Friday, June 14, 2013

sesi mencari nafkah...

assalammualaikum...

pejam celik pejam celik dah dekat dua bulan aku bekerja
mengisi masa terluang selama 5 bulan ni
bulan 9 ni dah start masuk degree,,
sebelum aku dapat kerja,,memang siang malam asyik
cerita pasal nak carik kerja dengan kawan-kawan..
sampai boring diaorang dengar,,sahabat till jannah punya 
pasal,,diaorang akur dan dengar la cerita aku tu,,,hahaha

sebelum ni aku memang tak pernah bekerja,,bila time
cuti sem,,aku kan menjadi suri rumah sepenuh masa tanpa
suami,,belum kahwin kan,,mana ada suami,,
oleh kerana terlampau excited,,aku telah pusing satu 
daerah labis.. (ok bohong) untuk mencari pekerjaan..first sekali aku pergi
kedai buku,,apek tu cakap takde kerja kosong,,
dengan muka 5 sen aku pon pergi la kat sebuah klinik...
penjaga kaunter tu suruh aku bagi detail lengkap untuk
pihak klinik call kalau ada kerja kosong..aku dah start senyum..
lepas tu,,aku isi borang kat kedai kek..
balik rumah rasa puas hati macam dah dapat kerja..

aku bajet ayu kat tempat kerja
tunggu punya tunggu dah 4 hari,,tak dapat call pon,
aku terus call klinik tu,,tanya macam mana progress
pemohonan aku tu,,doktor klinik tu suruh aku datang untuk interview.
excited gila masa tu,,first time nak interview kerja,.
aku bawak semua sijil-sijil aku macam nak interview kat syarikat besar..
masa interview tu jugak aku kene reject...dia cakap
nak carik pekerja yang permanent,,kalau bole nak yang ada
spm je,,boleh pulak macam tu yer doktor,,
dengan pilu aku drive kete bapak aku balik rumah..
petang tu jugak aku ikut akak aku balik semenyih..
nak try interview kat satu company ni,,

keesokkan harinya,,aku pergilah interview dengan baju
serba kuning,,nasib baik bibir tak kuning,,


aku masuk office tu dengan bismillah,,,
kerani office tu suruh aku masuk bilik bos,,nama bos aku
raimi,,sama dengan nama bapak aku,,harap bukan jodoh,,haha
10 minit jer aku kene interview,,lepas tu bos cakap aku boleh kerja esok..
terkejut jugak,,kat putrajaya punya senang nak carik kerja
berbanding dengan labis,,

inilah meja kerja aku,,bersepah gila
lepas dua hari bekerja,,baru aku tau,,company aku
ni company maintanance,,satu office semua lelaki
dan hanya dua orang perempuan..aku dengan kerani lagi sorang..
nasib badan lah,,orang yang jarang cakap dengan lelaki
kene kerja dengan majority lelaki...
tapi hari isnin next week aku akan di transfer kat jkr
putrajaya,,aku harap berjalan lancar



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...