Thursday, September 30, 2010

mulakan dengan ummul kitab....al fatihah...


Bagaimana Bercinta Cara Islam?

assalammualaikum...................
Saya lama mencari artikel ini..akhirnya saya jumpa artikel tentang bercinta cara islam yang saya ambil dari iluvislam….insyaallah kita boleh dapat serba sedikit ilmu dari artikel…


Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.

 Masyarakat Sudah LariApabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.



Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.
"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."


Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.







Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.Perigi Cari TimbaAda pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.
                               


Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
www.iLuvislam.com.......oleh: umairzulkefli*

Wednesday, September 29, 2010

tauBaT nAsuHA.......

ASSALAMMUALAIKUM….

Sebenarnya saya bukanlah seorang yang pandai dalam agama..saya sama seperti manusia lain yang kerap melakukan kesalahan…tapi kita perlulah beringat bahawa kita akan kembali kepada ALLAH…dengan mula menulis blog,,saya harap saya dapat memperbaiki diri..

Hari ini ada seorang kawan yang bertanyakan tentang taubat nasuha..saya bukanlah pandai untuk menyatakan tentang taubat nasuha..berkenaan taubat nasuha ALLAH berfirman”wahai orang-orang yang beriman! taubatlah kamu kepada ALLAH dengan taubat nasuha..mudah-mudahan tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai”…taubat nasuha ialah berhenti melakukan kesalahan dan tidak akan mengulanginya…namun orang yang bertaubat adakalanya lalai sampai akan ulangi kesilapan lagi…

Saya bertanya kepadanya adakah dia pernah melakukan dosa yang besar kepada ALLAH??..tapi dia hanya senyap..dia tak berkata walau sepatah.dia bertanya lagi.”macamne nak tau kalau kita dah taubat nasuha??muka sahabat saya merah mcm tahan untuk menangis..saya terangkan..

1.menyesali perbuatan kita yang salah..
Kita perlu membuat pengakuan kepada ALLAH bahawa kita telah melanggar perintahnya.. nyatakn bahawa kita amat menyesali perbuatan kita itu..

2.memohon keampunan kepada ALLAH..
Kita perlu memohon keampunan daripada ALLAH..firman ALLAH:
“dan juga orang2 yg apabila melakukan perbuatan keji,atau menganiaya diri sendiri,mereka segera ingat kepada ALLAH lalu memohon ampun dosa meraka.sememangnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan ALLAH…
(surah ali imran:ayat 135)
Tapi cara yang terbaik adalah solat sunat taubat.solat dua rakaat dan diakhirnya kita berdoa agar ALLAH mengampunkan dosa kita..
3.berhenti melakukan kesalahan..
Jika kita telah bertaubat,kita perlu mengelakkan melakukan perbuatan tersebut semula.jika dia berzina,berhentilah dari melakukan zina..kita perlu ingat azab ALLAH sesungguhnya amat perit..

4.beriman dan beramal soleh..
Apabila kita sudah bertaubat..kita perlulah entisa melakukan amal soleh..firman ALLAH:”sesungguhnya aku yang memberi ampunkepda orang2 yg betaubat serta beriman dan beramal sole,kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.”(surah ta’ha 20:82)
Dengan melakukan amaln soleh kita akan terhindar dari melakukan maksiat..

Saya tidaklah menerangkan kepada rakan saya seperti di atas..hanya beberapa sebelum saya merujuk semula di buku al quran dan sunnah yang telah lama saya tinggalkan..banyak yang perlu saya remind balik apa yang saya belajar dulu..kawan saya menitiskan air mata..dia kata dia belum sedia nak ceritakan kepada sesiapa..biarlah dia dan ALLAH yang tau masalah ini..saya akur dengan kata2nyaa..kawan saya pun terus pergi..masa tu sya pulak yang nk nangis..saya tertnya ape yg telah sahabat sy lakukan..moga ALLAH memaafkan dia,,amin..

solatlah wahai muslimin...

