Wednesday, December 21, 2011

gelagat budak uitm segamat...

assalammualaikum...

selamat pagi,,sobahalnur...hari ini terasa sangatlah
segar badan ni lepas solat subuh...sebab hujan 
tak berhenti kot..itulah rasa sejuk semacam..
nampaknya hujan dekat segamat ni tak berhenti-henti..
tak silap opah dari hari sabtu kelmarin...
minta2 ini hanya rezeki Allah dan bukanlah bala untuk banjir...

oleh kerana hujan tak berhenti..ramai lah orang2
yang kurang bersyukur ni merungut..kadang2 tu rungutan diaorang
panas telinga opah dengar...contohnya..

"aku tak suka betul cuaca sekarang..menyusahkan betul...
habis kain baju aku tak kering,,kalau nak hujan tu jangan la
terus direct..aduhhh bencinya.."
banjir di johor 2011

ini baru suam2 je telinga opah dengar...adalah yang lagi
teribble sangat-sangat dan sangat...

"cil... hujan lagi...kalau banjir macamna nak balik
rumah..tiket dah beli..aduh bo.... betul lah..."

haaaahhhh...ini baru panas telinga dengar...kalau
yang cakap tu adik opah ke,,kawan baik opah ke
memang siap kau kene bebel...tak bersyukur langsung...
pelajar2 uitm segamat pon sibuk mengpost bermacam-macam
pasal kebakalan banjir di segamat...
sampai ada yang buat cerita yang uitm bagi balik awal sebab takut banjir..

cerita rekaan itu telah tersebar di seluruh uitm...
ramai yang dah suka sangat..tapi kesian...
rupanya khabar angin kosong je...gelak je pengarah uitm dengar..
bila kejadian macam ni jangan terlalu risaukan nak balik...
tapi banyakkan berdoa agar Allah tidak turunkan bala kat kita...
walaupun opah pun risau jugak kalau banjir...
yela siapa yang nak duduk kat uitm ini masa cuti seminggu...
johor bahru

ok..opah menyeru kepada semua warga uitm segamat...
jom lah doa sama2 agar tak berlaku banjir kat sini...
bukan sibuk mengpost cerita2 khayalan dekat facebook..
terimalah kenyataan yang pengarah tak kasik balik awal..
hahahhahaha....

tapi kat johor dah ada tempat yang banjir..
kluang,batu pahat,chaah,dan johor bahru..
semoga Allah permudahkan urusan kita dan tidak turunkan bala
banjir di tempat tinggal kita..:)


Wednesday, December 14, 2011

bertambah umat islam..


assalammualaikum...

apa khabar semua..akhirnya opah sempat menulis blog hari ini..
selama ni asyik tak sempat je..
buzy mengalahkan perdana menteri sri lanka..kihkih
hari opah nak kongsi video pasal seorang muallaf..
nama beliau lu joey..seorang wanita berbangsa cina kristian...

semalam lu joey datang ke uitm segamat untuk berkongsi cerita...
dan opah tersangat tertarik dengan
kisah pengalaman dia semasa hendak memeluk islam...
opah pon tak sempat nak cerita banyak...
tengoklah video ni...:)
semoga ALLAH memberikan hidayah kepada hamba2Nya
yang masih lagi kufur...:)




seriously orangnya sangat cantik dan cute..

Friday, December 9, 2011

contest blog simple but awesome.:)

assalammualaikum..

di hari yang free dan indah ni..opah telah
berhajat untuk menyertai satu contest yang dibikin
oleh seorang wanita yang mempunyai nama yang sangat indah..
iaitu nurul hanani ..heheh(nama kita sama la heheh)
selama setahun opah yang tak famous ni berblogging..
ini first contest yang opah join..atas sebab musabab yang kukuh dan valid..

ok..sebelum opah mengarut tak tentu pasal...
opah nak cadangankan contest ini kepada..
member  opah iaitu en hot dan embah opah
dan nana...semoga di bulan muharam  yang mulia ini..
opah akan menang..heheheh...

