Monday, November 8, 2010

DUNIA SUDAH TUA...

assalammualaikum...
alhamdullillah ALLAH masih pnjangkan umur utk aku menulis blog...baru2 ni banyak bende yang menyentap jiwa...tak tau knapa rase sedih sangat2..mungkin ak ade bnyak kesalahn terhadap ALLAH..astagfirrullah hal azim....tetiba rasa macm dunia ni dah tak lama..dah bnyak sangat bende2 tak baik berlaku..masyaallah...tadi sempat kejap search tanda2 kiamat..walaupon memang blajar semue ni kt sekolah..semua tanda2 ni dah banyak terjadi di bumi ALLAH ni..cuma kit yang alpa...leka...Ya ALLAH semoga Engkau berikan kami keiman dan ketaubatan kepadaMU sehingga akhir hayat kami..AMIN...




SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR
Ertinya:
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu  Perbincangkan? ". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya,turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali ditimur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah tapi yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". (H.R Muslim)



Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan
ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. Tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung
pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan
mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga
yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan
bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi
bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan
pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10.Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman(Syam).



Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadishadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah beliau turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya".

Monday, October 25, 2010

Taubat di Pinggiran Hati

assalammualaikum....
alhamdullillah sempat tulis blog..walaupun nk exam esok..saya ade bace tntng satu artikel ni kt iluvislam..tntng taubat..mcm tertarik pulak nk bace..jd sy copy la kt blog sy..untuk bcaan sy ngan kawan2....


Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa?
Sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.
Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri sendiri. Allah itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hamba-Nya. Namun, kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong, tidak mahu kembali kepada Allah. Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego yang tidak selayaknya bagi kita. Kita mengeluh sendirian, “ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus”, seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap Allah! Sedarkah kita?
Lalu kita terus mengikuti dosa dengan dosa, sedangkan Rasulullah berpesan:
“Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” (HR Tirmidzi)
Jelas bahawa seorang hamba itu tidak dapat lari daripada tergelincir ke lembah maksiat dan dosa, namun dia juga sentiasa dialu-alukan oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Maka tatkala kita merasakan bahawa kitalah yang paling berdosa dan terlalu besar maksiat yang kita lakukan, kita juga harus sedar bahawa tatkala itu, kitalah yang paling wajib untuk kembali ke pangkuan Ilahi, bertaubat sepenuh hati. Ya, taubat itu bagi seorang Mukmin bukannya satu pilihan, tapi satu kewajipan kerana dosa itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, besar mahupun kecil.
Itu satu sudut pandang buat mereka yang berdosa, agar kita tidak terjerumus ke dalam tipu daya syaitan yang menghalang kita daripada menagih keampunan Allah biar sebesar mana dosa kita. Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, lantas hilang sebelum sempat ia memasuki hati. Namun, dalam satu sudut yang lain, tidak harus kita berangan-angan akan Rahmat Allah lantas selesa dengan berbuat dosa. Kita memujuk hati dengan mengatakan, “Allah itu kan Maha Pengampun, jadi tak ada masalah berbuat dosa berkali-kali.” Anggapan yang sebegini akan menjerumuskan kita lebih jauh ke dalam lembah kemaksiatan sehingga semakin sukar untuk kita kembali.
Maka, jangan tunggu dosa itu bertampuk dan semakin menggelapkan hati. Tatkala kita terdetik untuk bertaubat, teruskanlah taubat itu dan jangan lengah-lengahkan atau tangguhkan. Setiap kali kita tergelincir, bertaubatlah. Allah tak mengira berapa kali kita sudah melakukan dosa tersebut, tetapi Allah pasti menerima taubat setiap hamba-Nya yang ikhlas dan lahir daripada sudut hati yang sedar akan kekuasaan Allah.
Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, masukkan ia ke dalam hati dan laluilah jalan yang diredhai Allah. Mudah-mudahan Allah tidak menyisihkan kita di hari perhitungan di pinggiran Neraka, bahkan di jurang api neraka. Na’udzubillah!
“Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti keinginannya menghendaki agar kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah.”
(An-Nisaa’: Ayat 27-28)

Saturday, October 23, 2010

bersalaman pon dosa???