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan sedang dalam kesedihan...

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘masuklah kedalam'dari dalam, wanita  itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.
Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut untuk kataknnya,” jawab wanita  itu. “Katakanlah, tidak perlu kau takut,” desak Nabi Musa.
 
Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina wahai nabi musa.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “dan saya telah hamil.. Setelah anak itu lahir, saya…cekik lehernya sampai mati,” cerita wanita itu sambil menangis teresak-esak
Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana marah.
Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.
Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”
Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari  wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang keji itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”
Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian segara memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.
Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.

dari cerita ni..kita dapat bayangkan bertapa pentingnya solat..tapi kenapa solat hanya dibuat permainan??renung-renungkanlah...

Sunday, September 26, 2010

mana perginya lelaki soleh??

assalammualikum....

alhamdullillah dapat buka blog arini...hari ni baca paper..ada kes rogol lagi...erm..mana perginya lelaki yang soleh??fitrah manusia iaitu sukakan kebaikan /kejayaan dalam plajaran,pekerjaan,rumah tangga,dan dunia akhirat la senang kata...fitrah wanita pulak sukakan,impikan seorang pembimbing(suami) yang baik,soleh...include me la..heheh..

nak suami rajin g solat....

tapi akhir zaman ni kuantiti lelaki yang soleh makin kurang...mane yang lain??kat jail la,kat pusat serenti la..macamne saya ngan kaum2 wanita nak cari pembimbing yang soleh??bila saya masuk u,,macam2 lelaki saya jumpa,,tapi laki yang soleh tetap boleh dikira..ada yang nampak baik tapi cuma luaran..sekali buka facebook dia macam2 gambar ada,,berpeluk la bercium la..masyaallah..

bila time kelas agama lagi sedih...seorang lelaki yang sepatutnya menjadi iman tak retu baca al quran,,tak pandai baca jawi..sanggup ponteng kelas agama sebab takot kene bace al quran..sedih saya tengok laki macam tu..saya tak selalu pergi masjid,,tapi bila pergi masjid yang memenuhkan ruang masjid sume perempuan...saff perempuan berbelas-belas..tapi saff laki tiga empat je...yang lain laki suka lepak2 kat cafe..memang tak ada alasan diaorang tak nak pergi masjid...masjid depan kolej laki je...

yang ada kat dalam masjid tu insyaallah seorang laki yang baik...baca al quran,,solat jemaah,dengar tazkirah...tapi jumlahnya terlampau sikit..saya pernah jumpa seorang laki ni...masyaallah..dia berjalan langsung tak pandang perempuan melainkan perempuan tu lecture..sy je yang tengok dia...dosa saya..nak tengok dia berbual dengan perempuan lagi la jauh sekali...muka dia bersih,,orang kata dia selalu pergi masjid..saya tertarik dengan atitude dia...dia tak pernah mempopularkan diri walaupun dia seorang pelajar yang berjawatan agak tinnggi kt u saya...sya berdoa satu hari nanti sya dapat seorang suami macam dia..amin...

wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..insyaallah..jadi saya mestilah mengubah diri menjadi lebih baik...

memalukan betol...

assalammualaikum...

saya suka sangat orang yang baik,tutup aurat...rasa macam nak jadikan kawan je...tapi aku rasa terkilan sangat dengan seorang wanita ni...dia tutup aurat bertudung labuh..nampak sopan manis...bak kata pepatah omputih..don't judge book by it cover....manisnya wajah dia dan baiknya luaran dia tak melambangkan dalaman dia...ni terbukti lepas kejadiaan ni...

aku jalan2 dengan membe mase class break..tetiba rasa haus pulak..cadang nak pergi beli air..lepas tu kiteorang pn pergi la kantin..masa tu crowded sangat org dah mcam ti sadin..macam biasa la bertolak2..aku terus buang niak nak beli air..kawan aku tetap nak beli juga..dia pun mengkuatkan diri merempuh orang2 yang ramai tu..kesian aku tengok..hahah..lepas tu datang la perempuan yang bertudung labuh yang aku suka tu..dia pun join rempuh nak beli mkanan..terkejut jugak aku..maybe dia lapar kot..

