Saturday, January 28, 2012

tip awal untuk bertudung labuh


assalammualaikum..
kaifahal..hari ni opah nak kongsi tip yang sangatlah
bagus dan bermakna bagi orang2 perempuan..
bagi wanita2 yang mempunyai niat untuk memakai tudung labuh
boleh try tip ni..opah pun akan cuba2 try...:)
1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah…
3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring).
5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.
6. Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.


..
Contoh 2: Pashmina (selendang menutupi dada & tidak jarang)
8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudungTudung Turki/ Mesir/ Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9. Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :)
Contoh tudung labuh berjahit. Kain jenis koshibo.
CUBALAH dahulu. InsyaAllah, sekali cuba… masyaAllah, perasaan kali pertama itu terasa sangat indah sekali. Terasa sangat selamat, terasa Allah berasa sangat dekat. Subhanallah! Jika kita ikhlas berhijrah & memakai tudung labuh dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, insyaAllah Dia akan membantu mempermudahi jalan kita.
Secara tidak langsung, akhlak kita juga seakan terpelihara sebagaimana terpeliharanya maruah kita dilindungi kelabuhan tudung yang dipakai. Kita akan jadi segan untuk berakhlak buruk & melakukan kemungkaran.
Sebenarnya, boleh sahaja kalau hendak terus memakai tudung labuh. Namun, seeloknya, kita mulakan secara perlahan-lahan agar diri lebih yakin & bersedia. Tidaklah nanti perubahan itu terlalu drastik & takut diri tidak dapat mengadaptasi dengan penampilan baru itu. Cepat atau lambat, yang penting, perubahan itu ikhlas & istiqomah. Jadi, banyak-banyakkan berdoa agar Allah mempermudahi jalan kita untuk meraih redhaNya.
Firman Allah swt; “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka….” [surah 24, an-Nur; ayat 31]
Kuatkan semangat, kuatkan semangat, kuatkan semangat serta mohonlah kekuatan daripada Allah. Sesungguhnya tidak salah berubah jika perubahan itu ke arah kebaikan & mendekatkan jarak kita dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah akan menganjarkan kebaikan kepada kita di atas pengorbanan kita.
Firman Allah swt; “Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan),maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.” [surah 29; al-ankabut; ayat 6]
“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan & seindah hiasan dunia adalah wanita yang solehah.” [HR Bukhari & Muslim]
Teruskan mencari, belajar & berusaha untuk memperbaiki diri. :) Sesungguhnya, anda bukanlah keseorangan kerana Allah sentiasa ada di sisi kita.
Semoga bermanfaat, insyaAllah.

p/s: doakan opah akan berpakaian ini satu hari nanti...aminnnn....

Thursday, January 26, 2012

cinta yahoo massenger


assalammualaikum..

kaifahal??sihat tak semua pembaca blog opah
(ceh cara cakap macam ramai orang baca je..)
hari opah nak cerita pasal cinta yahoo massenger...
wah siapa yang bercinta kat yahoo massenger??
opah ke??..ishh..opah ni mana ada peminat
sampai nak bercinta-cinta...

ini cerita kawan opah punya kawan..
selepas diberi kebenaran untuk opah ceritakan kat
blog ni..hihihihi..
si Haniza ni(bukan nama sebenar) memang
kaki internet...suka main internet dari sekolah menengah..
sampai lah dah berumur 20 an...
haniza ni suka chat guna yahoo massenger..
sebab kat situ dia bole webcam dengan kawan2 perempuan
yang dah lama tak jumpa seperti bedah,senah,peah dan mila..
namun suatu hari..haniza telah TERchatting dengan seorang
jejaka yang bernama Haikal(bukan nama sebenar)
cinta ALLAH cinta yang teragung..
Haikal ni lain dari lelaki lain..agaknyalah..
sebab kata-kata beliau sopan..kelakar dan menyenangkan hati..
haikal tak pernah keluarkan kata2 yang berunsur tak baik
haikal juga pandai dalam bab agama..