Assalammualaikum…….

Ermmm…aritu dengar ceramah kt masjid..pasal salam2 dengan ajnabi…kalau balik kmpung jumpa sepupu,2 pupu,3 pupu..segala pupu la..mesti salam..kadang2 serba salah jugak nak salam..dosa hukumnya..tapi tak semua yang faham hukum agama ni..,bila kita tak salam macam2 orang ngata,,sombong la,,poyo la,,bajet la..kalo ngata je tak pe..tapi sampai tak tegur kita,bermasam muka,,,aku pon hadapi benda tu.. kadang2 diaorang hulur dulu... nak tak nak kene salam..serba salah dibuatnya..susah betul orang nak faham hukum ALLAH….

Sekarang macam dah jadi tradisi salam bersalaman lelaki perempuan..contohnya artis2,,mereka menganggap kebiasaan tu lebih baik,lebih tinggi nilainya dari syariat ALLAH,,,bila kita bagi tahu hukum bersalaman dgn ajnabi mula la dieorg cakap kita ni kolot la..tak mingikut peredaran zaman la..saje nak putus kan hubungan la..kalo kita couple2 ni lagi la,,belum jadi suami isteri lagi dah salam2..yang prmpn siap cium tngan pakwe diaorang…kononnye nak practice sebelum kawin…alahai,,alasan ape tu??...benda macam tu pun nak kene practice ke??lembab sngat ke smpai perkara mcm tu pon nk kne practice??(sori la kasar sikit)..

Cubalah kita buka minda yang bersih,,ang ada ilmu pengetahuan yang byak tentang bahayanya prbuatan trsebut mnurut syarak..tentu kita tak lakukan perbuatan ni..sabda rasullah:
“sesungguhnya ditusuk dengan jarum besi ke kepala seorang lelaki dalam kalangan kamu lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal disentuh olehnya.”hadis riwayat al-tobrani di dalam sahih al-jami:4921..
 
Kita dengar macam biasa je..tapi kita kene tau perbuatan tu jugak termasuk dalam perbuatan zina,iaitu zina tangan sebagaimana sabda rasulullah s.a.w:
“kedua-dua belah mata berzina,kedua-dua tangan berzina,kedua-dua kaki berzina,dan kemaluan berzina.”-hadis riwayat ahmad

Menurut hadis di atas..mula2 kita pandang2 orang tu..pastu dah saling terpandang..mula la saling berpegang..kaki saling bersentuh..lama2 jadi la perbuatan zina..nauzubillah..memang nmpak remeh kalo bersalam..tapi tengok la akibatnya..dulu masa sekolah menengah..terlalu jarang la nak tengok pempn ngan laki bersalaman..bila masuk ipta kejutan budaya pulak..bpegangn antra laki ngan perempuan sama je..perasan malu tu dah ilang..dengan ALLAH pun dah tak malu lagikan dengan manusia…

Rasullullah pernah bersabda:
“sesungguhnya aku tidak pernah menyentuh tangan2 wanita bukan mahram.”

Walaupun nabi orang yang terhormat,,tapi baginda tak bersalaman dgan wanita bukan mahram..tapi skrng yang terhormat tu la yang bnyak bersalaman ngan yang  bukan muhrim…







sakitnye ati aku ni....

Assalammualaikum…


Hari ni aku balik u semula..feeling nk balik u memang x ade..tak dapat jumpa mak ngan abah..mak ngan abah pergi kl..ade hal..aku kene la jaga adik2 kat rumah..nanti tak makan diaorang..tak kisah la kene ganti mak kejap..tapi yang sedihnya nak balik u tak ade mak ngan abah..ya ALLAH sedihnya…pagi2 sebelum subuh aku dah kene siap2..kol6.30 dah kne gerak blik u..sebab kene ikut akak aku gi sekolah dia dulu..punchcard dulu..cikgu besela..