perempuan tudung tolak2 orang..ganas betul..tetiba entah macamne kawan aku tertolak dia..dia terus marah..'eh tak nampak orang ke??'..aku tak sangka dia ckap mcm tu..kawan aku ni memang panas baran...dia cakap la..'aku bukan sengaja,,ala ko macam bagus"....yang paling tak disangka-sangka perempuan yang aku sangka baik,manis,,ni jawab.."memang aku bagus,,tengok tudung la.."masyaallah..terkejut sangat..tegarnya dia cakap macam tu..kawan aku pn ckap "ah labuh ke tak,,tak ade bezanya.."..betul ke tudung tu melambangkan diri dia..dia buatkan org2 lain tak respect permpun yang bertudung labuh..aku pun jadi dh tak respect kat dia..rupanya dia cume memakai tapi tak mendalami...

bukan hanya menutup aurat dikatakan sempurna,,amalan,tingkah laku pun diambil kira untuk menilai siapakah diri kita..aku berdoakn agar wanita tu tak mengulangi percakapn dia...

Thursday, September 23, 2010

aku wanita islam...












dunia ini adalah perhiasan...dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita...

Tuesday, September 21, 2010

belajar betol2....

assalammualaikum....

alhamdulillah semua dalam keadaan baik..ALLAH bagi aku kegembiraan lagi sebab aku dapat A dalam subjek math....ALLAH tu maha pemurah..hari ni kelas tak banyak..kelas Bel dengan managment je..tapi cuaca panas sangat..menyengat kat kulit..tak pe baru panas dunia..panas neraka tak dapat aku bayangkan..
nak cite pasal belajar ni..ak teringin nak pakai....macam bawah ni
ni berangan je..hehehe...
tapi kena belajar betol2..dulu masa kecik2 teringin sangat nak jadi akauntan...sebenarnya mase tu tak tau akauntan tu ape..macam sedap je bunyinye...bile cikgu tny awak nk jadi apa dah besar nnt..aku jawab la akauntan....wahhh..macam best je..lepas tu dah beso sikit teringin nak jadi hos kat tv pulak...nak jadi hos majalah3 la..nona la...teringin nak popular..biasa la tak matang....


bila dah bole berfikir sekarang...nak jadi cikgu..teringin nak jadi ustazah..mak cakap jadi ustazah tu mulia..bukan dapat kejar dunia je,,akhirat pun insyaallah dapat..aku pun ambik subjek agama kat sek dulu..pas spm keputusan subjek agama aku bole dikatakan cemerlang..tapi semua tu  ALLAH yang tentukan...aku tak dapat sambung agama..tapi dapat sambung bidang yang ada akaun..maybe btol tak cita2 aku masa kecik2..hahahahah...belajar tetap belajar...amalan pun kene jaga..banyakkn berdoa pada ALLAH...

doa macam ni..heheheh...


lepas ni kene terus fokus pada belajar...setiap  kali nak balik u..abah mesti pesan belajar betul2 nani...aku mesti buktikan pada semua aku boleh berjaya walaupun kos aku ni aku tak minat....insyaallah ALLAH akan membantu hambanya...amin....
sesungguhnya ALLAH maha pemurah lagi maha mengasihani...

