Monday, May 14, 2012

11 orang yang didoakan oleh malaikat

assalammualaikum

Rasanya dah lama tak mengupdate blog..
sebab tak ada idea..
orang pon tak kisah,,sebab kita bukan popular..
2mei yang lalu opah mengikuti kursus jpk
untuk uitm segamat di desaru..
opah dapat ilmu dari tazkirah maghrib kat sana
  ni opah nak kongsi 11 orang yang didoakan oleh malaikat..
semoga kita tergolong daripadanya...

1.Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
Rasulullah S.A.W bersabda,maksudnya :“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”







2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ 



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’” 



9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”


10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”


11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Wednesday, March 14, 2012

final exam

assalammualaikum

rasanya dah lama tak update blog ni..
tak sempat nak mengomel dah sekarang..
sebab opah sedang berperang
dengan final exam yang berjalan selama 1bulan..
time2 lepas maghrib je ni boleh relax2..
awal tahun depan insyaallah dah abis diploma...

nak cakap banyak pun tak ada idea..
doakan opah untuk final exam... :)

Friday, February 24, 2012

lukisan bikinan opah...:)

assalammualaikum...

hari ni opah nak mempamerkan
lukisan2 yang opah lukis semasa opah rest2kan
badan setelah penat mentelaah buku...

ini paling opah suka... <3

ini sweet..hehehhehe










lepas ni boleh join group syabab musafir kasih...hehhehehe

Tuesday, February 21, 2012

doakan saya sembuh....

assalammualaikum...

hari ni opah tak larat nak menaip..
cuma nak mintak jasa baik semua orang
mendoakan opah cepat sembuh..

ya ALLAH sembuhkan penyakitku...

dari demam yang dah berlarutan 4hari...
acctually opah banyak exam minggu ni..
kelas dah 2hari skip....
makan tak lalu..tidur tak nyenyak...
duduk tak selesa,,baring penat...

opah demam maybe disebabkan opah
ini darah opah...
derma darah hari tu..
antibody tak kuat...tu yang demam..
apa-apa hal doakan opah cepat sembuh..
final opah lg 2minggu...:(


sedihnya demam tanpa mak..tak ada sapa yang nak peluk,,nak cium,,


moga dosa2 opah terampun dengan
ujian yang Allah bagi..
demam itu khifarah bagi dosa....


Tuesday, February 7, 2012

assalammualaikum...

inilah la reaksi opah untuk
3minggu ni..amat menyedihkan...:(



tolong hentikan kesedihan opah

sob sob

YA ALLAH..tenangkan hatiku...

Saturday, January 28, 2012

tip awal untuk bertudung labuh


assalammualaikum..
kaifahal..hari ni opah nak kongsi tip yang sangatlah
bagus dan bermakna bagi orang2 perempuan..
bagi wanita2 yang mempunyai niat untuk memakai tudung labuh
boleh try tip ni..opah pun akan cuba2 try...:)
1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah…
3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring).
5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.
6. Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.


..
Contoh 2: Pashmina (selendang menutupi dada & tidak jarang)
8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudungTudung Turki/ Mesir/ Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9. Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :)
Contoh tudung labuh berjahit. Kain jenis koshibo.
CUBALAH dahulu. InsyaAllah, sekali cuba… masyaAllah, perasaan kali pertama itu terasa sangat indah sekali. Terasa sangat selamat, terasa Allah berasa sangat dekat. Subhanallah! Jika kita ikhlas berhijrah & memakai tudung labuh dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, insyaAllah Dia akan membantu mempermudahi jalan kita.
Secara tidak langsung, akhlak kita juga seakan terpelihara sebagaimana terpeliharanya maruah kita dilindungi kelabuhan tudung yang dipakai. Kita akan jadi segan untuk berakhlak buruk & melakukan kemungkaran.
Sebenarnya, boleh sahaja kalau hendak terus memakai tudung labuh. Namun, seeloknya, kita mulakan secara perlahan-lahan agar diri lebih yakin & bersedia. Tidaklah nanti perubahan itu terlalu drastik & takut diri tidak dapat mengadaptasi dengan penampilan baru itu. Cepat atau lambat, yang penting, perubahan itu ikhlas & istiqomah. Jadi, banyak-banyakkan berdoa agar Allah mempermudahi jalan kita untuk meraih redhaNya.
Firman Allah swt; “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka….” [surah 24, an-Nur; ayat 31]
Kuatkan semangat, kuatkan semangat, kuatkan semangat serta mohonlah kekuatan daripada Allah. Sesungguhnya tidak salah berubah jika perubahan itu ke arah kebaikan & mendekatkan jarak kita dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah akan menganjarkan kebaikan kepada kita di atas pengorbanan kita.
Firman Allah swt; “Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan),maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.” [surah 29; al-ankabut; ayat 6]
“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan & seindah hiasan dunia adalah wanita yang solehah.” [HR Bukhari & Muslim]
Teruskan mencari, belajar & berusaha untuk memperbaiki diri. :) Sesungguhnya, anda bukanlah keseorangan kerana Allah sentiasa ada di sisi kita.
Semoga bermanfaat, insyaAllah.