Sebelum balik u aku gi sarapan kejap…mula2 makn nasi lemak..pastu makan martabak pulak..banyak giler mkan…sekali sekala..hehehe..bila sampi u senyap semua..kol8 mcm ni macam biasa la sume tengah mimpi..paham2 jela..bnyak bilik kosong..ramai x blik lagi..bila aku buka pintu bilik aku,,istigfar 10x aku..masyaALLAH…hanya ALLAH je tau betapa benggang,sakit ati,marah aku tengok bilik aku..dah macam kandang kerbau..ya ALLAH penat aku kemas bilik sebelum balik uma..tapi yang dah jadi ni???meja belajar ak penuh sampah..atas katil aku penuh barang dia..dah tak rupa katil dah…tak pernah ak tengok tmpat tidur mcm ni…


Barang2 aku bersepah sana sini..temperature ak memang dh tahap yang tak bole sukat lagi…lantai berabuk,,bnyak sampah..buku sepah2 atas lantai..baju sangkut sana sini….kotornya….ak diri je dpan pintu..x smpi ati nk msok...aku dah lah penat sangat..baru sampai…ak rasa macam nak nangis..knapa dia tak pernah kesian kat aku??setiap minggu aku kemas bilik..tak tak kisah kalau dia tak suka mengemas..tapi jangan la menyepah macam ni..sape bole than mcm ni???ak ni banyak sangat berlembut..


Kat luar pintu ada tampal kertas “tolong senyap”..ak tny member bilik lain knp tulis mcm tu kt pintu ak???kawan2 bilik lain sume cakap dia dengan kwn2 dia bising macam ade pesta dalam bilik..malu sangat ak..walaupn dia bukan adik beradik aku,,tp ak malu la…ak x pndai tegur kawan…menitis air mata aku kemas bilik aku..bukan sebab penat kemas..tp kecewa dengan sikap dia..tak pernah kesian kt aku..aku terasa macam bodoh sangat selama ni..asyik berlembut je dengan dia..masyaALLAH..ampunkn la dosa aku ni…lagi satu..sikat aku ilang..macamne nk sikat rambut ni…aaaa geramnya…ak tunggu dia balik..knp x sampi2 ni..ak pun msg dia tny dia kt mane..ak risau gak walaupn ak mara ngn dia..upenye dia balik rumah..sampai ati dia tinggalkn bilik mcm tu je..

Tuesday, October 12, 2010

kegembiraan untuk ibubapa...

‘Abd Allah ibn ‘Amr radhiallahu 'anh menerangkan bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata:

“Sesungguhnya aku datang untuk memberi janji taat setia (bai‘ah) kepada engkau untuk berhijrah, akan tetapi aku meninggalkan kedua orang tuaku dalam keadaan menangis.” Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepadanya:

“Kembalilah kepada mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua ketawa (gembirakanlah mereka) sebagaimana kamu jadikan mereka menangis.”[1]


Berhijrah adalah salah satu tuntutan Islam yang amat penting. Malah Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi amaran keras kepada sesiapa yang enggan berhijrah tanpa alasan yang munasabah. Firman Allah:

Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata:
“Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?”
Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi.”
Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak,
yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. [al-Nisa’ 4:97-99]


Termasuk orang yang dimaafkan kerana tidak berhijrah adalah sebagaimana hadis di atas, dimana jika berhijrah akan menyedihkan ibubapanya, maka yang lebih utama adalah dia tidak berhijrah dan kembali menggembirakan mereka.