Saturday, December 3, 2011

opah skodeng orang!!!!!!!!!!!!!!!

assalammualaikum...

hari ni opah nak bergosip..best punye gosip..
lagi hot dari gosip anak chef wan menipu...kihkihkih..
tadi,,tepat pukul 2.10 ptg..masa opah tengah study BICOM
opah terdengar bunyi kereta
kat bawah kolej opah..biasalah bunyi kereta..memang selalu ada
kereta yang datang kat bawah kolej opah..
so tak interested langsung nak tengok..

selang beberapa minit tu,,opah rasa ngantuk pula baca buku ni..
opah pun bangun dari meja study..nak senam2 sikit..
kasik hilang rasa ngantuk ni...tetiba opah rasa macam 
nak jengah tingkap..mana tau yang datang tu justin timberlake ke,,
aaron aziz ke imam muda hassan ke..wahhh excited gitu..hahah
tapi harapan ku meleset..yang opah nampak sebuah kereta waja
yang berwarna putih..dalam kereta tu ade dua orang manusia..
yela tak kan dalam kereta ada ayam belanda pulak..
manusia tu bergender male dan female..




mula2 tengok rasa biasa je..maybe adik beradik kot..
abang opah pun pernah hantar opah balik u..
tapi perbuatan diaorang membuatkan opah rasa luar biasa..
mula2 lelaki tu pegang peha perempuan tu..aikk lain macam dah ni...
tak kan adik beradik nak pegang2

ade syaitan kat tengah2 tu

lepas tu pegang2 tangan..cium2 tangan..
picit2 hidung,,cubit2,,picit2 bahu.
entah pegang apa lagi ntah..opah tak berapa nampak sebab
opah tengok dari atas..dari tingkat3..muka pun opah tak nampak jelas..
lepas 5 minit berpegang-pegang..
opah nampak laki tu bagi sesuatu...duit kot..
perempuan tu pun simpan dalam wallet..lepas tu dia cium tangan lelaki tu..

pegang2 tangan berterusan..opah pun terus skodeng sampai habis..
agak2 buat yang lagi haram memang opah
rakam lah..lepas tu hantar kat pak guard..hahaha
tak pun upload kt youtube ke..facebook ke...baru padan muka..
opah hanya dapat mencegah melalui hati je..walaupun itu ialah cegahan selemah-lemah iman..
tak mampu nak cegah guna tangan..
nanti orang kata  jaga tepi boxer orang lain pulak..

first time rasenya opah tengok agenda tu depan mata..
takut tengok couple2 zaman sekarang ni..
opah doa agar opah tak berkelakuan
macam diaorang tu...semoga Allah kuatkan iman opah

kawin untuk elakan maksiat

agar tak melakukan perkara tersebut...
biarlah lelaki pertama yang opah pegang ialah suami opah sendiri..
amin...

kalau nak pegang2 kawin la dulu....

Friday, December 2, 2011

apa nak jadi




assalammualaikum...

lepas opah tengok video ni...speechless
rasa macam koyak,remuk luka hati ni....
walaupun he not my relative
hidup manusia yang beragama islam sekarang semakin tak boleh 
diterima oleh akal...nak menangis pun ada tengok video ni..
dulu bapak rogol anak...sekarang ibu yang rogol anak...
nak jadi apa pun tak tau...

kalau opah jumpalah perempuan dalam video ni..
memang aku sekel kepala dia sampai lembam....
eee  geramnya....








Wednesday, November 30, 2011

Don’t judge book by it cover..



Assalammualaikum…

Alhamdulillah,,bersyukur saya kehadrat illahi
Kerana dengan limpah kurniaanya dapat lah saya
Berucap di pagi yang indah ini….opss lebih2 pula opah ni..
Saja nak flashback ayat karangan ucapan masa sekolah2 dulu..kihkihkih

Hari ini rasanya tak ada apa
Yang opah nak ngomelkan+mengarutkan
Cuma opah nak kongsi enam baris ayat ini..
Tapi opah rasa semua pernah dengar ayat ni..
Kat facebook pun opah ada post ayat ni..



Tidak semestinya yang bertudung itu baik,
Dan semestinya orang yang baik itu bertudung..

