan diri..kami adik beradik tidur kat kaki lima
hospital..nak tunggu abah sampai betul-betul stabil..
tepat kol 4.10 pagi..kita orang balik ke rumah akak opah 
dekat segamat,,tak jauh dari hospital..
keadaan abah makin stabil esok harinya..12.12.2012 abah telah 
pun keluar dari hospital..seminggu abah kat hospital..abah memang kuat..
walaupun sekarang abah tak nak makan..tak boleh berjalan sendiri
tapi opah bersyukur sangat,,umur abah masih panjang..
doakan abah  opah sihat seperti sediakala..



Tuesday, August 14, 2012

selamat hari raya.. :)

assalammualaikum

di kesempatan ini opah nak ucapkan
selamat menyambut ramadhan mubarak dan
selamat hari raya maaf zahir dan batin
semoga di bulan yang mulia ini kita semua
mendapat rahmat dan redha dari Illahi...aminn



Sunday, July 15, 2012

jawatankuasa ke gila kuasa??

assalammualaikum

kaifahal..akhirnya sempat menaip
dah sebulan opah menjalani kehidupan dekat u..
sem ni extra buzy sebab opah dah jadi jawatankuasa
kat u opah ni..sibuk memanjang..
siang pergi kelas,,malam meeting..

opah dilantik sebagai ketua exco kerohanian..
tersangatlah berat rasanya bahu ni
nak memikul tugas kerohanian..
dan banyak yang opah perlu ubah diri sebelum
mengubah orang lain..
nak kene jaga 4 kolej pulaknya..tapi dengan sokongan
dari kawan2 dan para ustaz ustazah
insyaallah boleh,,

for your information,,jawatankuasa kolej ni,,
amatlah dibenci oleh semua pelajar..
termasuklah opah sendiri masa belum jadi JPK..
itulah,,orang tua2 kata,,kalau benci,jangan benci sangat..
nanti kita yang dapat balik kebencian tu..
akhirnya opah pulak yang jd JPK..
habislah,,kena benci dengan orang lah lepas ni..
mula2 sekali niat jadi JPK ni adalah untuk dapat asrama..
sebab JPK akan dapat asrama sampai kita abis diploma..
so opah pon try la mohon tanpa niat dan keinginan
lepas diinterview,,dapat lah pulak..
orang lain suka2 dapat,,opah lah masam mencuka..

opah memang jenis manusia yang tak sukakan jawatan
dulu kat sekolah pun memang tak pernah mohon jadi apa2
jawatan,,rasa macam benda2 tu menyusahkan diri..
tapi akhirnya kena jadi ketua kelas masa form 4 dan form5
walaupun opah tak berapa suka jadi jawatankuasa ni..
tapi amanah yang dah diberikan,,
kenalah opah laksanakan,,sebab opah telah diamanahkan..
tak mau lah kena tanya kat akhirat nanti..
tapi setiap yang berlaku ada kebaikkannya..
opah pegang jawatan kerohanian..jadi,,
semuanya perlu diubah,,dan opah berharap..
apa yang opah dah ubah sedikit demi sedikit ni,,
berkekalan...amin...

oleh kerana kawan2 opah semuanya anti
dengan JPK,,sebelum opah pegang jawatan secara
rasmi..ramai yang pesan.."jadi seperti yang berjawatankuasa,,
bukan gila kuasa.."
memang ramai JPK yang sombong dan gila kuasa
 tp setakat jawatankuasa uitm,,insyaallah opah tak akan
gila kuasa,,sebab kuasanya kecik je..nothing special...heheeh




Tuesday, May 29, 2012

nugget dan hinggus...

assalammualaikum..

hari ni opah pergi pasar kat putrajaya..
pasar tu setiap hari selasa dan jumaat..
sebulan opah duduk putrajaya..ini first time pergi pasar ni..
pasar ni memang besar..4kali ganda pasar kat kampung opah..
bila dah besar,,orang pun mesti ramai,,
sesak sana sini,,,sana ada manusia..sini ada manusia
dah namanya pasar,,mestilah ada manusia..
kalau ada makhluk asing bukan pasar namanya..



ini lah pasarnya hasil dari google..


opah pergi pasar dengan abang opah,,kakak ipar dan 
kakak ipar punya adik..kira biras opah la...
dekat setengah jam follow abang opah,,,
rasa macam tak best je jalan dengan orang tua ni..heheheh
opah pon ajak biras opah yang bernama munirah jalan2 sendiri
kalau jalan dengar dengan orang sama umur ni senang sikit..
sekepala...minat pun sama..nak tengok2 baju dengan tudung..


nak dijadikan cerita,,biras opah ni teringin nak makan nugget..
kiteorang singgah satu kedai mak cik ni..
banyak jenis nugget ada,,nugget sotong,,udang,,ayam,,
mak cik tu ada anak..anak dia kecik lagi..
umur dalam 10tahun..opah punye puji dalam hati..
sebab budak tu pandai buat keje,,pandai layan customer..
kalau adik opah memang dah lama opah belanje makan domino..

opah dengan munirah pon sibuk memilih nugget..
pilih punye pilih,,akhirnya kiteorang decide nak beli
4 jenis nugget...budak kecik tu pon bungkus nugget opah..
opah pun bayar..adik yang rajin tu pon mengira-gira 

ni ok lagi boleh tutup mulut

untuk duit baki..tetibe die bersin...hhhhhaaaaccccuuummmmm...
boleh la tahan kuat..dan tanpa di sangka..
hinggus die meleleh..eh bukan meleleh tapi meletup..
itu kot istilah yang boleh korang bayangkan..
penuh kat tangan dia..opah tutup mulut..
sebab tahan nak termuntah,,adalah bunyi sikit..uuuwweeekk...

dia rilex je..lap kat baju..lepas tu bagi duit baki..
masa tu opah bayangkan nugget2 opah ni
nampak cantik mungkin sebab titisan jernih+ tak berapa nak jernih
hingus adik tadi..kalau korang jadi opah selera ke nak makan,,
haaiisshhh..nak salahkan pon tak boleh..
dah dia memang nak terbersin kat situ...
haiii budak2 ni,cubelah bawak napkin..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...