Dalam hadis ini terkandung petunjuk bahawa menggembirakan ibubapa adalah salah satu daripada tuntutan agama. Oleh itu janganlah kita melakukan sesuatu tindakan yang menjauhkan ibubapa daripada kegembiraan, apatah lagi jika ia menyedihkan mereka. Tidak ada cara yang terhad untuk menggembirakan ibubapa, asalkan ia tidak melibatkan sesuatu yang dilarang oleh syari‘at. Kerap kali menghubungi mereka, sering kali menziarahi mereka, membawa mereka bercuti, membelikan mereka hadiah adalah beberapa contoh cara kita boleh menggembirakan ibubapa. Meninggalkan mereka kesunyian, tidak menjengok mereka, tidak prihatin akan hal ehwal mereka, bercakap dengan nada yang keras, memarahi mereka adalah beberapa contoh tindakan kita yang menyedihkan mereka.

Timbul persoalan, bolehkah menggembirakan ibubapa dengan meraikan Mother’s Day dan Father’s Day? Sebahagian tokoh melarang sambutan Mother’s Day dan Father’s Day. Hujah mereka adalah:
  1. Hari perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha. Apa-apa perayaan yang lain adalah bid’ah yang dilarang oleh agama.
  2. Seandainya Mother’s Day dan Father’s Day adalah baik, sudah tentu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam akan menganjurkannya kepada para sahabat radhiallahu 'anhum pada zaman baginda.
  3. Mother’s Day dan Father’s Day adalah perayaan orang bukan Islam dan kita umat Islam dilarang daripada mengikuti mereka.
  4. Berbuat baik kepada ibu dan ayah adalah tuntutan sepanjang tahun dan bukannya pada satu dua hari tertentu dalam setahun.

Sekalipun tokoh-tokoh yang melarang adalah mereka yang dihormati, itu tidaklah bermakna hujah-hujah mereka tidak boleh dibuka untuk analisa. Dalam menganalisa hujah-hujah mereka berkenaan sambutan Mother’s Day dan Father’s Day, saya dapati ianya adalah lemah. Sebabnya:

1.    Perayaan bid‘ah yang dilarang adalah perayaan yang bersangkutan dengan agama. Aidul Fitri dan Aidul Adha adalah hari perayaan keagamaan, kerana itulah pada hari tersebut kita dituntut untuk bertakbir dan melaksanakan solat sunat. Adapun hari Mother’s Day dan Father’s Day, maka ia adalah perayaan yang bersangkutan dengan adat manusia, sepertimana perayaan Hari Guru, Hari Warga Tua dan sebagainya. Tidaklah termasuk dalam perbincangan bid‘ah atau sunnah apa yang bersangkutan dengan adat manusia.

Perlu diingatkan bahawa dalam berinteraksi dengan persoalan bid‘ah, manusia terbahagi kepada tiga kumpulan:
  • Pertama adalah mereka yang amat ketat penilaiannya, sehingga hampir semua perkara yang baru dilabel sebagai bid‘ah yang dilarang oleh Islam. Padahal sebahagian besar daripada perkara tersebut adalah sesuatu yang harus hukumnya.
  • Kedua adalah mereka yang bermudah-mudahan penilaiannya, sehingga hampir semua perkara yang baru dilabel sebagai bid‘ah hasanah. Padahal di antara perkara tersebut ada yang benar-benar merupakan bid‘ah yang dilarang oleh Islam.
  • Ketiga adalah mereka yang berada di pertengahan, tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bermudah-mudahan. Setiap perkara yang baru tidak akan dilabel sebagai bid‘ah mahupun sunnah melainkan terlebih dahulu dianalisa secara mendalam.
2.    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak menganjurkan Mother’s Day dan Father’s Day pada zaman baginda kerana suasana yang memerlukannya tidak wujud. Di kalangan sahabat, ada yang ibubapa mereka memusuhi Islam. Maka sememangnya tidak perlu berbuat baik kepada mereka. Bagi sebahagian sahabat yang lain, mereka tinggal bersama atau berhampiran ibubapa sehingga tidak memerlukan hari yang istimewa untuk berbuat baik kepada ibubapa.

Berbeza dengan masa kini, kebanyakan kita (anak-anak) berada jauh daripada ibubapa, sama ada kerana pembelajaran atau kerjaya. Suasana ini menyebabkan kita perlu mencari ruang untuk berbuat baik kepada ibubapa semampu boleh sambil meneruskan kehidupan sendiri. Meraikan ibubapa pada Mother’s Day dan Father’s Day adalah salah satu daripada ruang tersebut.

