Wednesday, December 21, 2011

gelagat budak uitm segamat...

assalammualaikum...

selamat pagi,,sobahalnur...hari ini terasa sangatlah
segar badan ni lepas solat subuh...sebab hujan 
tak berhenti kot..itulah rasa sejuk semacam..
nampaknya hujan dekat segamat ni tak berhenti-henti..
tak silap opah dari hari sabtu kelmarin...
minta2 ini hanya rezeki Allah dan bukanlah bala untuk banjir...

oleh kerana hujan tak berhenti..ramai lah orang2
yang kurang bersyukur ni merungut..kadang2 tu rungutan diaorang
panas telinga opah dengar...contohnya..

"aku tak suka betul cuaca sekarang..menyusahkan betul...
habis kain baju aku tak kering,,kalau nak hujan tu jangan la
terus direct..aduhhh bencinya.."
banjir di johor 2011

ini baru suam2 je telinga opah dengar...adalah yang lagi
teribble sangat-sangat dan sangat...

"cil... hujan lagi...kalau banjir macamna nak balik
rumah..tiket dah beli..aduh bo.... betul lah..."

haaaahhhh...ini baru panas telinga dengar...kalau
yang cakap tu adik opah ke,,kawan baik opah ke
memang siap kau kene bebel...tak bersyukur langsung...
pelajar2 uitm segamat pon sibuk mengpost bermacam-macam
pasal kebakalan banjir di segamat...
sampai ada yang buat cerita yang uitm bagi balik awal sebab takut banjir..

cerita rekaan itu telah tersebar di seluruh uitm...
ramai yang dah suka sangat..tapi kesian...
rupanya khabar angin kosong je...gelak je pengarah uitm dengar..
bila kejadian macam ni jangan terlalu risaukan nak balik...
tapi banyakkan berdoa agar Allah tidak turunkan bala kat kita...
walaupun opah pun risau jugak kalau banjir...
yela siapa yang nak duduk kat uitm ini masa cuti seminggu...
johor bahru

ok..opah menyeru kepada semua warga uitm segamat...
jom lah doa sama2 agar tak berlaku banjir kat sini...
bukan sibuk mengpost cerita2 khayalan dekat facebook..
terimalah kenyataan yang pengarah tak kasik balik awal..
hahahhahaha....

tapi kat johor dah ada tempat yang banjir..
kluang,batu pahat,chaah,dan johor bahru..
semoga Allah permudahkan urusan kita dan tidak turunkan bala
banjir di tempat tinggal kita..:)


Wednesday, December 14, 2011

bertambah umat islam..


assalammualaikum...

apa khabar semua..akhirnya opah sempat menulis blog hari ini..
selama ni asyik tak sempat je..
buzy mengalahkan perdana menteri sri lanka..kihkih
hari opah nak kongsi video pasal seorang muallaf..
nama beliau lu joey..seorang wanita berbangsa cina kristian...

semalam lu joey datang ke uitm segamat untuk berkongsi cerita...
dan opah tersangat tertarik dengan
kisah pengalaman dia semasa hendak memeluk islam...
opah pon tak sempat nak cerita banyak...
tengoklah video ni...:)
semoga ALLAH memberikan hidayah kepada hamba2Nya
yang masih lagi kufur...:)




seriously orangnya sangat cantik dan cute..

Friday, December 9, 2011

contest blog simple but awesome.:)

assalammualaikum..

di hari yang free dan indah ni..opah telah
berhajat untuk menyertai satu contest yang dibikin
oleh seorang wanita yang mempunyai nama yang sangat indah..
iaitu nurul hanani ..heheh(nama kita sama la heheh)
selama setahun opah yang tak famous ni berblogging..
ini first contest yang opah join..atas sebab musabab yang kukuh dan valid..

ok..sebelum opah mengarut tak tentu pasal...
opah nak cadangankan contest ini kepada..
member  opah iaitu en hot dan embah opah
dan nana...semoga di bulan muharam  yang mulia ini..
opah akan menang..heheheh...

Saturday, December 3, 2011

opah skodeng orang!!!!!!!!!!!!!!!

assalammualaikum...

hari ni opah nak bergosip..best punye gosip..
lagi hot dari gosip anak chef wan menipu...kihkihkih..
tadi,,tepat pukul 2.10 ptg..masa opah tengah study BICOM
opah terdengar bunyi kereta
kat bawah kolej opah..biasalah bunyi kereta..memang selalu ada
kereta yang datang kat bawah kolej opah..
so tak interested langsung nak tengok..

selang beberapa minit tu,,opah rasa ngantuk pula baca buku ni..
opah pun bangun dari meja study..nak senam2 sikit..
kasik hilang rasa ngantuk ni...tetiba opah rasa macam 
nak jengah tingkap..mana tau yang datang tu justin timberlake ke,,
aaron aziz ke imam muda hassan ke..wahhh excited gitu..hahah
tapi harapan ku meleset..yang opah nampak sebuah kereta waja
yang berwarna putih..dalam kereta tu ade dua orang manusia..
yela tak kan dalam kereta ada ayam belanda pulak..
manusia tu bergender male dan female..




mula2 tengok rasa biasa je..maybe adik beradik kot..
abang opah pun pernah hantar opah balik u..
tapi perbuatan diaorang membuatkan opah rasa luar biasa..
mula2 lelaki tu pegang peha perempuan tu..aikk lain macam dah ni...
tak kan adik beradik nak pegang2

ade syaitan kat tengah2 tu

lepas tu pegang2 tangan..cium2 tangan..
picit2 hidung,,cubit2,,picit2 bahu.
entah pegang apa lagi ntah..opah tak berapa nampak sebab
opah tengok dari atas..dari tingkat3..muka pun opah tak nampak jelas..
lepas 5 minit berpegang-pegang..
opah nampak laki tu bagi sesuatu...duit kot..
perempuan tu pun simpan dalam wallet..lepas tu dia cium tangan lelaki tu..

pegang2 tangan berterusan..opah pun terus skodeng sampai habis..
agak2 buat yang lagi haram memang opah
rakam lah..lepas tu hantar kat pak guard..hahaha
tak pun upload kt youtube ke..facebook ke...baru padan muka..
opah hanya dapat mencegah melalui hati je..walaupun itu ialah cegahan selemah-lemah iman..
tak mampu nak cegah guna tangan..
nanti orang kata  jaga tepi boxer orang lain pulak..

first time rasenya opah tengok agenda tu depan mata..
takut tengok couple2 zaman sekarang ni..
opah doa agar opah tak berkelakuan
macam diaorang tu...semoga Allah kuatkan iman opah

kawin untuk elakan maksiat

agar tak melakukan perkara tersebut...
biarlah lelaki pertama yang opah pegang ialah suami opah sendiri..
amin...

kalau nak pegang2 kawin la dulu....

Friday, December 2, 2011

apa nak jadi




assalammualaikum...

lepas opah tengok video ni...speechless
rasa macam koyak,remuk luka hati ni....
walaupun he not my relative
hidup manusia yang beragama islam sekarang semakin tak boleh 
diterima oleh akal...nak menangis pun ada tengok video ni..
dulu bapak rogol anak...sekarang ibu yang rogol anak...
nak jadi apa pun tak tau...

kalau opah jumpalah perempuan dalam video ni..
memang aku sekel kepala dia sampai lembam....
eee  geramnya....








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...