Haniza tertarik dengan haikal..walaupun
tidak pernah bertemu dan kenal..
mereka berchatting selama 3tahun..itupun tak selalu
sebab masing2 ada bidang kerja masing2..
tapi haniza ni setia..dia selalu teringatkan haikal..
dan menunggu haikal online setiap bulan..(bukan setiap hari)
erti kata lain syok sendiri lah..sebab haikal tak pernah cakap beliau sukakan haniza..
yela..haniza ni tak pernah chatting dengan lelaki..
itu yang terlebih syok sendiri
setelah beberapa bulan tidak berchatting..
satu hari haikal muncul..dye dah berjaya berkerja sebagai
Pengarah syarikat di sebuah bandar yang tak berapa nak besar
haniza gembira mendengarnya..
bercintalah dengan keluangman..mesti xkecewa,,hahaha

namun suatu hari..tanpa dijangka..
haikal memberitahu haniza bahawa
dia akan berkahwin tak lama lagi..
dia menjemput haniza datang ke weddingnya..
masa tu haniza sangat sedih..tetapi dia menahan perasaan..
dia tahu dia hanya SS je lebih..
selepas itu..haniza memanjat tingkap rumahnya..
dia terjun ke bawah dengan harapan dia akan patah kaki atau tangan..
namun dia lupa dia rumahnya tidak bertingkat..
dan dia tak luka apa langsung..
malahan dimarahi oleh ibunya kerana berkelakuan aneh..
akhirnya haniza bertekad tidak akan berchatting dengan
mana2 lelaki..kerana hatinya telah pudar..
TAMAT

hahahaha....cerita yang sungguh sadis dan tak ada
moral value dan happy ending..
sebenarnya opah cuma nak cakap..bahaya cinta muka buku ,,muka
kertas mahupun,muka laptop,,sebab nanti jadi macam haniza ni..
kesian..dah la syok sendiri..kecewa pulak tu..
kesian kesian..

Tuesday, January 24, 2012

tahun baru cina punya cerita!!!

assalammualaikum...

di saat opah yang diserang selsema
yang agak teruk sehinggakan kehilangan deria rasa
selama 2jam..bila opah makan pau daging
rasa macam makan getah skrap...aduh sadisnya...
alhamdulillah ujian kecil je dari ALLAH..
assobaru minal iman.....

hari ni opah nak mengadu satu perkara..
istilah mengadu tu macam kurang tepat..
paling tepat nak berkongsi rasa dan cerita...
wahh..macam nak cerita sedih pulak...

semalam tahun baru cina..semua orang tahu
nak dijadikan cerita..hari sabtu kelmarin mak opah
yang tercinta jatuh sakit...tak adalah kronik
sangat..tapi memerlukan sejenis ubat yang terdapat
di farmasi..sebab kat klinik ni..diaorang asyik bagi ubat tahan sakit..
tak bagus untuk kesihatan..
2kali abang opah pergi farmasi kat bandar
tapi tutup..opah pun ada pergi jugak dekat segamat..
tutup jugak...for your information..farmasi
dekat area rumah opah ni semua orang cina punya..
so bila raya cina semua tutup..masa tu lah orang melayu
rasa bertapa bergunanya orang cina dalam ekonomi..
dan bertapa rendahnya kuantiti orang melayu dalam ekonomi
di negara sendiri..

lepas tu..keesokkan harinya..opah dengan
adik beradik opah pergi bandar..nak beli sayur2..
nak beli buah2an untuk mak abah opah..
sekali sekala bershopping sama2 adik beradik..
bukan selalu jumpa pun..sebulan sekali je..
tapi paling memeranjatkan kami..supermarket yang besar pun tutup..
masa tu abang opah bersuara..
"kalau macam ni pun kerajaan tak boleh nampak,,aku tak tau
lah apa nak jadi masa akan datang nanti"
maksud abang opah..kerajaan dah nampak
macam mana nasib orang melayu dalam ekonomi kat negara kita ni..
tapi kerajaan nak bertindak apa2...
bayangkan kalau orang cina semua balik negara diaorang..
kelaparan agaknya orang melayu...aduuhh tak dapat opah bayangkan...

opah bukan nak menyalahkan kerajaan..
tapi tanggungjawab kerajaan pada
nasib orang melayu yang langsung tak berkembang
dalam ekonomi negara sendiri...
lepas ni kita sama2 tolong meningkatkan bilangan orang melayu
dalam ekonomi kat negara kita sendiri..