p/s: doakan opah akan berpakaian ini satu hari nanti...aminnnn....

Thursday, January 26, 2012

cinta yahoo massenger


assalammualaikum..

kaifahal??sihat tak semua pembaca blog opah
(ceh cara cakap macam ramai orang baca je..)
hari opah nak cerita pasal cinta yahoo massenger...
wah siapa yang bercinta kat yahoo massenger??
opah ke??..ishh..opah ni mana ada peminat
sampai nak bercinta-cinta...

ini cerita kawan opah punya kawan..
selepas diberi kebenaran untuk opah ceritakan kat
blog ni..hihihihi..
si Haniza ni(bukan nama sebenar) memang
kaki internet...suka main internet dari sekolah menengah..
sampai lah dah berumur 20 an...
haniza ni suka chat guna yahoo massenger..
sebab kat situ dia bole webcam dengan kawan2 perempuan
yang dah lama tak jumpa seperti bedah,senah,peah dan mila..
namun suatu hari..haniza telah TERchatting dengan seorang
jejaka yang bernama Haikal(bukan nama sebenar)
cinta ALLAH cinta yang teragung..
Haikal ni lain dari lelaki lain..agaknyalah..
sebab kata-kata beliau sopan..kelakar dan menyenangkan hati..
haikal tak pernah keluarkan kata2 yang berunsur tak baik
haikal juga pandai dalam bab agama..


Haniza tertarik dengan haikal..walaupun
tidak pernah bertemu dan kenal..
mereka berchatting selama 3tahun..itupun tak selalu
sebab masing2 ada bidang kerja masing2..
tapi haniza ni setia..dia selalu teringatkan haikal..
dan menunggu haikal online setiap bulan..(bukan setiap hari)
erti kata lain syok sendiri lah..sebab haikal tak pernah cakap beliau sukakan haniza..
yela..haniza ni tak pernah chatting dengan lelaki..
itu yang terlebih syok sendiri
setelah beberapa bulan tidak berchatting..
satu hari haikal muncul..dye dah berjaya berkerja sebagai
Pengarah syarikat di sebuah bandar yang tak berapa nak besar
haniza gembira mendengarnya..
bercintalah dengan keluangman..mesti xkecewa,,hahaha

namun suatu hari..tanpa dijangka..
haikal memberitahu haniza bahawa
dia akan berkahwin tak lama lagi..
dia menjemput haniza datang ke weddingnya..
masa tu haniza sangat sedih..tetapi dia menahan perasaan..
dia tahu dia hanya SS je lebih..
selepas itu..haniza memanjat tingkap rumahnya..
dia terjun ke bawah dengan harapan dia akan patah kaki atau tangan..
namun dia lupa dia rumahnya tidak bertingkat..
dan dia tak luka apa langsung..
malahan dimarahi oleh ibunya kerana berkelakuan aneh..
akhirnya haniza bertekad tidak akan berchatting dengan
mana2 lelaki..kerana hatinya telah pudar..
TAMAT

hahahaha....cerita yang sungguh sadis dan tak ada
moral value dan happy ending..
sebenarnya opah cuma nak cakap..bahaya cinta muka buku ,,muka
kertas mahupun,muka laptop,,sebab nanti jadi macam haniza ni..
kesian..dah la syok sendiri..kecewa pulak tu..
kesian kesian..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...