Monday, September 20, 2010

alhamdulillah...hari yang mengembirakan...

assalammualaikum...

hari ni aku gembira sangat...banyak benda yang baik berlaku hari ni...mula-mula sekali aku selamat balik u harini..alhamdulillah tak ada sebarang kesulitan nak sampai kat sini...sampi je u terus masok kelas..arini kelas bel mula pukul 8 pagi...penat sangat tapi happy dapat jmp member2..dapat jumpe kawan2 bilik..

ni la kawan yang selalu dengan aku..

masa kelas bel sume ok je..assgment aku pun dah siap..tak la risau sangat...tapi assgment akaun belum siap..ingatkan aku je belum siap..rupenya semua..hahahah..ade geng pun..kelas bel abis pukul10.00...wah tilam dengan bantal macam dah panggil je..tapi kene tahan la,,,akaun tak siap lagi..aku ajak kawan2 pergi bilik ak..buat keje same2..bese la copy paste je..hahah...terdesak..siap pn akhirnya..

kol 4.00 aku berlari-lari g kelas akaun..ujan lebat sangat..sampai kelas tercungap2..baju basah macam baru lepas kubang..puan pun masok kelas..dia bagi kertas test akaun kiteorang...alhamdullillah aku dapat A...tak sangka sangat...Allah aku beri rezeki arini...terima kasih YA ALLAH..aku tak pernah suke macam ni..

balik kelas aku beli nasi lemak jap..nak wat buka puasa..ramai sangat..tapi aku dapat juga beli..ALLAH bagi rezeki lagi...tapi aku lagi gembira dapat tau kawan aku yang tak pernah solat tetiba solat..subhanallah...ALLAH makbulkan doa aku selama ni agar sahabat aku sorang ni bertaubat..aku rasa macam nak nangis je..masyaallah..banyak kegembiraan ALLAH bagi aku hari ni..aku bersyukur sangat..




Friday, September 17, 2010

sayangnye family kite.....

cantiknyer mak...hahahha..ade seiras aku tak??mak ni selalu je comel...ni gambo mase akak aku konvo..gambo terbaru tak ada lagi..mak lah orang yang aku paling sayang kat dunia ni...tapi yang pling3 sayanng mestilah ALLAH....doakn la aku jadi macam mak..untung abah dapat mak..


ni gamba abah,akak ngan mak..tembam je sume..tapi abah dah kurus sikit skarang..dah berumur..heheheh...nak letak gamba semua tapi tak sempatla..tangan ni asyik nak tulis blog je...homework belum siap..assigment sebakul lagi..ahad ni dah nak blik..heheh..

ok lah nak wat assgment dulu la...mak dah marah tu...heheheh..

Wednesday, September 15, 2010

manisnya wanita berjilbab labuh..

kalau tengok orang bertudung labuh sejuk hati aku...nampak manis,cantik,lembut...perfectla..sama lah kalau tengok mak aku..sebab mak pun pakai tudung labuh..mak nampak lembut,manis,,bila aku nak ikut jejak langkah mak...dulu pernah juga pakai tudung labuh tapi 5 bulan je..lepas spm dah hilang..iman tak kuat...

dulu memang niat nak istiqamah nak pakai tudung labuh..tapi tak tau mane silapnya tak lekat..aku rasa aku perlu seorang pebimbing supaya aku bole terus istiqamah..doalah aku dapat pembimbing tu..

Saturday, September 11, 2010

syawal datang lagi...

alhamdullillah...syukur pada ALLAH aku dapat sambung raya lagi....ALLAH saja tahu macam mana aku rasa..malam nak raya tu rasa macam nak lompat-lompat...tak sabar nak raya..tapi macam tak sedia pulak..rumah belum kemas sangat,,cat pun belum siap..itulah kiteorang satu keluarga...suke buat keje last minit..hahaha..tapi tahun ni mak pemenang antara pakcik dengan mak cik aku..sebab mak siap masak dulu..selalunya mak dapat nombo corot sekali...hahahhah..

tahun ni pagi raya aku tak mandi awal pagi macam selalu..terlambat bangun,,dreaming banyak sangat...abang adik abah dah siap2 nak semayang raya..pagi tu ramai datang bayar zakat..kesian abah terkocoh-kocoh....kiteorang yang anak dara macam biasa la jadik bibik....kemas rumah...lepas abah balik semayang patutnya minta2 maaf tapi semua banyak hal..tapi mintak maaf tetap mintak maap...lepas kiteorang pakai cantik2 masa nak pergi rumah pak cik aku..kiteorang pun mintak maaf la..abah macam nak nangis pulak..tak boleh btol aku...jangan nangis bah,,please bah...abang ngan akak aku bagi duit raya..lumyan btol raya ni..huhuhuh..