Tidak semestinya orang yang solat itu beriman,,
Dan semestinya orang yang beriman itu akan solat.

Tidak semestinya orang yang miskin itu malas,,
Dan semestinya orang yang malas itu akan miskin..

Based on ayat di atas ini..
Opah dapat simpulkan yang kita janganlah
Menilai orang dari luaran sahaja…
Tetapi yang wajib tetap wajib…
Yang haram tetap haram..
Matlamat tak menghalalkan cara….

Jangan ditenung sahaja ayat ini..
Tapi renung2kanlah… J

Monday, November 21, 2011

tahniah malaysia...

assalammualaikum..

tahniah untuk malaysia sebab menang 4-3
dengan mamat indon..acctually opah tak tengok dan tak minat...
semalam memang riuh U opah..ala ala macam kat studium gitu..
sampai masjid dengar diaorang bersorak..
especially orang perempuan punya suara...
melebih pulak orang perempuan ni..jerit tak ingat dunia..
bagus2 bersemangat waja sangat..
tapi terkilan sikit...masjid kosong...tapi cafe depan masjid penuh orang..

tapi tak apa lah...minat masing-masing...
ok..tahniah lag sekali pada malaysia...


 wira-wira negara...

harimau malaya


menang!!!!!!!

abang angkat opah....ceh ceh ceh...


ooppsss...salah masuk gambar..termasuk gambar
my buayafrend pulak...kihkihkih

Sunday, November 20, 2011

alahai....

assalammualaikum...

sekian lama opah tak menaip,mengomel...
hari 20/11/2011 tamatlah tarikh sebagai suri rumah
dah kena balik universiti..
perasaan tu tak rasa apa-apa..cuma rasa
sikit kecewa dengan result sem lepas..
baru berangan nak dapat anugerah naik canselor..
alahai melepas...walaupun pointer masih lagi
tahap boleh jadi tauke getah dekat segamat..
"man jaddah wa jaddah"
siapa berusaha dia akan berjaya...kurang usaha ni cik opah..
try lagi sem depan..lagi sikit je pointer tu..

bila opah merungut,keluh tak dapat dekan ni..
mula lah orang mengata."alah..baru drop sikit dah nak bunuh diri"
please..aku ada iman lagilah..
daripada bunuh diri baik bunuh orang..kihkih..
ok..opah sedar..mengeluh tak berguna...

eerrmm..suasana kat U untuk first day ni macam biasalah...
time ni lah nak teringat mak abah..
time ni lah baru perasan mak masak sedap..
time ni lah rase katil rumah tu empuk sangat...
time ni lah rasa membazir asyik tidur kat rumah...
nampak sangatlah kurang bersyukurnya tu..
bila bukak facebook,,eerrmmm lagi mebosankan..
dari atas sampai 100 older post,,,semua letak entry yang sama..
contohnya:
"emmmmaaakkk,,nak balik..."
"teringatkan rumah...bila nak cuti sem ni.."
"sedihnya nak balik U ni"
"rindukan bantal peluk"..
"malasnya nak sambung belajar"

aduh..boring lah..cuba letak post2 yang membakar semangat sikit..
contohnya :
"inilah masanya untuk aku mencapai kejayaan"
"semangat aku berkobar-kobar di pintau gerbang ilmu"
"akan ku cari ilmu hingga otak ku tidak berfungsi"
"menimba ilmu itu bagi mendapat chicken rice combo di kfc"
aaaa...kan rasa semangat sikit nak belajar...ni sibuk mengeluh...

itulah orang kita..especially orang melayu..
hidup asyik nak senang..tapi malas usaha..
ceehhh..macam emotional sangat pula opah ni..
yelah tengah frust tertonggeng ni..
takpa..opah akan buktikan sem ini opah akan dapat dekan lagi...

"jika kau fikirkan kau boleh..kau pasti boleh melakukan..
jika kau fikirkan ragu2..blablabla.." ok sebenarnya tak hafal

Saturday, October 22, 2011

buruknya lelaki kedekut...


Assalammualaikum..