3.    Tidaklah semua yang berasal daripada kaum bukan Islam adalah dilarang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sendiri pernah meminta para tawanan Perang Badar untuk mengajar umat Islam membaca dan menulis. Baginda juga pernah beberapa kali menggunakan strategi peperangan bangsa lain dalam ekspedisi jihadnya.

Justeru larangan mengikuti kaum bukan Islam sebenarnya ditujukan kepada sesuatu yang merupakan ciri-ciri keagamaan mereka yang masih dipraktikkan. Merujuk kepada hari perayaan, kita umat Islam dilarang untuk turut serta merayakan atau meniru hari keagamaan mereka, seperti Hari Easter, Hari Thaipusam, Hari Wesak dan sebagainya. Mother’s Day dan Father’s Day bukanlah hari keagamaan kaum bukan Islam.

4.    Hujah “Berbuat baik kepada ibu dan ayah adalah tuntutan sepanjang tahun dan bukannya pada satu dua hari tertentu dalam setahun” adalah bukti bahawa yang berhujah tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Bahkan ia boleh digunakan untuk bertanya kembali kepada mereka: “Jika begitu kenapakah anda saat ini tidak berada dan sentiasa berada di sisi ibubapa anda?

Berbuat baik kepada ibubapa tidaklah bererti duduk di sebelah mereka sepanjang masa. Akan tetapi ia adalah mengimbangi dengan adil antara berbuat baik kepada mereka dan meneruskan kehidupan sendiri. Salah satu daripada perimbangan tersebut ialah meraikan ibubapa pada hari Mother’s Day dan Father’s Day. Sudah tentu adalah lebih baik jika anak-anak dapat mewujudkan ruang yang lebih kerap untuk berbuat baik kepada ibubapa mereka. Ini akan saya jelaskan seterusnya dalam buku ini, insya-Allah.

Oleh itu meraikan Mother’s Day dan Father’s Day adalah harus, terbuka kepada kedudukan setiap anak-anak. Sesiapa yang mendapati ianya dapat menggembirakan ibubapa mereka, maka teruskanlah. Namun sesiapa yang dapat mewujudkan ruang lain untuk menggembirakan ibubapa mereka tanpa terhad kepada Mother’s Day dan Father’s Day, sudah tentu ia adalah lebih baik. Penjelasan yang sama juga ditujukan kepada beberapa hari-hari yang lain seperti sambutan Hari Jadi.

doa untuk ibubapa...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang… 
“Ya ALLAH…
Rendahkanlah suaraku bagi mereka…
Perindahlah ucapanku di depan mereka…
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…
Ya ALLAH…
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku…
dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku…
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku…
Ya ALLAH…
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-MU ya ALLAH…
hanya ENGKAULAH
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda…
Ya ALLAH…
Bila magfirah-MU telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka
memberi syafa’at untukku….
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-MU
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-MU,
ampunan-MU serta rahmat-MU…
Sesungguhnya ENGKAUlah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
ENGKAUlah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih…
Amiiin Ya Rabbal ‘Alamiiin…”

marilah kita bacakan bersama-sama untuk makabah kita yang tercinta..

Thursday, October 7, 2010

mak abah i love u..

assalammualaikum...