p/s : nak beli ubat gigi pun susah...:(

Monday, January 16, 2012

hobi baru!!!!!!

assalammualaikum...

kaifahal??how are you??rasanya dah lama tak tanya
khabar blogger2 semua..
hari tu kawan opah doodlekan gambar opah...
doodle tu bukan dodol tau...heheheh
opah rasa tertarik pula nak belajar buat doodle..
opah memang minat grafik2 ni...minat melukis..
oleh kerana semangat yang berkobar-kobar..
opah pun search tutorial nak buat doodle kat internet..
opah pun belajar la buat dengan penuh sungguh2 dan
dedikasi...cccceeehhhhh...
opah ni kalau nak sesuatu,,opah akan buat betul2 sampai
dapat..kalau ambil masa lama pun tak apa...
hehehe...(tapi dalam buat kerja jela..)


oleh itu opah nak mempersembahkan
doodle doodle yang telah opah buat..
tak seberapa nak cantik sebab baru belajar semalam..
opah ingatkan sekali lagi...doodle tau..bukan dodol..
opah tak pandai buat dodol....hhahaahhaha...



ini hasil kerja pertama..nampak paling tak cantiklah....


 ini opah buat untuk kawan opah...ini pun tak cantik...senget2 dan tak center..

ini yang paling opah suka..sebab ada iras2 dengan opah..kihkihkih


ini untuk junior opah...terlampau kurus...dan banyak salah makeover..

 dan ini yang terakhir opah buat..
khas untuk kawan2 opah yang masih single but available..hehhehee

p/s:lepas sapa nak order gambar call kat nombor ni..013 3333333....(nombor dr planet pluto) :)



Friday, January 13, 2012

kawan till jannah...:)

assalammualaikum...

sebelum test ecomal menjelma malam ni..
opah ambil masa nak tulis blog..
opah nak sentuh and touch tentang kawan...
berapa ramai kawan2 korang??
kawan-kawan opah tersangatlah ramai..kawan dari
kampung halaman..kawan asrama masa sekolah menengah dulu...
kawan2 internet..dan kawan2 dekat UITM..

opah cuma nak cakap...selain
ALLAH,nabi muhamad,dan family opah..
opah paling kawan2 opah...rasa sedih sangat bila cerita pasal kawan..
bukan senang nak carik kawan yang baik...
susah sama-sama,,sedih sama-sama..
alhamdulillah tapi kawan2 opah semua baik2 belaka...
diaorang tempat opah luahkan perasaan..
diaorang tempat opah mengadu..
diaorang tempat opah kongsi rasa susah dan rasa senang...
dan diaorang jugak tempat opah tanyakan pendapat...

lepas tengok video ni...




tetiba je rasa rindu kat kawan2 lama..
tetiba je rasa sayang kat kawan2 sekarang..
koranglah keluarga nombor 2 opah...
semoga persahabatan kita berkekalan sehingga ke syurga...

kawan dari baby..heheheh
gambar2 kawan opah..

kat sekolah smk tun mamat
berapa orang je tak jadi pengawas..
opah jadi ketua kelas...heheheh

kitaorang dapat nombor 2 nasyid

rombongan

kawan2 asrama

kawan uitm

kawan sekelas

kawan2 masjid

kawan satu projek

bestfriend.....forever

 ika,ecah dan suraya

bestfriend

bestfriend dulu2

bersama warden asrama

kawan2 lama opah yang baik2


Friday, January 6, 2012

kasut aku kena curi!!!!!!!!!!!!!!1

assalammualaikum...

sebelum opah nak cerita ni..opah kene
istirgfar banyak2 dulu..semoga ALLAH mengampunkan dosa opah...
hari ni..7 haribulan satu 2012..selepas waktu subuh
kasut yang paling opah sayang+cinta telah
dirembat oleh mahkluk yang semestinya bergender wanita...
opah dah lama nak beli kasut tu..oleh kerana harganya yang
agak mahal..opah baru dapat beli kasut tu akhir tahun 2011..

bukan ini kasut opah..