Kaifahal??opah sihat..ee tak Tanya pun kan..
Kihkihkih..saja nak bagitahu sebab
Ada yang nak tahu..hehhee..kankankan
Hari ini opah nak post sebuah cerita…
Cerita yang dikarang oleh seorang penulis yang teramatlah
Berdedikasi,cantik,popular dan disegani..iaitu
Nurul hanani…kihkihkih..kenal tak??
Kalau tak kenal buat-buat kenallah yer..
Cerita tersebut bermula dengan perbualan antara si suami dan isteri..
Let’s read!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Isteri : abang…nanti keluar beli kopi yer..kopi habis..

Suami : alah..kikis “bontot” kuali tu..kan sama je warna macam kopi..
(isteri mengangguk dengan sedih)
Isteri : errmm..abang..
Suami : yer..apalagi??
Isteri : along dengan angah tak ada duit “jajan” nak sekolah hari ni..
Suami : hey..kan abang dah bagi 55sen semalam..
Isteri : dah habis..55sen bahagi dua mana cukup untuk dua hari bang..
Suami : tak berjimat cermat langsung..dulu abang dapat 2sen je
Pergi sekolah…cakap dengan diaorang abang tak ada duit…
Isteri : 2sen dulu dengan sekarang mana sama bang..
kesian diaorang bang..nanti along dengan angah nak makan apa kat sekolah??..
suami : tak payah pergi sekolah..
isteri : abang nak pergi mana pagi2 ni??
Suami : nak pergi masjid..nak solat dhuha berjemaah dengan kawan..
Isteri Cuma terdiam…solat dhuha yang sunat didahulukan
Dari makan minum isteri dan anak…
Keesokkan harinya..tepat pukul 7.oopagi..si ibu
Berkata kepada anak-anaknya…

Ibu : along,,angah,,ayah kata ayah tak ada duit nak bagi hari ini..
Along dengan angah sabar yer..tahan lapar kat sekolah....

Along : ayah memang kedekut..”ngeteh” dengan kawan-kawan boleh..
Semalam along tengok reset bank ayah..ada 30ribu dalam bank..
Eermm bawa bekal jelah ibu

Ibu : tapi sarapan pun ibu tak buat..tak ada apa-apa
Kat dapur..ayah beli lauk untuk semalam je..

Angah:Tak apalah ibu..nanti angah dah kerja,,kita duduk
Rumah lain..tinggalkan ayah kat rumah sorang-sorang.

Ibu : isshh..tak baik cakap macam tu..ayah tetap ayah kamu..
Tetap suami ibu..

Angah : maaf ibu..lepas ini angah tak cakap lagi.

Along dan angah pun bergegas ke sekolah..si suami
Pun pergi ke dapur..

Suami : rokiah..buatkan bang kopi..lepas tu awak pergi solat
Sunat fajar,dhuha,kifaratul bauli..ikut macam saya ni..
Buat pahala banyak-banyak..

Isteri : baiklah bang..saya bersyukur dapat suami yang beriman macam abang..

Si suami tersenyum dan Si isteri pun terus
 buat air kopi untuk suaminya..

Isteri : ini kopinya bang..

Suami pun membaca doa sebelum minum..
Suami meneguk air itu..tiba-tiba si suami tersedak..

Suami : rokiah!!!!! Air apa ni??ya Allah..macam inikah
Air yang kau buat untuk suami mu??

Isteri datang kearah suaminya..dengan wajah yang tenang dan
Manis…

isteri : itu resepi yang abang ajar..kikis “bontot”
Kuali..untuk menambah keenakkannya saya tambah
Sesudu gula..sebab memang sesudu je yang tinggal..abang yang ajar..
Saya tak dianggap derhakakan abang??

Si isteri senyum dan terus beredar dari situ..

Suami : nanti saya kahwin lagi satu!!!!!

Isteri : kahwinlah bang..itu pun kalau ada perempuan
Yang nak lelaki kedekut..

Si suami terus keluar dari rumah…
Si isteri membiarkan si suami dengan air mata
Tak berhenti-henti mengalir..

The end..

Pesan ustaz kazim alias dalam ceramahnya..

“carilah suami yang beriman kepada ALLAH..
Namun jika dia beriman tetapi kedekut..
Maka tinggalkanlah lelaki itu..