arini bnyak waktu free,,nak study tapi tak ada mood..penat sangat..hari ni bnyak belajar..income tax,retailing mathmatic,bank reconciliation,,@#$%^&*&*...aaaaa..pening..masyaallah baru ALLAH bagi ujian sikit dah tak larat...lemahnya aku ni..exam dah dekat,lagi 2 minggu je..bila exam je teringat muka mak ngan abah..teringat pengorbanan mak abah kat aku..bagi aku makan,jaga aku,,yang mak abah nak cuma anak2 dia berjaya...
impian aku bila dah keje nanti nak tolong mak abah..bagi diaorg makan..gembirakan diorang..dari kecik lagi impian nak bawak mak nagn abah gi buat haji..mak teringin sangat nk gi haji..tapi tak mampu..dulu mase kteorg adik beradik kecik2 kesian mak ngan abah ek..mak cite dulu mak nak makan pun tak sempat..anak ada 8 org..rapat2 semuanya..bila wat keje sana nangis,,sini jatuh,,mesti mak pening kan..tapi mak tetap sabar layan kiteorang anak beranak..kitaorang selalu cukup..tak pernah kurang apa2..

abah pun kesian..kene kerja keras..nak sekolahkan 8 orang anak dia..bila abah balik keje muka abah penat sangat..sian aku tengok..tapi aku bole tengok je..abah nagan mak selalu pesan belajar betul2.kita idup tak senang..bila belajar betul2 bole dapat kerja yang bagus..nanti hidup senang..sedih aku dengar..tp aku pegang kata2 mak..aku tetap berusaha walaupn susa..abang aku dah buktikan yang dia bole berjaya..sekarang dia jd engineer,,akak kau pulak jadi cikgu..tunggu kiteorang pulak..

esok aku balik rumah..tak sabar nak salam n peluk mak abah...rindu sangat.....mak abah..nani sayg mak ngn abah...

Sunday, October 3, 2010

MaRi bERdoA............

 

10 SEBAB DOA TERHIJAB

 

“ WAHAI IBRAHIM ADHAM, KAMI TELAH BERDOA KEPADA ALLAH TETAPI MASIH TIDAK DIPERKENANKANNYA. BERITAHU KAMI, APAKAH SEBABNYA?“IBRAHIM ADHAM MENJAWAB, “ TERHIJAB DOA DISEBABKAN SEPULUH PERKARA..


1.  Kamu mengenali Allah, tetapi kamu tidak menunanikan hakNya (perintahNya)
2.  Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak beramal dengannya.
3.  Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu, tapi menurut hasutannya.
4.  Kamu mendakwa mencintai RasululLah saw tapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.
5.  Kamu mendakwa mencintai syurga, tapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
6.  Kamu mendakwa membenci Neraka, tapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.
7.  Kamu mendakwa mati itu benar, tapi kamu tidak bersddia untuknya.
8.  Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain, tapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
9.  Kamu makan tezeki Allah, tapi kamu lupa mensyukurinya.
10.        Kamu menghantar jenazah ke kubur, tapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.


jom kita beriman dan beramal..barulah ALLAH makbulkan doa kita...








16 WAKTU DIMAKBULKAN DOA

  • MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA

  • MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI

  • MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA

  • MALAM 10 MUHAMRRAM

  • MALAM NISFU SYA'ABAN

  • MALAM 'LAILATUL QADAR'

  • MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR

  • KETIKA HENDAK BERBUKA

  • ANTARA AZAN DAN IQAMAH

  • PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH

  • SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU

  • ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR

  • SELEPAS KHATAM AL-QURAN

  • KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU

  • SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH

  • SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN


16 TEMPAT DIMAKBULKAN DOA
  • KETIKA MELIHAT KAA'BAH
  • DITEMPAT MELAKUKAN TAWAF
  • DISISI MULTAZAM
  • DIBAWAH PANCURAN EMAS
  • DISISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI
  • DIBELAKANG MAKAM IBRAHIM
  • DIATAS BUKIT SOLAT
  • DIATAS BUKIT MARWAH
  • DITEMPAT SA'I
  • DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK
  • DI MUZDALIFAH
  • DI MINA
  • DISISI JAMRAH AL-ULA
  • DISISI JAMRAH AL-WUSTO
  • DISISI JAMRAH AL-'AQABAH
  • DIDALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)

Friday, October 1, 2010

Adab berhias diri bagi wanita….


