Tuesday, August 16, 2011

suami aku skema.......

assalammualaikum...

hai semua..nama aku ecah...dengar nama macam kampung...
tapi sebenarnya aku orang bandar..
aku tinggal kat sebelah rumah dato najib...
nama sebenar aku aisyah orlando depp...
aku bekerja sebagai pembantu kewangan sailormoon...

aku dah berkahwin...nama suami aku..haikal...
skema kan nama dia???
acctually dia ni memang skema...
korang nak tau tak macam mana aku boleh...
terkahwin dengan mamat ni...
kalau tak nak dengar...sila tutup mata...

sebelum bekerja..aku belajar kat..
unversiti mengelembu di subang telinga berjaya...
aku ambil course "aku ingin menjadi perempuan tulen"..
aku ambik course ni sebab bangla jual karpet
kat rumah atuk aku cakap aku ni tomboy...
so untuk membuktikan aku wanita...
aku ambiklah course ni...


aku sungguh seronok belajar di sana..
sebab ramai lelaki...mula2 aku confius...
kenapa ramai lelaki???sekarang aku dah tau..
sebab diaorang nak jadi perempuan lah...
setahun lepas grade...aku telah menjadi wanita tulen...
suatu hari...aku berjumpa seorang lelaki yang sedang..
membuat latihan addmath sambil bermain scrabble..
di tepi longkang depan rumah flat jiran aku...
aku tertarik dengan kehebatan dia...

aku mula mengurat dia...muka dia sungguh kacak...
kulitya putih gebu bak zila bakarin..
matanya sepet seperti lee chong wei...
wooowww...aku semakin tertarik...
dia memakai cermin mata yang lebih besar dari bola tenis...
itu kelebihan dia...orang cakap dia skema..
aku tak kisah...yang penting dia bersinar di mata aku..

kami pon berkahwin...
haikal bekerja sebagai penasihat wanita hamil...
seminggu usia perkahwinan kami...
aku amat bahagia..dia seorang yang terurus...skemalah katakan..
semuanya nak sempurna...
namun hari berganti minggu...minggu berganti tahun...
haikal semakin annoying...
setiap pukul2 pagi..dia akan mengejutkan aku bangun tidur..
kerana dia tak mahu aku lewat pergi kerja..
dia nak aku sentiasa panctual...

dia memaksa aku mengosok semua 
alas meja,,langsir,,lap kaki toilet..tuala mandi,,sarung kusyen..
alasannya dia tak suka benda2 yang berkedut...
haikal juga akan memastikan aku mengukur semua
bahan masakan seperti lobak,,daging,,kacang panjang,,
ikan,, agar semuanya dipotong sama saiz sebelum dimasak...
alasannya untuk kelihatan sempurna...
yang paling melampau..dia suruh aku pastikn,,
setiap butir nasi yang aku masak,,sama warna,,saiz,,dan berat..

setiap kali kami keluar...haikal akan  "menyiapkan" aku
dia akan memakaikan aku baju mengikut 
warna beg tangan,,tudung,,jam,,gincu,,celak,,
blusher,,kasut,,stokin....
satu hari tu..aku kena tangkap dengan polis
seluruh badan aku disaluti warna kuning..
baju kuning,,gincu kuning,beg kuning,blusher kuning..
kasut kuning..aku tak tahu kenapa aku ditangkap..
tapi ia amat memalukan aku...
aahhh...keterlaluan kamu suami ku...

aahhh...skema sangat kau wahai suami ku...
semakin lama aku semakin tak tahan...
aku mintak haikal tinggalkan aku...
dia setuju..tapi dia memberi syarat kepada aku...
tapi tak mungkin aku boleh memenuhi syarat itu...
aku bukan harry porter..aku bukan si peri...
aku manusia biasa...aku tak ada magic..

haikal meminta aku memulangkan terunanya..
sungguh kejam syaratmu...
aku tak dapat memenuhi syaratnya..
itulah sampai sekarang aku hidup dengan dia...
siang malam aku berdoa agar dia mati cepat...
boleh lah aku berkahwin dengan orang lain...
sungguh sedih hidup ku..
ini kerana suami ku skema.....


p/s: rekaan semata-mata..tak ada kene mengena dengan sapa2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...