Tuesday, February 8, 2011

Maksud Bacaan Di dalam Solat



Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepadamu kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarg Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.




Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ..namun tak pula aku sanggup ke Neraka-Mu. Kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

kene belajar msak ni...huhu

Assalammualaikum……

Semperit…semperit…asyik2 x jadik je nak buat kueh semperit ni..benci betul..mule2 buat terkeras sngt..kali ke-2 ni anyep a.k.a tawar..huhuhu..mmg bukan tangan buat kueh betol…aku suke giler kueh tu…ade membe tu slalu bawak kueh semperit..dye slalu bagi ak…penuh semangat ak buat..tp x jadik jugak..allahuakbar…semua cakap sedap tp aku x puas hati betul tgok kueh tu…dah macam tempe rupenye…kalo ade mak mentua mesti kene perli..heheheh..tp aku kene belajo buat lagi ni…nanti kalo dah kawin,,suami  aku soh buat kueh kang x reti…dah dye carik laen..awal2 dh rancang mase depan..hahahah..tp ade je ek bini orang tu x reti masak..nasi goreng je pandai…tp suami dye syg je..haha..

Pasni ni kene check resepi lagi la..aku suke buat kueh,kek…tp x bape pandai pulak…kat u aku suke makan burgerdel…sedap…tp x la selalu makan..mahal sangat orang tu jual..setakat beso macam telur ayam kampong dah satu riyar.…cekik x bdarah betol..sebelom cuti pnjang  aku beli sikit..nak bagi mak rase..mak cakap x sedap pon..hehehhe..tp abis jugak..aku bawak balik sebenonye ade udang sebalik mee..nak soh mak buatkan..bole makan banyak2…mak masak pe je semua sedap..bukan aku je cakap..kwn2 aku pon ade cakap…skill mak yang mahal tu…

Tp mak soh aku buat sendiri..mak Cuma tunjok carenye je….potato 4 biji..lada sulah,,lada hitam,,cili,,garam..daging ayam ckit..celup telur ayam…aku siap cetak burgerdel tu bentuk hati..nak tiru macam cite ktika cinta bertasbih..”bakso cinta”…cantik sangat tgok burgerdel tu bentuk hati..senyum memanjang ak…lepas celup dalam telur…aku pon masokkn dalam minyak panas…mula2 macam ok..tp tetibe semua burgerdel hancur…hancur hati aku…dah la smalamnye buat semperit x manis..pastu ni burgerdel hancur pulak…wawawaw…istigfar je aku…”assobaru minnal iman..”bersabar tu separuh drp iman..nak wat macamne…dah x jadik…heheheh..


Never give up..do it until success…kata lecture aku…time ni la guna kata2 lecture…hahaha..pasni memang aku kne cube lagi la..kalo bole nak buat terimisu,,kek Sarawak,semua jenis biskut…huhuhu..mlangit cita2 aku…padahal semperit pon x pas lagi..huuhuh..go nani go nani go nani go go..huhuhu.:P J

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...