Assalammualaikum…

Apa hukum perempuan berhias??hukumnya dosa jika berhias yang berlebihan..bila bersolek aiiseh kalah siti nurhaliza..tapi bila tak mekap masyaalah kalah uglybetty..cicak tengok pun boleh semput..sekarang kita pun dapat lihat..orang perempuan zaman sekarang memang suka bersolek..kelopak warna biru,,pipi pink,bibir hijau..mak saya cakap macam wayangpekgi..ape benda tu pun saya tak tau..Allahuakbar aneh sungguh…sebelum saya nasihat orang saya kena tarbiah diri sendiri jugak..memang dulu saya ada juga hias2 muka..tapi dulu je..sekarang ALLAH dah bagi hidayah..yang penting sedap mata memandang...ingatlah kita sebagai orang islam ada adab berhias..

First mestilah mensyukuri nikmat yang ALLAH dah bagi..
janganlah kamu sesekali menanamkan riak dihati dengan kecantikan dan kelebihan yang diberikan olah ALLAH kepadamu.sebaliknya kamu mestilah berasa merendah diri dan bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan olehNya…”
Jangan kita tunjuk2 kat orang..wahhh akulah paling cantik,paling hot n spice.aku lah bole mengegar dunia...ish macam2..

Second tak memakai pakaian lain jantina..
Pernah juga saya hampir menolak orang yang menghimpit sy masa sy kat bazar sebab saya ingatkan lelaki..perempuan rupenya..tapi baju,rambut,gaya sebijik macam laki..perbuatan meniru gaya lelaki atau pun perempuan yg berlawanan jantina hukumnya haram..ada dalil daripada riwayat al bukhari yg bermaksud “daripada abbas ra katanya,”nabi muhammad SAW melaknat lelaki yg berperangai prempun dan perempuan yang berperangai lelaki.baginda bersabda usirlah mereka dari rumah kamu.”….tengoklah..nabi pun tak suka..teringat pulak cerita Gaia...heheheh..
dahsyat ni..pakai tudun tp pakai skirt..sje nk hina islam...

Third pakaian mestilah menutup aurat dan tidak jarang..
Sekarang ni perempuan pakai baju tapi mcm bertelanjang..yela badan XL tp pkai bj XS..perasan kecik la tu..dah mcm2 bentuk boleh nmpk..bila pakai kain pulak terbelah..saja nk tunjukkn betis yang putih gebu…bila lelaki pandang tak kelip bangga pulak..orang laki memanglah tak kn lepas kn rezeki yang ada depan mata..benda2 macam ni la yang jadinya kes rogol,zina..nauzubillah…sekarang fesyen sanggul tudung..macam gambar tu..sejujurnya dulu saya pun pernah pakai macam tu..setelah saya tau ia merupakan suatu yang dosa saya dah tak buat..akut denga azab ALLAH…


Fourth tidak membuat tatu,cabut bulu kening atau muka dan mengasah gigi….
Dalam buku syariah form5 ke f0rm4 saya pun dah lupa..ALLAH melaknat perbuatan membuat tatu,mencukur alis,mewarnakan rambut dan mengasah gigi..perkara ini termasuk dalam mengubah ciptaan ALLAH…siapa kita ni nak ubah ciptaanNYA..kita Cuma meminjam seluruh tubuh kita dari ALLAH…daripada ibn Mas’ud meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda maksudya..”ALLAH mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatukan,wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka,wanita yang membentuk gigi mereka supaya kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan ALLAH..”


Last sekali membaca doa berhias diri..
Sebelum kita sarung baju atau sebaik sahaja menghadap cermin haruslah membaca doa yang dituntut dalam islam..
Doa memakai pakaian…
Maksudnya:”ya ALLAH,hanya milik-Mu segala pujian,Engkaulah yang memberi pakaian kepadaku..aku memohon kepda Mu untk meperolehi kebaikkannya dan kebaikan pakaian ini.aku berlindung kepada Mu daripada keburukkannya dan keburukan tujuan pakaian ini dibuat..”