tahun ni kene belajar bawa kereta sampai kampung..manfaatkan lesen yang ada..hehehe..kereta banyak sangat..aku macam selalu lah bawak kereta tak lebih 100...abis kene hon dengan orang...ish2 tak menyabo betul la orang ni..tapi sabo jela..raya kan.... apa2 pun syawal ni kena puasa jugak..puasa syawal...orang melayu panggl puasa enam...walaupun tak wajib tapi rugi tak buat..insyaallah aku barazam nak buat..jom kita buat sama-sama.....


selamat hari raya...
maaf zahir dan batin....

Aarrgghhh…..akaun lagi….

Isnin 4.00 ptg…lepas 6jam rehat dalam bilik kena pegi kelas akaun…aduhh….lemah lutut,,lemah jiwa,,first2 belajar memang fun sangat,,,belajar benda baru,,mesti semangat pun baru,,belajar asset,current asset,capital,liabilities,,,,errmmm senang jugak ni,,ada la macam kacang soya,,buat homework balance je..tak pernah miss buat homework…





Makin lama belajar makin susah…bukan susah sikit tapi sikit je yang tak susah…dah mula belajar bad debt,depreciation,revenue,expenses,prepaid,accrued,*&%$#@..ooohhhh tidak…kesian pn rahayu..penat dia cakap..penat dia ajar,,,aku susah juga nak faham..belajar kat kelas tapi otak kat rumah la,bilik la,dewan makan la,..Ya ALLAH….kenapa ak susah sangat nak bawak subjek ni…



Bila raya puan bagi assgment macam cuti 2 taun,,,naik cuti kene pass up…peningnye..setiap kali buka je kertas assgment tu tak smpi sejam dah tutup balik…banyak kali study tapi tepu juga otak ni…ni la ujian aku dari ALLAH…aku kene terima sebab orang lain lagi besar dugaan dari aku..









Ooohhh…..akaun….akaun…akaun…

Tuesday, September 7, 2010

Kehebatan AL QURAN….

Kita sebagai hamba Allah wajiblah mentaati perintah Allah…islam adalah agama dari ALLAH



Sebagai umat islam sepatutnya dapat merasakan kemanisan dalam islam..islam sentiasa mengajak kita melakukan amal makruf nahi mungkar…tiada dalam agama lain…islam juga berteraskan dua sumber iaitu Alquran dan Sunnah..jika kita berpegang kepadanya,,tidaklah kita sesat selamanya…segala rahsia dunia terdapat dalam Al quran..segala ilmu seperti ilmu mantik,geometri,sains,fizik dan banyak lagi terdapat di dalam Al quran..



Apa yang disebut dalam Al quran semua berlaku pada hari ini seperti balasan Allah pada orang yang tak beriman,,,orang islam yang semakin sesat pada akhir zaman.,banyak berlaku perbalahan,,pembunuhan,,maksiat berleluasa,,kini apa yang disebut dalam Al quran benar2 terjadi..tiada sesiapa yang dapat menolaknya..segala persoalan yang ada di bumi ini ada jawapannya di dalam Al quran..kita juga boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan menggunakan ayat Al quran…sungguh hebat Al quran…tiada bandingannya….

AIR MATA SUBUH.......

Satu hari subuh berasa sangat haus,,,subuh teringin nak minum air buah tahjud,,air mata taubat,,air buah keinsafan dan ketaqwaan,,subuh keluar dan ke perigi untuk minum air-air tu,,subuh tengok dalam perigi semua air-air tu dah tinggal sikit sangat,,subuh terus berjalan untuk mendapatkan bekalan tu..



