Sunday, November 20, 2011

alahai....

assalammualaikum...

sekian lama opah tak menaip,mengomel...
hari 20/11/2011 tamatlah tarikh sebagai suri rumah
dah kena balik universiti..
perasaan tu tak rasa apa-apa..cuma rasa
sikit kecewa dengan result sem lepas..
baru berangan nak dapat anugerah naik canselor..
alahai melepas...walaupun pointer masih lagi
tahap boleh jadi tauke getah dekat segamat..
"man jaddah wa jaddah"
siapa berusaha dia akan berjaya...kurang usaha ni cik opah..
try lagi sem depan..lagi sikit je pointer tu..

bila opah merungut,keluh tak dapat dekan ni..
mula lah orang mengata."alah..baru drop sikit dah nak bunuh diri"
please..aku ada iman lagilah..
daripada bunuh diri baik bunuh orang..kihkih..
ok..opah sedar..mengeluh tak berguna...

eerrmm..suasana kat U untuk first day ni macam biasalah...
time ni lah nak teringat mak abah..
time ni lah baru perasan mak masak sedap..
time ni lah rase katil rumah tu empuk sangat...
time ni lah rasa membazir asyik tidur kat rumah...
nampak sangatlah kurang bersyukurnya tu..
bila bukak facebook,,eerrmmm lagi mebosankan..
dari atas sampai 100 older post,,,semua letak entry yang sama..
contohnya:
"emmmmaaakkk,,nak balik..."
"teringatkan rumah...bila nak cuti sem ni.."
"sedihnya nak balik U ni"
"rindukan bantal peluk"..
"malasnya nak sambung belajar"

aduh..boring lah..cuba letak post2 yang membakar semangat sikit..
contohnya :
"inilah masanya untuk aku mencapai kejayaan"
"semangat aku berkobar-kobar di pintau gerbang ilmu"
"akan ku cari ilmu hingga otak ku tidak berfungsi"
"menimba ilmu itu bagi mendapat chicken rice combo di kfc"
aaaa...kan rasa semangat sikit nak belajar...ni sibuk mengeluh...

itulah orang kita..especially orang melayu..
hidup asyik nak senang..tapi malas usaha..
ceehhh..macam emotional sangat pula opah ni..
yelah tengah frust tertonggeng ni..
takpa..opah akan buktikan sem ini opah akan dapat dekan lagi...

"jika kau fikirkan kau boleh..kau pasti boleh melakukan..
jika kau fikirkan ragu2..blablabla.." ok sebenarnya tak hafal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...