Friday, October 7, 2011

cuti sem bermula!!!!!!!...mode:syuke

assalammualaikum....

sihat tak semua...rasanya dah berzaman tak tulis blog...
i buzy la..tak sempat nak menaip-naip ni..
banyak sangat kerja...
dan i ade final exam...
sory la kepada all my kipas...
hehehhe...perasaan perasan pulak opah ni..
ade ke fans??

acctually hari ni hari last opah di semester 3..
sem depan dah part4...
yes..yes..yes..opah dah semakin tua..
lagi setahun nak dapat diploma...
tak sabarnye......

esok bermulalah cuti sem yang di tunggu-tunggu..
mesin basuh,penyapu,singki,kain baju kotor sudah
merindui opah...bermula lah kerja sebagai
maid tak bergaji di rumah...
ermm sekali sekala kan...ape salahnye jadi maid..
keje baik..dapat pahala pulak tu...

cuti sem ni pendek je...
nak jalan pon tak sempat...lagikan nak keje...
selain jadi maid...jadi pengganjur la opah sebulan ni...
menternak lembu  badan la kat rumah...

ok..jumpa lagi sem depan...
opah akan buat entry2 yang lebih baik lepas ni..:)
untuk menjadi blogger yang profesional (al qassam 2011)
wah siap citation lagi tu...kihkih..
yang mara yer...
btw thank a lot pada sapa2 yang banyak bagi opah
semangat,,tunjuk ajar,,tolong opah
untuk menjalani liku-liku kehidupan untuk
semester ni...ccceeeehhhh....ayat cannot go...

doakan opah mendapat keberkatan
di hari cuti ni...bubye semua..!!!!


p/s: jom bercinta dengan mark zukerberg cuti ni..heheheh..









Saturday, September 17, 2011

demam oh demam..ujian Allah..

assalammualaikum...

sehat semua??opah..eerrrmmm..yes..opah tak sihat..
hari ni dah masuk hari ke-4 opah demam..
esok nak final kertas english...
opah tak tau nak jadik apa...

mula2 ingatkan tak bagitau mak...
tapi makin melarat...terpaksa bagitau...
bermacam ubat opah telan...
tuam air kat kepala setiap hari...
tapi tetap tak baik lagi...opah redha...
Allah punya kurniaan..mesti ada kebaikkannya..



nasib kawan opah baik..
tolong belikan makanan...tolong bagi ubat..
opah hargai sangat..
tapi setiap final exam,,opah mesti demam...
mudah2han ini petanda Allah nak hadiahkan
dean list lagi untuk opah...
amin...



p/s:jangan beli cool fever..langsung tak berkesan...

Friday, September 9, 2011

final exam lagi......

assalammualaikum...



kaifahal??ni hau ma??how are u??
alamak final exam dah nak sampai.....
takutnya...sem ni sem yang paling teruk..
first malas nak belajar..second lecturer semuanya strait..
third kuat main facebook....aadduuuhhhh...
assigment pulak selalu buat last minit......
takut sangat..especially subjek finance ngn macro..

pe2 hal,,korang doakan untuk opah...
dapat result yang cemerlang..
dan dapat biasiswa jpa...
aaaaammmmmiiiinnnnn..............................





Saturday, September 3, 2011

aidilfitri tahun ni....

assalammualaikum...

apa khabaq semua??sehat tak??
ada tak yang cirit birit raya2 ni??
yela makan ketupat banyak sangat..sakit la jadinya..
macam mana dengan hari raya tahun ni??
best tak??kalau opah..eerrmmm...bestlah jugak...

tahun ni tak semua ahli keluarga opah ada
masa hari raya..tak macam raya sebelum2 ni..
along opah tak balik raya..ada kerja kat vietnam...
kesian along...orang seronok2 raya,,, dia mengadap pelantar minyak..
raya2 ni....kat vietnam pulak tu...
akak opah pulak balik rumah mentua..
tahun lepas akak opah belum kahwin..tahun ni first
time lah dia beraya kat rumah mentua...

belum raya lagi mak abah dah nangis2..
yela..sedih tak dapat beraya dengan semua anak dia..
tapi perjalanan raya tetap lancar...
3hari beraya non stop..letih badan ni..
duit raya pun makin kurang...tak syok betol...
baru berangan nak beli cincin emas..















ni la suasana raya opah tahun ni...