Subuh ketuk pintu rumah pertama yang ada kat situ,,subuh ketuk berkali-kali tapi tak ada orang yang buka pintu untuk berikan subuh air-air tu…subuh rasa hampa,,lalu subuh ketuk pintu rumah yang kedua,,banyak kali subuh ketuk,,tapi tetap tak ada orang yang buka pintu,,,subuh rasa sedih sangat…subuh kecewa kenapa tak ada orang yang nak bagi subuh air..subuh pelik kenapa dah tak ada orang yang ingat lagi pada Allah..



Akhirnya subuh ketuk pintu rumah ketiga,,kali ini subuh gembira sebab ada orang yang buka…orang tu hanya dapat bagi subuh air buah zikir dan air air doa..tapi subuh tetap gembira walaupun tak ada lagi orang yang nak bagi subuh air buah tahjud,air mata taubat,dan air buah keinsafan dan ketaqwaan,,tapi subuh tetap syukur kepada Allah kerana ada lagi orang yang beriman kepadanya,,,subuh pun pulang dan berazam untuk minta lagi air-air itu pada keesokkan hari,,



Reunung2kan lah………

Saturday, September 4, 2010

SleeQ - Cun Saja

saya cinta awak....

satu hari buku saya jatuhkat dalam longkang...sumue tengok saya,,semua ketawa..saya malu..tetiba awak datang,,awak tolong saya,,itu kali pertama saya nampak awak,,awak senyum pada saya,,jantung saya berdebarsangat..tak pernah saya rasa macam tu pada laki...lepas tu awak ckap"lain kali hatihati sikit"..awak pun pergi..tak sempat saya nak ucap terima kasih..

lepas kejadian tu saya selalu selisih dengan awak..dekat library..kat dewan makan..kat tempar bersukan dan pernah gak selisih dgn awak kat masjid...tapi say sedih awak tak pandang saya pun...awak mcm x pernah kenal saya..mase saya tengah riadah sorang2..saya terjatuh..kenapa saya selalu buat hal je...tetiba awak muncul lagi..awak tny saya sakit ke tak??...jantung saya berdebar lagi..lepas awak pnggil budak2 perempun kat situ tolong saya..awak langsung tak sentuh saya...awak laki yang baik..lepas tu awak terus pergi.. tak sempat lagi saya nak ucap terima kasih..

walaupn dah dua kali awak tolong saya,,tapi awak tetap tak pernah pandang saya..saya tak harapkan awak suka saya,,,tapi saya nak awak snyum pada saya..Ya Allah..berdosany saya fikir macam tu...lama2 sya dah tak mengharap pada awak..satu hari saya nampak awak kat library..awak tetiba pandang saya..ini kali pertama...saya suka sangat sebab awak senyum kat saya walaupn senyuman yang kecil sahaja..pernah juga saya doa dapat suami macam awak..lepas saya graduate,,ada orang minang saya..saya tak nak sebab saya cuma nak kn awak..tapi  tu tak mungkin,,sebab ckap dengan awak pun tak pernah..saya terima saja lamaran tu sebab itu pilihan ibubapa saya..awak saya dah lupakn..saya tak pernah lihat tunang saya,,cakap atau sms pun tak pernah..mungkin makbapak dia paksa dia kawin dengan saya..ermm entah lah...

hari ni hari pernikahan saya..saya tak rase pape pun sebab saya tak knal bakal suami saya.."Aku terima nikahnya........................................."..mulai saat ni saya sudah jadi isteri orang..boleh ke saya cintakan suami saya yang tak pernah saya kenal??..tetiba awak masuk bilik saya..saya terkejut sangat...sapa jemput awak datang majlis saya,,,awak pun terus datang kat saya..awak sarungkan cincin kat jari manis saya..saya tergamam..semua orang ambil gambar kita..Maha suci Allah...ruparupanya awaklah suami saya..saya menitiskan air mata,,,saya bahagia,,,awak lap air mata saya,,awak bisik kat telinga saya..."saya cintakan awak...sekarang awak milik saya"...awak kucup dahi saya..air mata saya makin laju..rupa-rupany awak pun cinta kat saya,,tapi awak tak nak cinta tu makin subur sebelum ada ikatan antara kita..awak suami yang baik,,,awak didik saya,,awk jage saya,,awak buat saya bahagia...wahai suamiku aku mancintaimu.