Insyaallah saya pun perlu mengikut adab2 berhias…wanita adalah hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita solehah…..:)


Thursday, September 30, 2010

mulakan dengan ummul kitab....al fatihah...


Bagaimana Bercinta Cara Islam?

assalammualaikum...................
Saya lama mencari artikel ini..akhirnya saya jumpa artikel tentang bercinta cara islam yang saya ambil dari iluvislam….insyaallah kita boleh dapat serba sedikit ilmu dari artikel…


Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.

 Masyarakat Sudah LariApabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.



Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.
"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."


Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.







Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.Perigi Cari TimbaAda pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.
                               


Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
www.iLuvislam.com.......oleh: umairzulkefli*

Wednesday, September 29, 2010

tauBaT nAsuHA.......

ASSALAMMUALAIKUM….

Sebenarnya saya bukanlah seorang yang pandai dalam agama..saya sama seperti manusia lain yang kerap melakukan kesalahan…tapi kita perlulah beringat bahawa kita akan kembali kepada ALLAH…dengan mula menulis blog,,saya harap saya dapat memperbaiki diri..

Hari ini ada seorang kawan yang bertanyakan tentang taubat nasuha..saya bukanlah pandai untuk menyatakan tentang taubat nasuha..berkenaan taubat nasuha ALLAH berfirman”wahai orang-orang yang beriman! taubatlah kamu kepada ALLAH dengan taubat nasuha..mudah-mudahan tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai”…taubat nasuha ialah berhenti melakukan kesalahan dan tidak akan mengulanginya…namun orang yang bertaubat adakalanya lalai sampai akan ulangi kesilapan lagi…

Saya bertanya kepadanya adakah dia pernah melakukan dosa yang besar kepada ALLAH??..tapi dia hanya senyap..dia tak berkata walau sepatah.dia bertanya lagi.”macamne nak tau kalau kita dah taubat nasuha??muka sahabat saya merah mcm tahan untuk menangis..saya terangkan..

1.menyesali perbuatan kita yang salah..
Kita perlu membuat pengakuan kepada ALLAH bahawa kita telah melanggar perintahnya.. nyatakn bahawa kita amat menyesali perbuatan kita itu..

2.memohon keampunan kepada ALLAH..
Kita perlu memohon keampunan daripada ALLAH..firman ALLAH:
“dan juga orang2 yg apabila melakukan perbuatan keji,atau menganiaya diri sendiri,mereka segera ingat kepada ALLAH lalu memohon ampun dosa meraka.sememangnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan ALLAH…
(surah ali imran:ayat 135)
Tapi cara yang terbaik adalah solat sunat taubat.solat dua rakaat dan diakhirnya kita berdoa agar ALLAH mengampunkan dosa kita..
3.berhenti melakukan kesalahan..
Jika kita telah bertaubat,kita perlu mengelakkan melakukan perbuatan tersebut semula.jika dia berzina,berhentilah dari melakukan zina..kita perlu ingat azab ALLAH sesungguhnya amat perit..

4.beriman dan beramal soleh..
Apabila kita sudah bertaubat..kita perlulah entisa melakukan amal soleh..firman ALLAH:”sesungguhnya aku yang memberi ampunkepda orang2 yg betaubat serta beriman dan beramal sole,kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.”(surah ta’ha 20:82)
Dengan melakukan amaln soleh kita akan terhindar dari melakukan maksiat..

Saya tidaklah menerangkan kepada rakan saya seperti di atas..hanya beberapa sebelum saya merujuk semula di buku al quran dan sunnah yang telah lama saya tinggalkan..banyak yang perlu saya remind balik apa yang saya belajar dulu..kawan saya menitiskan air mata..dia kata dia belum sedia nak ceritakan kepada sesiapa..biarlah dia dan ALLAH yang tau masalah ini..saya akur dengan kata2nyaa..kawan saya pun terus pergi..masa tu sya pulak yang nk nangis..saya tertnya ape yg telah sahabat sy lakukan..moga ALLAH memaafkan dia,,amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...