Thursday, August 25, 2011

selamat hari raya aidilfitri...

assalammualaikum...

dikesempatan ini opah nak ucapkan
"selamat hari raya aidilfitri"
maa zahir sahaja..batin tak pernah lagi kot...
semoga hari raya ini kita umat islam dapat...
merasa kegembiraan...:)


Monday, August 22, 2011

apabila uitm tak ada air.....

assalammualaikum...

ujian..ujian..ujian..
dari malam semalam uitm tak ada air..
masuk ni dah kali kedua..
sengsara sangat rasa bila tak ada air...
bagai ibu kehilangan anak..eh..sesuai ke perumpamaan tu.??
buat2 sesuai la...
opah rasa kalau tak ada elektrik lagi ok kot...
air ni seriuosly penting..
nak ambik wuduk,,nak mandi,,nak berak,,kencing..
nak minum..opah dari semalam tak minum air masak..
tak ada bekalan...sedih betol...

nanti dalam kelas gerenti...
semua berpandangan antara satu sama lain...
sebabnya semua mesti tak mandi...
time tu jugak la kelas bau wangi luar biasa..
sebab semua pakat sembur minyak wangi berbagai jenama
untuk menutup bau tak mandi pagi..
kalau tak mandi tu tetap tak mandi..
sembur perfume sebotol pon title korang tetap "tak mandi"..

time macam ni lah opah tengok..
bebudak ni jimat air...
kalau tak macam pesta air..
kalau nak gosok gigi tu..air x tutup sampai singki tu jadi
swimming pool..membazir bebeno...

ok lah...opah nak buat operasi...
mencari air yag hilang..
perut dah memulas-mulas...
ok bubye...

Saturday, August 20, 2011

seminggu lagi nak raye??realiti ke mimpi??

assalammualaikum...

di pagi yang indah lagi cerah...
burung berbunyi..chip..chip..chip..ehh mcm tu ke??
whatever la...ok sambung...
angin yang bertiup sepoi2 language..
warga uitm yang ramai lagi masih bermonolog di dalam mimpi..
dan bunyi2 monyet segamat yang merdu....



ok..cukuplah madah2 sumbang ni..
semalam roomate opah berborak dengan member dia..
sebuk dia cerita pasal tiket bas...
acctually opah ni tak pernah beli tiket bas..
balik rumah naik kereta je..rumah sejengkal je dari uitm...
"untung" lah kan..rumah dekat...
itu ayat kebiasaan untuk opah...
ok..sambung cerita...
lepas 10minit roomate opah borak pasal tiket..
opah pon tanya..."apasal semua cerita tiket ni??"
"ramai yang tak dapat tiket untuk jumaat ni"
"aikk,,watpe balik jumaat ni.."
"kan cuti raya kak nani.....".."cuti raye??"
"minggu depan kita dah raye ke??"..muka konfius..
"aah la...hahahah..tak nak raya ke??"
"cepaaaaaaaaaaaaaaaattttnnnnnyyyyaaaaaaa"

oohh..mimpi ke realiti ni??
minggu depan dah nak raye...
baju tak siap lagi...kasut belom beli...
baju raye..ooo baju raya..
kuih rayer opah belom sampai lagi...
badan belom kurus lagi...
alllaaaaa..nanti mesti kene kutuk dengar sepupu sepapat
opah yang lazer....fffuuuhhhh...
nak kasut baru......
oooohhhhh ttiidddaaakk....kenapa aku tak ada feel raya ni??

orang lain pon nampak macam tak excited je..
tak ada dengar lagu raya pon...
nampaknya raya taun ni pakai baju ngan kasut lama je la...
huhuhuhuhu...

