Tuesday, May 29, 2012

nugget dan hinggus...

assalammualaikum..

hari ni opah pergi pasar kat putrajaya..
pasar tu setiap hari selasa dan jumaat..
sebulan opah duduk putrajaya..ini first time pergi pasar ni..
pasar ni memang besar..4kali ganda pasar kat kampung opah..
bila dah besar,,orang pun mesti ramai,,
sesak sana sini,,,sana ada manusia..sini ada manusia
dah namanya pasar,,mestilah ada manusia..
kalau ada makhluk asing bukan pasar namanya..



ini lah pasarnya hasil dari google..


opah pergi pasar dengan abang opah,,kakak ipar dan 
kakak ipar punya adik..kira biras opah la...
dekat setengah jam follow abang opah,,,
rasa macam tak best je jalan dengan orang tua ni..heheheh
opah pon ajak biras opah yang bernama munirah jalan2 sendiri
kalau jalan dengar dengan orang sama umur ni senang sikit..
sekepala...minat pun sama..nak tengok2 baju dengan tudung..


nak dijadikan cerita,,biras opah ni teringin nak makan nugget..
kiteorang singgah satu kedai mak cik ni..
banyak jenis nugget ada,,nugget sotong,,udang,,ayam,,
mak cik tu ada anak..anak dia kecik lagi..
umur dalam 10tahun..opah punye puji dalam hati..
sebab budak tu pandai buat keje,,pandai layan customer..
kalau adik opah memang dah lama opah belanje makan domino..

opah dengan munirah pon sibuk memilih nugget..
pilih punye pilih,,akhirnya kiteorang decide nak beli
4 jenis nugget...budak kecik tu pon bungkus nugget opah..
opah pun bayar..adik yang rajin tu pon mengira-gira 

ni ok lagi boleh tutup mulut

untuk duit baki..tetibe die bersin...hhhhhaaaaccccuuummmmm...
boleh la tahan kuat..dan tanpa di sangka..
hinggus die meleleh..eh bukan meleleh tapi meletup..
itu kot istilah yang boleh korang bayangkan..
penuh kat tangan dia..opah tutup mulut..
sebab tahan nak termuntah,,adalah bunyi sikit..uuuwweeekk...

dia rilex je..lap kat baju..lepas tu bagi duit baki..
masa tu opah bayangkan nugget2 opah ni
nampak cantik mungkin sebab titisan jernih+ tak berapa nak jernih
hingus adik tadi..kalau korang jadi opah selera ke nak makan,,
haaiisshhh..nak salahkan pon tak boleh..
dah dia memang nak terbersin kat situ...
haiii budak2 ni,cubelah bawak napkin..



Monday, May 28, 2012

politik dan kawan...

Assalammualaikum...

oleh kerana sejak 2 bulan ni
asyik cerita pasal politik je..opah pun nak cerita sikit
bukan nak cerita opah ni sokong mana..
umur belum cukup,,lagi 4tahun baru layak mengundi...
opah nak cerita pasal politik dan kawan..


bila membahas pasal politik..
semua ada pendapat sendiri...ada yang sokong
parti hijau,,ada sokong parti biru...ada sokong parti
merah biru dan yang lain2..
tapi bila masing2 dah mula mengeluarkan pandangan
masing2 kat facebook atau twiter,,,
akan berlaku fenomena pergaduhan
kawan pun boleh jadi musuh..betul tak??
haiisshh..inilah orang2 kita..fikiran belum terbuka..
sikit2 nak bergaduh,,cuba lah dengar pendapat masing2..
lepas kalau rasa betul terima..kalau rasa 
tak betul jangan ikut..dan tak perlu bergaduh..
politik itu penting,,tapi silaturrahim lagi penting..

tapi opah memang tak sabar nak tunggu 
pilihan raya..semoga pilihanraya tahun ini
dilaksanakan dengan ADIL...




tapi program macam ni tak perlu kot..

Monday, May 14, 2012

11 orang yang didoakan oleh malaikat

assalammualaikum

Rasanya dah lama tak mengupdate blog..
sebab tak ada idea..
orang pon tak kisah,,sebab kita bukan popular..
2mei yang lalu opah mengikuti kursus jpk
untuk uitm segamat di desaru..
opah dapat ilmu dari tazkirah maghrib kat sana
  ni opah nak kongsi 11 orang yang didoakan oleh malaikat..
semoga kita tergolong daripadanya...

1.Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
Rasulullah S.A.W bersabda,maksudnya :“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”







2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ 



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’” 



9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”


10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”


11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...