opah akan pakai kasut tu kat event2 je..
sebab opah sayang kasut tu sangat2..yela mahal tu...
oleh kerana terlampaukan sayang,,maka
hari ini ALLAH telah mengtakdirkan bahawa kasut itu
telah dicuri oleh insan yang tidak berhati perut..
sedap je nak curik barang orang..

cubalah kau bayangkan kalau bapak kau tengah sakit
tenat kat rumah,,lepas tu opah curi handphone kau biar
kau tak boleh call sape2..opah curik ketera+motor kau biar kau
tak boleh hantar bapak kau ke hospital..lepas
tu opah curi semua jiran+saudara kau biar tak ada sapa
pun yang dapat tolong..masa tu apa perasaan kau???

astagfirrullah..ya ALLAH berikanlah aku kesabaran...
insyaallah dengan kehilangan kasut kesayangan ku itu..
akan KAU kurniakan aku perkara yang lebih baik...
marahnya opah...
kalau tak dapat jumpa si bedebah tu kat dunia..opah akan 
dapat tengok muka dia kat akhirat....

p/s : janganlah mencuri...itu perbuatan yang berdosa..

Monday, January 2, 2012

jom belajar masak!!!!!!!!!!!!!!!

assalammualaikum...

selamat tahun baru!!!!walaupun dah agak terlewat
nak ucap tahun baru..tapi opah tetap nak ucap...
tak sempat nak ucap...prime minister uganda katakan..heheheh
sibuk sana sini..tak cukup tangan nak menaip blog...
semalam bermula lah umur opah 20tahun...
wahhh opah dah makin tua...selamat tinggal belasan tahun..
semoga dengan umur yang meningkat ni..segala amalan
ibadah opah pun semakin meningkat...
perangai semakin matang...makin kurang loyer buruk opah ni..


azam??nak citer pasal azam ni memang tak 
akan habis sampai esok..so opah tak lah
beria-ria nak azam...sebab azam dulu pon tak langsai lagi
sorry la 2011..nanti opah langsaikan hutang opah...
selain dari berazam nak jadi wanita yang lebih baik,,
opah berazam sangat2 tahun ni
nak belajar masak...(dengan muka teruja)
nak jadi hebat mcm chef wan...tapi tak nak
 banyak cakap mcam dia..hehheh
bukannya tak pandai masak...tapi saja nak mengkikis
lagi bakat2 yang terpendam..hahahahhaha
bila umur 20tahun above ni..mak cik pakcik kat kampung tu mesti
bajet yang kita ni dah teror masak..
order je ikan masak tempoyak ke,,asam pedas ke,,cili api ke
semua boleh buat..petik jari kaki je..
tetapi hakikatnya..tepuk dada tanya tangan tu..
"hey tangan..kau pandai masak tak??"
kalau tangan tu senyap je tau2 la...tapi...
                                     kalau tangan tu bersuara...cepat2 baca ayat kursi..heheheh
takut bukan tangan yang bersuara..tapi syaitan!!!!!

tak nak jadi macam ni..kaki menipu...:p
malu lah kan bila orang perempuan tak tahu masak...
opah memasak bila mak tak ada kat rumah je...
tu pun yang opah tau je,,setakat ayam masak merah,,
masak kicap,,masak cili,,dan yang simple2 je..
bila mak ada kat rumah,,opah order je pandai...hehehehe
so tahun ni kene belajar masak..nanti kalau dah kahwin
tak adalah call mak setiap hari tanya resepi...
tak adalah suami kene puasa sunat hari2 sebab nak
elak makan makanan yang kita masak..(sebab tak sedap)
cehh...cerita kahwin pulak...gatal betul hang ni...

oleh kerana opah teringin sangat nak makin lobster
masak 4rasa (wujud ke??)...opah kenelah belajar memasak..
semangat berkobar-kobar ini terlahir lepas opah 
tengok reality show masterchef malaysia...
wah...minat betul opah tengok skill diaorang masak...
lelaki perempuan sama hebat...bersinar-sinar opah tengok
sorang peserta ni masak...

ini dia en zamir 20tahun

sebaya dengan opah ni...malu je..punyer hebat dia masak...
antara yang opah minat...


ok..cakap pun tak guna...dari hari ni kene
banyak tengok web resepi chef wan...
mane tau dapat jadi chef two..heheheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...