Friday, September 3, 2010

hai wanita..

hai wanita sayangilah dirimu,,
jagalah maruahmu,,
jagalah akhlakmu,,
jagalah pergaulanmu,,
jagalah perkataanmu,,

hai wanita,,,
janganlah kau mudah diperdaya dengan pujuk rayu
sang jejaka pemusnah,,,
janganlah kau menggadaikan apa yang kau ada kerana cinta,,
janganlah kau perlihatkan tubuhmu kerana nafsumu,,
jangan mudah kau memberi cinta kepada sesiapa melainkan ALLAH..

hai wanita,,
sama-samalah kita sujud kepada ALLAH,,
sama-samalah kita bermuasabah diri...
ingatlah bahawa azab ALLAH amat perit,,


jom wanita kita jadi mujahidah solehah!!!!!!!!!=)

Thursday, September 2, 2010

tiap kali pose...kesian tengok mak..

Bangunbangun!!!!!sahur....jgan nk mals2..
suare 2 yg akan kteorg dengo stiap kali kol4.45 pagi mase pose...sume terkulat-kulat bngon..
pnat mak masak pagi2 buta tp sume mkan mcm x nk makan je...mmg teringin nk tlg tp x trbangon plak..hahaha...tp kadang2 tlong la..

pas abis sahur ak kemas la meja...ksian ngn mak..pas subuh kdng2 ak tido..bile ak tetido mak mst wat keje uma..serba salah ak tgok..mak x pnah mgeluh..kdg2 ak nk wat keje bnyk2 mak ckp...x pyah nnt pnat..Ya Allah muliany hati mak..

nnt mase buke pose mak gak masak..abah suke mak masak..ak bru blajo2 je masak..stakat simple2 2 bole la..nnt mak mst risau,,,masin x,sedap x..yela pose x bole rase..mak tnggu kteorg makan bru mak makn..terharu ak..

bile mlm...mak teringin nk g tarawih kt masjid,,tp abah x kasik..abah ckp,,pempn x baik g masjid..elok smyng kt uma..tp btol la bpak ak ckp..mak ttat ngn abah,,x pnah lawan...mse pose  mak mst asyk mgemas je..lagi2 kalo nk raye,,kalo kteorg blik cuti lmbt sume mak yg wat,,,sian mak..mak ak dh 51...bkan mude lag..ape pe pn nani syg mak sngt2...I LUV U MOM...

Wednesday, September 1, 2010

stupid reason x nak pki tudung!!!!!!!!!!!!!!!!!

mase ak baru msok uitm ni,,besela kne ragging..minggu orentasi sume kne baik..yg free hair kne pki tdung,,,kne pki bj kurung..sume nmpk baik la..ak plik gak ade certain2 yg cun tp pki tdung senget2...upeny dyeorg  free hair...x kesah la,,hak msing2..

tp yg ak panas,,bile dengar perbualn dyeorg...ade tiga org..ak bg name A,B dn C,,
A:panas btol la pki tudung..abis rmbut ak terperap..
B:aah...knp la nk wajibkn pki tdung...
C:btol2,,,ak sebenony x pki tudng ade sebab..
B:ape sebabny??
C:leceh la pki tdng...pas2 kne belit2,,mlas,,pnas plak..ak kalo pki tdng makin x cntik..ak ak pn x kesah..
A:sama la..

tp yg ak bengang skali dye ckp..TUDUNG SKRG NI MAHAL LA..MEMBAZIR JE...peh mcm 2 ek org islam...ape nk jdik...:(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...