Wednesday, September 29, 2010

tauBaT nAsuHA.......

ASSALAMMUALAIKUM….

Sebenarnya saya bukanlah seorang yang pandai dalam agama..saya sama seperti manusia lain yang kerap melakukan kesalahan…tapi kita perlulah beringat bahawa kita akan kembali kepada ALLAH…dengan mula menulis blog,,saya harap saya dapat memperbaiki diri..

Hari ini ada seorang kawan yang bertanyakan tentang taubat nasuha..saya bukanlah pandai untuk menyatakan tentang taubat nasuha..berkenaan taubat nasuha ALLAH berfirman”wahai orang-orang yang beriman! taubatlah kamu kepada ALLAH dengan taubat nasuha..mudah-mudahan tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai”…taubat nasuha ialah berhenti melakukan kesalahan dan tidak akan mengulanginya…namun orang yang bertaubat adakalanya lalai sampai akan ulangi kesilapan lagi…

Saya bertanya kepadanya adakah dia pernah melakukan dosa yang besar kepada ALLAH??..tapi dia hanya senyap..dia tak berkata walau sepatah.dia bertanya lagi.”macamne nak tau kalau kita dah taubat nasuha??muka sahabat saya merah mcm tahan untuk menangis..saya terangkan..

1.menyesali perbuatan kita yang salah..
Kita perlu membuat pengakuan kepada ALLAH bahawa kita telah melanggar perintahnya.. nyatakn bahawa kita amat menyesali perbuatan kita itu..

2.memohon keampunan kepada ALLAH..
Kita perlu memohon keampunan daripada ALLAH..firman ALLAH:
“dan juga orang2 yg apabila melakukan perbuatan keji,atau menganiaya diri sendiri,mereka segera ingat kepada ALLAH lalu memohon ampun dosa meraka.sememangnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan ALLAH…
(surah ali imran:ayat 135)
Tapi cara yang terbaik adalah solat sunat taubat.solat dua rakaat dan diakhirnya kita berdoa agar ALLAH mengampunkan dosa kita..
3.berhenti melakukan kesalahan..
Jika kita telah bertaubat,kita perlu mengelakkan melakukan perbuatan tersebut semula.jika dia berzina,berhentilah dari melakukan zina..kita perlu ingat azab ALLAH sesungguhnya amat perit..

4.beriman dan beramal soleh..
Apabila kita sudah bertaubat..kita perlulah entisa melakukan amal soleh..firman ALLAH:”sesungguhnya aku yang memberi ampunkepda orang2 yg betaubat serta beriman dan beramal sole,kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.”(surah ta’ha 20:82)
Dengan melakukan amaln soleh kita akan terhindar dari melakukan maksiat..

Saya tidaklah menerangkan kepada rakan saya seperti di atas..hanya beberapa sebelum saya merujuk semula di buku al quran dan sunnah yang telah lama saya tinggalkan..banyak yang perlu saya remind balik apa yang saya belajar dulu..kawan saya menitiskan air mata..dia kata dia belum sedia nak ceritakan kepada sesiapa..biarlah dia dan ALLAH yang tau masalah ini..saya akur dengan kata2nyaa..kawan saya pun terus pergi..masa tu sya pulak yang nk nangis..saya tertnya ape yg telah sahabat sy lakukan..moga ALLAH memaafkan dia,,amin..

solatlah wahai muslimin...

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan sedang dalam kesedihan...

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘masuklah kedalam'dari dalam, wanita  itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.
Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut untuk kataknnya,” jawab wanita  itu. “Katakanlah, tidak perlu kau takut,” desak Nabi Musa.
 
Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina wahai nabi musa.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “dan saya telah hamil.. Setelah anak itu lahir, saya…cekik lehernya sampai mati,” cerita wanita itu sambil menangis teresak-esak
Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana marah.
Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.
Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”
Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari  wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang keji itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”
Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian segara memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.
Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.

dari cerita ni..kita dapat bayangkan bertapa pentingnya solat..tapi kenapa solat hanya dibuat permainan??renung-renungkanlah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...