Thursday, August 18, 2011

Tuesday, August 16, 2011

suami aku skema.......

assalammualaikum...

hai semua..nama aku ecah...dengar nama macam kampung...
tapi sebenarnya aku orang bandar..
aku tinggal kat sebelah rumah dato najib...
nama sebenar aku aisyah orlando depp...
aku bekerja sebagai pembantu kewangan sailormoon...

aku dah berkahwin...nama suami aku..haikal...
skema kan nama dia???
acctually dia ni memang skema...
korang nak tau tak macam mana aku boleh...
terkahwin dengan mamat ni...
kalau tak nak dengar...sila tutup mata...

sebelum bekerja..aku belajar kat..
unversiti mengelembu di subang telinga berjaya...
aku ambil course "aku ingin menjadi perempuan tulen"..
aku ambik course ni sebab bangla jual karpet
kat rumah atuk aku cakap aku ni tomboy...
so untuk membuktikan aku wanita...
aku ambiklah course ni...


aku sungguh seronok belajar di sana..
sebab ramai lelaki...mula2 aku confius...
kenapa ramai lelaki???sekarang aku dah tau..
sebab diaorang nak jadi perempuan lah...
setahun lepas grade...aku telah menjadi wanita tulen...
suatu hari...aku berjumpa seorang lelaki yang sedang..
membuat latihan addmath sambil bermain scrabble..
di tepi longkang depan rumah flat jiran aku...
aku tertarik dengan kehebatan dia...

aku mula mengurat dia...muka dia sungguh kacak...
kulitya putih gebu bak zila bakarin..
matanya sepet seperti lee chong wei...
wooowww...aku semakin tertarik...
dia memakai cermin mata yang lebih besar dari bola tenis...
itu kelebihan dia...orang cakap dia skema..
aku tak kisah...yang penting dia bersinar di mata aku..

kami pon berkahwin...
haikal bekerja sebagai penasihat wanita hamil...
seminggu usia perkahwinan kami...
aku amat bahagia..dia seorang yang terurus...skemalah katakan..
semuanya nak sempurna...
namun hari berganti minggu...minggu berganti tahun...
haikal semakin annoying...
setiap pukul2 pagi..dia akan mengejutkan aku bangun tidur..
kerana dia tak mahu aku lewat pergi kerja..
dia nak aku sentiasa panctual...

dia memaksa aku mengosok semua 
alas meja,,langsir,,lap kaki toilet..tuala mandi,,sarung kusyen..
alasannya dia tak suka benda2 yang berkedut...
haikal juga akan memastikan aku mengukur semua
bahan masakan seperti lobak,,daging,,kacang panjang,,
ikan,, agar semuanya dipotong sama saiz sebelum dimasak...
alasannya untuk kelihatan sempurna...
yang paling melampau..dia suruh aku pastikn,,
setiap butir nasi yang aku masak,,sama warna,,saiz,,dan berat..

setiap kali kami keluar...haikal akan  "menyiapkan" aku
dia akan memakaikan aku baju mengikut 
warna beg tangan,,tudung,,jam,,gincu,,celak,,
blusher,,kasut,,stokin....
satu hari tu..aku kena tangkap dengan polis
seluruh badan aku disaluti warna kuning..
baju kuning,,gincu kuning,beg kuning,blusher kuning..
kasut kuning..aku tak tahu kenapa aku ditangkap..
tapi ia amat memalukan aku...
aahhh...keterlaluan kamu suami ku...

aahhh...skema sangat kau wahai suami ku...
semakin lama aku semakin tak tahan...
aku mintak haikal tinggalkan aku...
dia setuju..tapi dia memberi syarat kepada aku...
tapi tak mungkin aku boleh memenuhi syarat itu...
aku bukan harry porter..aku bukan si peri...
aku manusia biasa...aku tak ada magic..

haikal meminta aku memulangkan terunanya..
sungguh kejam syaratmu...
aku tak dapat memenuhi syaratnya..
itulah sampai sekarang aku hidup dengan dia...
siang malam aku berdoa agar dia mati cepat...
boleh lah aku berkahwin dengan orang lain...
sungguh sedih hidup ku..
ini kerana suami ku skema.....


p/s: rekaan semata-mata..tak ada kene mengena dengan sapa2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...