Monday, April 15, 2013

kenapa aku suka matlutfi???

Assalammualaikum!!!

bagi siapa yang minat tengok you tube..
minat download video..dia insyaallah akan mengenali
si mamat kurus kedingkiyang yang sangat popular
dan hot masa kini,,iaitu matlutfi..
aku start umur 19 baru kenal dia,,sebab kawan aku
tunjuk video hari ibu..masa tu rasa matlutfi hensem
gila,plus dengan study oversea..wahh cukup syarat dah..
hahaha..lama-lama tengok biasa je,,taraf bawah abah aku lah..
hehehehe

apa-apa pon,aku memang tak pernah miss tengok
video si matlutfi ni,,siap download kaw..
time2 stress aku akan bukak,,sebab video dia buat aku
ketawa,tersenyum dan buat aku susah nak fikir dengan waras..haha
aku pon tak tahu apa reasonnya aku cerita
pasal mamat sorang ni..maybe saja
nak berkongsi hobi,,atau saja nak bagi tau youtube rumah aku
sangat laju..kuikui..

aku sebagai student macam matlutfi,,
aku sarankan,,wat la video banyak2 lagi yer
matlutfi,,sebabnya streamxy rumah aku
 takde limit nak tengok youtube..(takde kene mengena)
oklah aku bagi dua video yang aku sangat suka..







enjoy it.. :)

Sunday, April 14, 2013

ramainya student nak kahwin....

assalammualaikum!!

cerita kegemaran bebudak sekarang adalah kahwin...
pantang dengar orang nak kahwin,dia excited lebih..
lepas aku habis paper final exam kelmarin..
dapat banyak cerita kawan-kawan aku
ramai yang nak kahwin masa cuti 5 bulan ni...
mungkin wabak kahwin muda dena bahrin dan irine nadia
dah terkena kat diaorang..tapi sweet tengok dena bahrin dengan
irine nadia,,sama cantik sama padan..

terasa sedikit kecewa bila dengar orang kahwin...
sebab aku kawan lelaki pon tak ada..
inikan nak ada calon suami yang soleh dan kacak..haha
hanya bermimpi di siang hari..
aku tertanya,dah sedia ke kawan-kawan aku ni nak kahwin..
aku rasa kami ni masih macam kanak2 ribena..
sikit-sikit masam muka,,sikit-sikit merajuk,sikit-sikit bergaduh..
kalau aku ni memang belom layak la..
sebab  masak nasi goreng je expert..huhu..

dekat uitm segamat aku tengok makin ramai
budak pergi kelas dengan perut menbuyut..
buyut bersuami la..kesian pon ada aku tengok..
yela kelas kat utim segamat ni jauh dari hostel..panas pulak tu..
kesian mak baby tu..muka seposen je jalan perlahan-lahan..
mungkin baby dia tengah menendang masa tu..

aku pon pernah berangan nak kahwin masa belajar..
balik kelas suami jemput,,,pergi kelas suami hantar..
bila exam suami teman stay up,,
suami buatkan nescafe biar tak mengantuk..kalau ada masalah
pelajaran mengadu kat suami...hahaha,,kuat berangan aku ni..
baru 21tahun,,makan pon mak abah yang tanggung..
fikir belajar la dulu,,kalau anak raja yang datang minang
baru boleh fikir pasal kahwin 24jam..

btw,,kepada kawan2 aku yang akan
melangsungkan perkahwinan tahun ni..
semoga berbahagia ke akhir hayat,,semoga jadi isteri dan ibu
yang solehah..


Saturday, April 13, 2013

personaliti baru

Assalammualaikum!!!


sudah berjaman tidak ku mengarut di sini..
tajuk atas tu personaliti baru,,
maksudnya takde panggilan opah la,,tapi kalau nak panggil pon takpe..
lepas ni aku akan memenuhkan blog aku ni dengan entry
yang agak menarik (perasan) oleh kerana aku akan menghadapi
cuti selama 5 bulan..5 bulan jah,,kemain lama lagi...

mungkin banyak idea-idea baru yang boleh aku ceritakan..
mungkin berkenaan hidup aku,,mungkin pasal kahwin..
mungkin pasal jiran sebelah,,mungkin pasal movie,
dan yang sewaktu dengannya..

aku terpaksa berhenti di sini oleh kerana adik aku
takut nak tengok cerita case 39..
kenelah den temankan...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...