Friday, December 14, 2012

Alhamdulillah abah masih panjang umur..


assalammualaikum...

kisah opah dan abah..

Allahu..i need Allahu..hoho...handphone berbunyi..

akak : nani nanti tak payah balik rumah tau..
opah : kenapa?
akak : abah masuk hospital (dengan suara yang lemah)
opah : masuk lagi..kenapa?
akak : abah demam panas..nanti naik bas terus ke hospital segamat tau
opah : ok.

masa tu rasa biasa saja sebab abah dah selalu masuk
hospital,,opah kat dalam segamatmall
tengah beli barang-barang dengan member..
lepas solat zohor kat surau onesegamat..
handphone bunyi..abang ipar opah call

abang : salam,nani kat mana ni??.nanti abang jemput dalam pukul 3ptg.
opah : ok. kat onesegamat ni...abang tahir,tadi adik mesej,,adik cakap semua
orang balik rumah,,kenapa??abah kenapa?
abang : eh tak adalah..memang semua orang nak balik..ok nanti tunggu abang.

masa tu rasa sangatlah tak sedap hati
tak jadi nak tengok kedai beg dengan kasut..
duduk kat kerusi dengan member tunggu abang ipar opah..
opah makin tak sedap hati,,opah mesej adik opah
"adik,,abah kenapa sebenarnya??abah sakit kuat ke?"
adik opah cuma balas "tak tau nak cakap macammana".

sampai je kat hospital,,opah kena tahan dengan
mak guard,,dia tak kasik masuk sebab belum waktu melawat..
masa tu opah masuk je..tak endahkan mak guard tu..
bila sampai kat wad3 nampak adik opah sedang berdiri kat kaki lima
muka masing-masing dah muram..
opah terus masuk dalam bilik wad,,cari abah..
abah opah masuk wad kritikal..terkedu opah nampak
abah pakai salur penafasan..opah tahan je rasa sebak..
masa tu mak tak ada,,mak pergi solat..
abah tengah tidur tapi nampak muka abah pucat..badan abah sejuk sangat
macam air batu..opah usap-usap rambut abah..sebak..

adik : abah..bangun..

abah buka mata perlahan-lahan..

adik : abah kenal tak siapa ni??
sambil jari adik menunjuk kearah opah..

abah tengok muka opah lama..abah geleng-geleng kepala..
lepas tu abah nangis...Ya Allah..abah tak kenal opah..
masa tu air mata tak berhenti mengalir..opah usap tangan abah..

opah : tak apa abah,,tak kenal tak apa..abah tidur dulu yer..

abah pon pejamkan mata..opah keluar dari wad..sedih sangat..
abah memang tak kenal semua orang masa tu..
mak pon abah tak kenal..
petang tu keadaan abah dah stabil sikit..maybe semua adik beradik opah
balik jenguk abah..semua usap-usap abah..
abah asyik menangis je,,tak tau apa reasonnya..
lepas solat maghrib,kami keluar untuk makan malam
sebab dari pagi memang tak makan..masa tu akak,abang dengan
mak tunggu abah kat hospital..
selepas makan kami cadang nak balik rumah..
memandangkan tak mandi lagi,,dah macam2 bau..
akak,abang dengan mak tunggu abah kat hospital
tiba-tiba akak opah call..dia cakap jangan balik dulu,,
dan arahan kami naik atas semula..

berdebar jantung opah,,bila dah sampai kat atas,,opah nampak
akak opah dah menangis sungguh-sungguh..
kitaorang terus lari masuk dalam bilik wad..
nampak abah dalam keadaan kritikal..
abah pakai mesin untuk jantung..abah tercunggap-cunggap..
mak suruh kitaorang ambil wuduk..bacakan abah yassin..
lepas ambil wuduk,opah bacakan yassin kat telinga abah..
opah gengam tangan abah,,badan abah sejuk sangat..
abah masih tercunggap-cunggap..dan masih separa sedar..
mak bisik kat telinga abah,,mak suruh abah mengucap..
masa tu badan opah rasa lemah sangat,,kaki macam tak jejak kat lantai..
Ya Allah berikan aku kekuatan..opah belum boleh terima
jika kehilangan abah..opah belum banyak berjasa dengan abah..
banyak yang opah nak buat untuk abah..

doktor datang,,doktor cakap tak boleh nak buat apa-apa..
sebab abah dah kritikal....dalam pukul 2 pagi..alhamdulillah..abah semakin stabil..
tapi masih tak sedarkan diri..kami adik beradik tidur kat kaki lima
hospital..nak tunggu abah sampai betul-betul stabil..
tepat kol 4.10 pagi..kita orang balik ke rumah akak opah 
dekat segamat,,tak jauh dari hospital..
keadaan abah makin stabil esok harinya..12.12.2012 abah telah 
pun keluar dari hospital..seminggu abah kat hospital..abah memang kuat..
walaupun sekarang abah tak nak makan..tak boleh berjalan sendiri
tapi opah bersyukur sangat,,umur abah masih panjang..
doakan abah  opah sihat seperti sediakala..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...